1, 2 atau banyak akaun?

Ada yang bertanya “akaun khas untuk sewa rumah tu seeloknya dikhaskan dalam 1 akaun  je ke atau pun seeloknya ke banyak akaun?”. Ini gara-gara salah satu tips yang dibaca oleh si penyoal di dalam ebook ke 4 aku tempohari dan di sini suka untuk aku beritahu yang tiada jawapan spesifik terhadap soalan tersebut. Korang bebas untuk maintain 1, 2 atau banyak akaun untuk penyewa korang deposit sewa bulanan mereka.

Namun, apa yang aku lakukan ialah ‘memusatkan’ (centralised) keseluruhan sewa rumah ke dalam satu akaun semasa dan dari akaun tersebut jugalah bayaran instalment setiap bank aku debitkan (samaada melalui cek atau pun pindahan wang). Ini bagi memudahkan pihak bank memahami ‘perjalanan’ cashflow kita nanti terutamanya ketika membuat permohonan pinjaman. Selain daripada itu, pihak bank juga dapat melihat secara jelas income bulanan kita pada setiap akhir bulan iaitu setelah semua bayaran (instalment bank, maintenance & sinking fund) dilakukan dan seterusnya dapat menilai bahawa pelaburan sewa rumah kita tu sebenarnya menguntungkan, berdasarkan baki yang sentiasa bertambah di penghujung bank statement tersebut. Malah dengan memusatkan semuanya di dalam satu akaun, maka kos untuk fotostat juga akan berkurangan kerana kita hanya perlu fotostat 1 penyata akaun sahaja instead of few statements. Jadi tidak perlulah korang buka akaun banyak-banyak melainkan kalau awek kat bank-bank (lebih dari 1 bank) yang korang pergi tu ‘cun’ macam cik epal.

My Rental Statement

AE : Inilah contoh penyata akaun sewa aku tahun lepas. Bagaimanapun akaun ini telah pun aku tutup gara-gara awek kaunter yang selalu aku ‘ushar’ tu dah berenti keje.. huhuhu.

7 Comments

  1. ariff October 7, 2011
  2. AlumniAE_Seminar October 7, 2011
  3. Ardi_Starob October 7, 2011
  4. isa hashim October 7, 2011
    • abangensem October 7, 2011
  5. Halifsaat October 7, 2011
  6. eyriqazz October 7, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge