007 Sebab Blog Aku Gempak

NNis007-gempak

Terpanggil aku untuk turut bercerita tentang ke’gempak’an blog aku setelah terbaca tentang ‘Nuffnang Birthday Bash‘nya yang ke 007 di Blog Nuffnang. Bagi korang yang tidak tahu, Nuffnang adalah sebuah ‘Blog Advertising Community’ yang telah banyak memberikan income kepada blog pink aku ini, baik menerusi Advertorial Post mahu pun Buffered Earningnya. Sepertimana lazimnya, mereka akan menganjurkan satu majlis ulangtahun mereka bagi meraikan rakan blogger yang telah banyak membantu mereka, dan untuk tahun ini majlis tersebut bakal diadakan di Barbecue Garden, KL Life Center pada 22 Mac ini. Justeru, sebagai tanda sokongan dan terima kasih buat Nuffnang, ingin aku nyatakan 007 sebab kenapa blog aku ini ‘Gempak’ untuk mereka ‘take note’ agar mereka tidak melupakan blog aku untuk projek buat duit mereka yang akan datang.. hehehe.

Sebab 001 :

Malaysia Best Business Blog 2014

Pemenang MSMW Best Business Blog selama 2 tahun berturut-turut dek kerna ilmu bisnesnya

 Sebab 002 :

Tuan punya blog ini merupakan seorang Kolumnis Majalah Apartmen Impiana yang digemari oleh para pembacanya

Sebab 003 :

Wajah ensem tuan punya blog sering terpacul di kaca-kaca tv, membuatkan anda tidak tidur malam teringatkannya

Sebab 004 :

Suara tuan punya blog sering diperdengarkan di corong-corong radio membuatkan korang terbuai dengan gemersik alunannya

Sebab 005 :

Tuan punya blog ini juga merupakan seorang ‘Penceramah Hartanah’ yang disegani kerana keensemannya

Sebab 006 : 

Juga merupakan seorang ‘Penulis Buku’ yang sering menjadi dambaan para peminatnya

Sebab 007 : 

Sebab DIA MEMANG ENSEM <—- Sebab Paling UTAMA

AE : Dalam banyak-banyak sebab di atas, sebab manakah yang paling korang tidak bersetuju? Hehehe..

11 Comments

  1. aslam March 15, 2014
  2. fazrol March 15, 2014
  3. dHiLa RoZi March 15, 2014
  4. KiD March 15, 2014
  5. Azri Johan March 15, 2014
  6. akubiomed March 15, 2014
  7. Faizal Fredley March 15, 2014
  8. nabila biela March 15, 2014
  9. Denaihati March 17, 2014
  10. Hazman Fadzil March 17, 2014
  11. eyfa writter May 18, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge