1001 Ayat Mengusir Penyewa Culas

Exit

Baru-baru ini aku menerima soalan berkaitan tindakan ke atas penyewa yang kerap ‘tuang’ di dalam membuat pembayaran sewa. Saat aku mencadangkan tindakan pengusiran, soalan lanjutan pula ditanya oleh si penyoal tentang cara-cara untuk mengusir penyewa culas tersebut. Di sini ingin aku kongsikan beberapa cara atau teknik yang pernah aku dan rakan-rakanku lakukan, iaitu :

  • Rumah Sudah Dijual

Inilah alasan paling kerap diberikan oleh rakan-rakanku.

“Sori Kak, saya dah jual rumah ni dan ini pembeli baru (sambil menuding jari ke arahku). Dia nak minta Akak kosongkan rumah ni hujung bulan ni sebab dia akan keluar dari rumah sewa dia dan pindah ke sini”

  • Keluarga Terdekat Nak Duduk

Satu lagi alasan yang menjadi favourite phrase aku semasa menghalau penyewa culas aku dulu.

“Maaf Bang, adik saya kena pindah dari ITM Manjung ke ITM Shah Alam dengan kengkawan dia. So, saya nak minta ‘jasa baik’ Abang untuk kosongkan rumah ni bulan depan. Kalau tidak, jenuh la pulak saya nak menjawab dengan orang tua saya” 

  • Ugutan Ah Long

Diugut Ah Long turut menjadi antara alasan paling berkesan untuk menghalau si penyewa culas salah seorang rakanku.

“Bang, kalau ada Ah Long datang rumah ni tanya saya, Abang tolong kata yang Abang tak kenal saya ye? Sebabnya ada 2-3 Ah Long yang saya pinjam duit nak tetak saya dan diorang cuma tahu alamat rumah ni je sebab masa saya pinjam duit hari tu, saya cuma bagi alamat rumah ni je. Dan kalau diorang simbah cat atau letak bangkai ayam depan rumah, harap-harap Abang boleh tolong buangkan ye, tapi kalau Abang rasa nak pindah pun saya takde hal walaupun Abang tak bagi notis sebulan”

Aku harap alasan-alasan sebegini setidak-tidaknya mampu memberikan sedikit sebanyak ilham untuk korang gunakan bagi mengusir penyewa culas korang kerana aku yakin, pasti ada di antara korang yang buntu memikirkan cara terbaik menghalau penyewa culas korang.

AE : Ada tak alasan-alasan lain yang pernah korang gunakan untuk menghalau penyewa korang?

12 Comments

  1. Farid Adam November 5, 2013
    • hanifftj November 5, 2013
  2. ohcikgu November 5, 2013
  3. Harian Post November 5, 2013
  4. Zuan November 5, 2013
  5. elly-daily November 5, 2013
  6. azizie November 5, 2013
  7. Siti Hip mom November 5, 2013
  8. norizan ismail November 5, 2013
  9. adikensem November 7, 2013
  10. halif November 7, 2013
  11. nizam November 16, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge