Peluang Untuk Belasah AE

Aku tahu ramai yang tak puas hati dengan aku. Ada yang kata AE dah sombong gara-gara tidak me‘reply‘ e-mail mereka, tak kurang juga yang kata AE dah lupa daratan dek kerna sudah semakin fofular di kalangan blogger. Malah bagi ‘ABANG INI’, rasa jeleknya semakin menjadi-jadi gara-gara AE selalu berdua-duaan dengan ‘AWEK INI’ di event-event untuk para blogger.

Nah.. bagi melampiaskan ketidakpuasan hati korang, aku dah buka satu page baru dengan tajuk “FEEDBACK” yang mana korang yang ada blog, bebas untuk membelasah/menghentam/mengutuk aku sekiranya ada rasa tidak puas hati di hati korang. Tak kiralah samaada korang nak hentam gaya penulisan aku ke, mini seminar aku ke atau pun berasa iri hati dengan kekacakan aku ke, semuanya boleh tapi pastikan semuanya dilakarkan di dalam blog korang. Kemudiannya korang bolehlah tinggalkan link blog korang tu ke e-mail abangensem98@gmail.com agar ianya dapat aku publishkan di page tersebut. Setidak-tidaknya akan ada trafik yang akan masuk ke blog korang melalui link tersebut nanti. See.. Walaupun korang belasah aku, aku akan tetap channelkan trafik blog aku ke blog korang. Mulia betul abangensem ni kan? Heh heh heh.

Bagi yang perasan, buat masa ini semua link yang ada di page tersebut lebih bersifat memuji konsep mini seminar hartanah aku tetapi aku sebenarnya masih bersikap terbuka sekiranya ada yang ingin melahirkan sisi sebaliknya untuk aku jadikan panduan untuk memperbaikinya di masa akan datang.

Sementara itu untuk siri ke 9 mini seminar aku pada 26hb ini, masih terdapat beberapa kekosongan lagi bagi korang yang ingin menyertainya. Ini kerana hanya 12 orang sahaja yang telah mengesahkan kehadiran mereka manakala selebihnya terpaksa membatalkan hasrat untuk menyertainya kerana masing-masing mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan buat 12 orang yang bakal hadir, korang bolehlah terjah LINK INI untuk menentukan lokasi mini seminar aku yang bakal berlangsung. Kesemua 12 orang yang aku maksudkan adalah :

  1. Sreenivas Naidu
  2. R. Umesh Kannah
  3. Muhammad Idzham
  4. Mohd Zulhilmie
  5. Mohamed Faisal
  6. Muhammad Hafizan
  7. Raja Arief Deli
  8. Razin Azril
  9. Nursyams
  10. Khairul Amri
  11. Mohd Fadzwan
  12. Mohd Fathli

AE : Teruja aku untuk berjumpa 2 orang bukan melayu pertama (Mr Sreenivas & Mr Umesh) yang akan hadir minggu depan.

Posted in my story | Tagged | 16 Comments

Wordless Wednesday : Pembawah

AE : “Jumlah pendapatan anda setiap bulan”lah yang aku maksudkan sebagai ‘pembawah’ yang perlu digantikan kepada “Jumlah pendapatan bersih anda setiap bulan” di dalam entri semalam.

Posted in info, Wordless Wednesday | Tagged | 15 Comments

Warkah Buat Yang Tersayang

Seksyen 7
Shah Alam
Selangor

15 Mei 2012

Kepada Semua Pembeli Ebook AE

Tuan/Puan

Makluman Berkaitan Perubahan Maklumat di dalam Ebook ke 4

Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini dimaklumkan bahawa terdapat perubahan dari segi maklumat yang ada di dalam ebook ke 4 saya.

Maklumat yang saya maksudkan adalah berkaitan kaedah terkini pengiraan Debt Service Ratio (DSR), yang mana pembawah bagi pengiraan tersebut telah pun diubah dari ‘jumlah pendapatan sebulan’ kepada ‘jumlah pendapatan bersih sebulan’. Ini selaras dengan ketetapan yang telah di putuskan oleh pihak Bank Negara yang mana hanya jumlah pendapatan bersih sahaja yang dibenarkan untuk pengiraan ratio tersebut dan kaedah tersebut telah pun berkuatkuasa mulai 1 Januari yang lalu.

Diharap dengan makluman ini, para pembeli ebook saya dapat mengemaskini kaedah pengiraan yang terdapat di muka surat 10 ebook ‘Tips Mudah Lulus Pinjaman’.

Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas

- Abang Ensem -

AE : Yang tersayang di dalam warkah ini adalah mereka yang telah membeli ebook ke 4 aku dan bagi yang tidak memahami maksud isi kandungan surat ini, diharap korang bolehlah mendapatkan ebook ke 4 aku yang hanya berharga RM25 sahaja.. hehehe.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posted in eBook, info | Tagged , | 9 Comments

2 Acara, Khalayak Berbeza (Bahagian 2)

Sehari selepas majlis pra-tonton filem Nongkrong, aku telah dipelawa oleh Saudara Zarul Umbrella untuk menemani beliau ke majlis penyampaian award MITBCA 2012 yang dimenanginya tempohari. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan tersebut aku terima dengan hati yang terbuka.. ahaks. Thanks Zarul for the invitation.

Jam 6 petang (2 jam sebelum majlis berlangsung), aku, Jejai dan Eyriqazz telah berkumpul di port yang dijanjikan (NZ Garden) dan sejurus menerima sms dari Zarul kira-kira jam 7 kami pun bergerak ke Saloma Bistro, lokasi majlis itu berlangsung.

Kehadiran kami disambut oleh ‘kekasih mayaku’ yang turut dijemput menemani kami. Orang pertama yang aku rapati tak lain tak bukan blogger tersohor tanahair, Saudara Eqbal Zack. Serius beb, tak pernah aku terfikir yang blogger ini rupanya bukanlah remaja belasan tahun yang bergelar student, sebaliknya beliau adalah seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. No wonder la blog beliau mengenengahkan Bahasa Inggeris yang ‘superb’ lengguk bahasanya sebagai medium perantara.

Blogger terkenal, Saudara Eqbal Zack

Jam 8 malam majlis pun bermula dan sungguh aku tak menyangka yang kami (AE, Zarul, Nurul, Eyriqazz & Jejai) ditempatkan semeja dengan emcee untuk majlis itu, the one and only Dato’ Mahadzir Lokman antara individu yang mampu bertutur 6 bahasa dengan fasih.

Semeja dengan Dato' Mahadzir Lokman

Persembahan pembukaan majlis itu benar-benar mengasyikkan aku dengan nyanyian dari penyanyi-penyanyi seperti Amanda Imani dan Atilia berjaya menarik minat aku terutamanya, tidak ketinggalan juga ucapan dari Menteri Pelancongan kita, Datuk Dr Ng Yen Yen benar-benar menyedarkan aku tentang betapa pentingnya blogger di dalam mempromosikan negara di mata dunia.

Sengaja aku letakkan imej dari jauh supaya korang tak dapat melihat betapa cantiknya penyanyi ini

Tetamu majlis kemudiannya disajikan dengan rangkaian makanan yang pada aku sedap (walaupun ramai yang berpendapat sebaliknya). Namun nasi yang disendukkan ke pinggan aku agak mentah tapi who cares kalau lauk-pauknya mampu memikat anak tekak aku.

Saat inilah blogger hiburan yang terkenal, Saudara Beautiful Nara menepuk belakang aku sambil menyebut ayat-ayat yang aku takkan lupakan sampai bila-bila :

“Akhirnya jumpa jugak aku dengan abang ensem

Beb, he knows my name la (mode : terharu ^ ^) walaupun aku bukanlah blogger ‘femes amos’ macam Hanis Zalikha mahu pun Fatin Liyana, jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Redmummy tapi bila someone like him can remember my name, gembiranya seperti ketika saksi mengatakan ‘sah’ di depan kadhi semasa aqad nikah 13 tahun yang lalu.. hehehe.

Beautiful Nara, blogger gossip artis yang paling dikenali ramai

Ramai juga blogger-blogger yang aku ikuti selama ini memenangi award pada malam itu, antaranya food blogger yang sering menerima award, Kak Ida menerusi blognya http://koleksi1001resepi.com juga Kak Emila Yusof untuk kategori ‘Lifestyle Blog’ malah si kecil molek Bella bagi kategori ‘Tourism Blog’. Senarai penuh pemenang-pemenang malam itu boleh korang ikuti menerusi BLOG INI.

Usai majlis malam itu, suasana di luar ibarat satu keramaian apabila geng-geng blogger yang hadir sibuk merakamkan memori indah di lensa kamera masing-masing dan aku turut tidak terkecuali dan berikut adalah momen-momen indah yang sempat aku rakamkan sebelum aku meninggalkan majlis lewat jam 10.30 malam. Jom Layannnnn…

Bersama Akak Sumi Jelly

 

L-R : Zarul Umbrella, AE, Bro Framestone

 

Ibu segala blogger, Kak Ina KL

 

Antara blogger yang memenangi award malam tu, ZarulUmbrella, Bella Enveeus, Kak Ida & Kak Emila Yusof

 

Gambar ini ditujukan khas buat Abang KID dengan ucapan, kenang KAMI dalam doamu.. heh heh heh

AE : Terharu dengan penerimaan jenama abangensem di kalangan blogger tersohor tanahair. These latest 2 entries are more to the exposure and branding of my blog.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Posted in my story | Tagged , | 22 Comments