10 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penulis Buku “WTF? 23 Properties by 30″

- Gambar dicilok dari blog http://tuanbri.com -

Berikut adalah 10 fakta yang berjaya aku cungkil sepanjang 3 jam sesi sembang santai bersama Tuan Faizul Ridzuan, penulis buku WTF? 23 Properties by 30 pagi sabtu yang lalu :

  1. Beliau baru sahaja meniti usia 31 tahun walaupun rupa parasnya seperti ‘budak’ yang baru akil baligh. One more thing, he is married and not available!!
  2. Rumah pertama yang beliau beli adalah semasa beliau berumur 24 tahun manakala rumah terakhir yang beliau beli adalah kira-kira 2 minggu lepas (rumah ke 24).
  3. Rumah pertama yang dibelinya adalah sebuah apartment bernama Kelana Puteri di Kelana Jaya.
  4. Jika doktor merupakan mentor abangensem, mentor beliau pula adalah seorang lawyer yang menurutnya membeli rumah ibarat seperti membeli baju.
  5. Loan beliau pernah ditolak semata-mata kerana usia beliau yang terlalu muda dan bukannya disebabkan ketidakmampuannya membayar loan tersebut.
  6. Motorsikal berkuasa tinggi merupakan ‘cinta’ beliau selain isterinya dan ianya turut menjadi ‘kuda tunggangan’ beliau untuk ke ofis.
  7. Jika abangensem lebih dikenali menerusi perkongsian ilmu di blog ini, si penulis pula menggunakan platform ‘forum’ sebagai tempat perkongsian ilmu. Lawatilah forum kelolaan beliau di http://propertywtf.com.my.
  8. Berkongsi warna kegemaran yang sama dengan Justin Bieber walaupun beliau tidak meminati penyanyi berwajah babyface tersebut dan atas sebab itulah kulit buku beliau turut menggunakan ‘purple’ sebagai warna temanya.
  9. Beliau merupakan seorang peminat skuad Arsenal sebagaimana Tuan Denaihati kita.
  10. Restoran Village Park, Uptown Damansara merupakan favourite place beliau untuk menikmati nasi lemak. So, kalau korang ke sana jangan lupa bawakan sekali buku” WTF?” ni, mana la tau kot-kot korang boleh mendapatkan autograf si penulisnya.. hehehe.

AE : Pesan beliau.. “Jangan lihat pada kuantiti rumah yang dimiliki sebaliknya pastikan juga kualitinya setanding dengan jumlahnya”.

24 Comments

  1. KiD May 8, 2012
  2. KiD May 8, 2012
  3. aslam May 8, 2012
  4. alhamidi May 8, 2012
  5. Syam May 8, 2012
  6. Myra Jay May 8, 2012
  7. jedi May 8, 2012
  8. keepitreal May 8, 2012
  9. Nurul May 8, 2012
  10. azmanisma May 8, 2012
  11. peruzz May 8, 2012
  12. wynn78 May 8, 2012
  13. Nadot May 8, 2012
  14. Juan May 8, 2012
  15. arelan May 9, 2012
  16. Ahmad Ijat May 10, 2012
  17. juanita May 29, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge