1 Buku 1 Hari

Seperti yang diwar-warkan di wall facebook aku semalam, aku telah berada di Kolej Mawar (Kolej Siswi) UiTM bagi mempromosikan buku ‘Jangan Baca Buku Ini’ kepada khalayak yang hadir di Pameran IT & Coklat anjuran Kolej tersebut dan sesampai je aku kat sana, awek-awek siswi telah mula berkeliaran dan agak ‘rumit’ untuk aku jelaskan suasananya. Aku cuma boleh bagi hint saja.. VERY INSPIRING.. hehehe.

Seperti yang dijangka, khalayak yang hadir bukanlah dari kalangan target market pembeli buku ini, namun tetapi alhamdulillah masih ada para siswa-siswi yang menunjukkan minat untuk mendalami ilmu ini melalui pembelian buku ini dan respon yang aku terima dari salah seorang pembelinya (seorang awek seperti dalam gambar di bawah),

“Senang dan cepat nak habiskan. 1 buku 1 hari je boleh habis baca. Lepas tu, ayat-ayat dalam buku tu memang tak boleh blah. Poyo sangat-sangat tapi ayat-ayat poyo itulah yang memudahkan saya untuk mengingati tips-tipsnya macam tips flipping”

Awek Cun

Ternyata matlamat asal aku menerbitkan buku ini untuk menarik minat para pembaca untuk meng’hadam’kan tips yang diberi dalam masa yang pantas dengan cara yang mudah untuk diingati tercapai.

Jadi, buat korang yang belum dan berminat untuk mendapatkannya, korang boleh mengisi borang di LINK INI dan kreditkan RM25 ke dalam akaun Public Bank yang tertera di page tersebut. Mudah bukan?

AE : Serius aku sakit mata duduk kat Kolej tu semalam. Tak tahu awek mana yang patut aku tengok. Semuanya ‘mari-mari’. *Tetiba aku rasa macam nak jadi lecturer kat sana*

P/S : Thank you to Wan Infolelong yang sudi menegur dan melayan aku mencuci mata semalam dan Mohd Farid Adam yang sudi di’pow’ untuk belanja aku dan ‘adik angkat baru’ aku keropok lekor.

'Adik angkat' baruku.. hehehe.

‘Adik angkat’ baruku.. hehehe.

4 Comments

  1. halif March 15, 2013
  2. elieza March 15, 2013
  3. Zarul Umbrella March 15, 2013
  4. Hafizul March 19, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge