Hahaha.. Gelak sakan aku bila baca statement “Blog ni bagus, tak skema tapi ada sikit syok sendiri” dalam entri mamat ni. Ini semua gara-gara FB Badge bagi blog abangensem.com telah di’LIKE’ oleh sejumlah 1,000 orang rakan FB. Terharu dan tak percaya kerana jika difikirkan kembali kritikan yang aku terima dari kengkawan aku ketika aku bercadang meletakkan FB Badge dulu, memang jadi ‘bahan lawak dan senda’ diorang jugak la. Kata mereka..
“Bro, sape nak LIKE FB Badge ko ni, buatnya ko gi ngerek gambo-gambo diorang kat FB ni. Tak ke haru. Ko pakai je la Badge Blogspot ko yang dulu tu”
Tetapi setelah aku terangkan asbab kenapa aku berkeras untuk meletakkan FB Badge ni, barulah ayat berikut yang terpacul dari mulut tukang kritik.. “Ye tak ye jugak. Boleh pakai jugak otak ko ni”.
Mesti korang tertanya-tanya asbab tindakan aku meletakkan FB Badge ni instead of Blogspot Badge yang biasa blogger-blogger lain letak. Seperti yang korang tahu tujuan asal aku menulis blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman aku dalam bidang pelaburan hartanah dan seterusnya mendidik generasi muda untuk berjinak-jinak dalam lapangan ini. Oleh itu dengan adanya akses kepada maklumat mereka yang LIKE FB Badge blog aku ini, secara tidak langsung aku akan dapat melihat sejauh mana penerimaan golongan muda terhadap blog aku secara khususnya dan subjek hartanah secara amnya dan alhamdulillah dari apa yang aku lihat dari maklumat mereka yang telah LIKE FB Badge aku ni, dapat aku simpulkan yang hampir 90% menepati golongan sasar aku (di bawah 35 tahun). Walaupun angka tersebut mungkin tidak mewakili angka sebenar kadar umur pengunjung blog ini, namun sekurang-kurangnya jumlah LIKE ini masih boleh dianggap sebagai sebahagian kayu pengukur golongan sasar aku.
Lanjutan dari kejayaan aku menambahkan jumlah follower yang LIKE FB Badge blog aku, timbul pula ugutan dari Brader kat atas tu. Katanya “Kalau jumlah LIKE ko lagi banyak dari aku, aku ingat aku nak stop berblogging la”. Gila apa kalau aku nak biarkan orang yang menaikkan blog aku untuk stop berblogging. Aku dah anggap dia macam pembakar semangat aku walaupun kadang-kadang tu terbakar juga aku dengan komen-komen dia.. hahaha dan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku harap korang boleh tolong aku memilih salah satu dari 2 option berikut :
-
Jangan LIKE FB Badge aku ;
-
Kalau nak LIKE juga, tolong LIKE FB Badge blog Brader tu jugak, ok? Hehehe..
AE : Buat korang yang telah mencukupkan angka ke 1,000 yang LIKE blog aku ni, aku ucapkan большое спасибо!! Tanpa korang, siapa lagi yang nak mengakui keenseman aku ni.. hehehe.
P/S : Buat Abang MatJoe, terima kasih di atas tunjuk ajarmu selama ini. Untuk kali ketiganya aku merayu dan juga mengugut.. “Kalau mu tak nak tengok blog abangensem ni berkubur, mu jangan stop berblogging walaupun jumlah orang yang LIKE blog aku akan lebih banyak dari blog mu”.
Related posts:





huhu banyak tu, 2 kali ganda lagi bnyk dr zuan nye like..hehe congrats AE
zuan recently posted..> Berhati-hati Dengan Kata-kata : Gurauan Boleh Menyebabkan Fitnah (Jawapan Ustaz Azhar Idrus)
Mana ada banyak Zuan. Orang lain lagi banyak..
congrats!! lepas ni kejap je naik 2k
ariff recently posted..Duduk Rumah Jaga Kucing
wah makin ramai lah yg AE akan usha, tahniah AE!!!
Nurul recently posted..PARAH!! Zarul Umbrella cakap Sayang Bersebab dengan Siezuka
Memang la ramai tapi manakan sama Nurul seorang.
Nak tanye boleh sewa ruang iklan kat blog ni ?
aiman recently posted..CONTEST : MOTO HIDUP VS TAGLINE BY AIMAN
Ya dan saya dah e-mailkan kadar sewanya.
LIKE.. dan LIKE lagi…
KiD recently posted..Rehat
byknyer..
syu90 recently posted..Contest 1 : Copy paste dan Menang USD5
Sikit je wak..
dari seribu, pasti akan bertambah ke dua ribu. Sekarang masih sikit. Tapi yang sikit itulah yang biasanya akan jadi membanyak.
iAwani recently posted..Microsoft Kinect
perghhh…bertambah2 ensem la pasni.hohoho
arelan recently posted..SeCaRa RaSMiNya
xde, gua tak mau ayat2 bodek. gua mau teh tarik sama mee soup.
hmm, ye la yela, ada masa aku buat entry byk2
matjoe recently posted..Mee Kari Opah Sofia
tahniah bro
Denaihati recently posted..MacBook Air Gadget Impian Ariff Shah
tahniah AE ~
10x ganda dr angka saya like…haha ~
semoga AE trus dimurahkan rezeki