• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Umum / 10 Sebab…

10 Sebab…

abangensem · 20 February 2010 · 5 Comments

Ada pulak member aku yang gatai tanya “Berapa income umah sewa ko sebulan?”. Aku dengan jujurnya bagitau “Adala dalam RM1.3K”. “Ko biar betul..takkan la umah 14 biji, ko cuma dapat banyak tu? Kurang2 kalau dalam RM5K tu percaya gak la aku. Kalau takat RM1.3K, baik ko beli condo mewah dan sewakan kat ‘expatriate’ je. Lagi banyak masyuknye”. Aku hanya mampu tersengih je mendengar jawapan member aku tu tapi sempat gak aku menjawab “Memang le betul apa yang ko cakap tu tapi bagi aku duit bukan jadi keutamaan. Yang penting bagi aku ialah aku seronok dengan apa yang aku buat..lagipun banyak sebab kenapa aku cuma invest kat umah low & medium cost je dan kalau ko nak tau, ko kena la baca next post aku nanti”. Dalam keadaan tak sabar2, dia cuba provoke aku dengan kata2 “Takde la tu, kalau tak mesti ko dah gtau aku sekarang” dan untuk tak menghampakan ‘harapan’ kawan aku yang sorang tu, kat bawah ni aku senaraikan 10 sebab kenapa aku cuma ‘concentrate’ dengan umah low & medium cost je dibandingkan dengan umah2 mewah yang lain :
  1. Senang nak dptkan loan sebab bank tak ‘rigid’ sangat kalau nak ‘approve’kan small loan camni dibandingkan dgn loan yg besar2.
  2. Senang nak dptkan penyewa sebab ramai yang mampu especially student dan pekerja kilang.
  3. Senang nak kutip sewa sebab sewanya ‘rendah’ dibandingkan dgn sewa condo.
  4. Senang nak ‘cover’ duit maintenance sebab ‘maintenance fees’nya biasanya kurang dari RM50 dibandingkan dengan condo yg mencecah ratusan ringgit.
  5. Senang nak buat ‘tenancy agreement’ sebab golongan yang menyewa biasanya terdiri drpd ‘golongan yang kurang mampu’. So, tak perlulah nak buat agreement dlm Bahasa Inggeris yg kadang2 tu aku sendiri tak paham.
  6. Senang nak bayar caj yg plumber @ wireman kenakan sebab kalau condo, plumber @ wireman ‘sure’ akan caj mahal kerana sangkaan mereka tuan punya condo biasanya orang yg ber’wang’.
  7. Senang nak jual balik kalau dah tak nak bagi sewa sebab kebiasaannya penyewa yg sedia ada selalunya berminat nak membelinya (thru my experience).
  8. Senang nak ‘cover’ instalment bank sebab amaun instalmentnya yang kecil (dlm RM300 sebulan je) jika dibandingkan dgn instalment condo.
  9. Senang nak cari duit ‘downpayment’ sebab amaun 10% yang kecil jika dibandingkan dengan 10% drpd harga condo.
  10. Senang nak tau value umah tu sebab umah low & medium cost ni range dia cuma dlm RM55K-RM130K je. So, senang nak tentukan samaada berbaloi atau tak bila membelinya.

Apa pun, sebab yg paling penting bagi aku ialah aku SENANG NAK TIDO MALAM tanpa perlu risau tentang umah2 aku tu dan sebab itulah aku istilahkan pelaburan aku ni sebagai pelaburan yang berisiko rendah.

 
Tweet

Related posts:

  1. step 5 : PROFIT = RENTAL minus (instalment+bills)
  2. step 6 : bestnya bila org tolong bayarkan hutang kita..
  3. MARAH betul aku hari ni…
  4. step 3 : Buy with value..
  5. bukannya susah nak jadik jutawan..

Filed Under: Umum Tagged With: Umum

Reader Interactions

Comments

  1. illehyana says

    23 February 2010 at 2:35 pm

    bile saye sudah kerje sy mahu beli bnyk2 condo untuk investment!WAH CTE2!

    Reply
  2. pantaier says

    16 December 2010 at 9:22 am

    best sikit cakap kat org ada 14 buah rumah… huhuhu… klu kondo mewah silap2 sebuah atau dua je… mana gempak… bila 14 baru otai… tak gitu sifu…

    Reply
  3. cascd says

    23 December 2010 at 2:59 am

    oo..tenkiu lagi.. 😀
    cascd recently posted..Kem Tahunan Palapes Unimas 2010-2011 Kini Bermula!

    Reply
  4. Anuar says

    14 June 2012 at 12:03 pm

    Saya nak tambah sedikit info berdasarkan pembacaan saya…

    Mungkin kawan AE sekadar memikirkan keuntungan yang nampak dihadapan mata.. Tanpa memikirkan apa akan berlaku sekiranya rumah tersebut tidak ada penyewa dalam tempoh masa tertentu.. Seperti penyewa yang sedia ada berpindah.. manalah tahu kan..

    Masa tu kita kena bayar sendiri installment bulanan tanpa bantuan wang yang dibayar oleh penyewa..

    Bagi rumah kos rendah.. mungkin tidak menjadi masalah besar untuk membayar beberapa ratus ringgit daripada gaji bulanan kita.. Tapi dekat mana pula kita nak cari duit untuk membayar installmet condo dalam lingkungan RM1500-RM3000??

    Tindakan yang bijak daripada AE untuk tidak melabur dalam hartanah berkos tinggi macam tu.. Kurang risiko dalam pelaburan..
    Anuar recently posted..Lawatan kerja Ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd.

    Reply
  5. Rahimah al-Idrus says

    17 December 2013 at 8:53 pm

    Nang kacak@Memang handsome pendapat saudara AE ^_^.
    “Ukur baju di badan sendiri walaupun boleh beli saiz besar, sebab kadar serabut pun perlu diukur”.
    Rahimah al-Idrus recently posted..Tips 1st Time Beli Rumah “Mahal”

    Reply

Leave a Reply to cascd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

سبتو
09 Jamadil Akhir 1442
Now : Isha (20:33)
Next : Imsak (06:3)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in