Phewwww….
Lega Beb. Selepas seharian memikirkan jawapan dan pandangan terhadap 11 soalan yang telah aku tangguhkan selama 1 minggu gara-gara soalan ‘tricky‘ yang diberikan oleh para follower aku. Yang mana aku dapat jawab, insyaallah akan aku jawab manakala soalan yang di luar pengetahuan aku, biasanya aku akan maklumkan tentang ‘kekurangan’ aku. Bukan senang sebenarnya bila abangensem.com dijadikan tempat rujukan. Tak dijawab, kesian pulak aku tapi kalau dah dijawab, takut pula pandangan dan pendapat aku mendatangkan kesan yang negatif pula. Jadi bagi korang yang pernah menerima pandangan dan pendapat dari aku, diharap dapatlah kiranya mencari second opinion agar korang dapat melihat permasalahan tersebut dari sudut yang lebih luas dan berbeza.
Bercerita tentang soalan, masih ada beberapa soalan yang masih memerlukan masa untuk aku berfikir dan aku harap korang dapat bersabar menantikannya manakala bagi soalan yang dah lebih dari 1 bulan tidak berjawab, aku mohon maaf kerana mungkin soalan korang tu hadir di waktu aku sedang sibuk mengerek awek.. hehehe (acah je). Maklum sajalah bila mem tengah ‘membuyung’ ni, banyak urusan ‘dalam negara’ yang perlu aku selesaikan. So, aku minta maaf in advance la ye..
Buat masa ini, masih terdapat satu soalan yang memerlukan bantuan korang yang ‘alim (berilmu) kerana ianya melibatkan masalah hukum dalam Islam dan aku sememangnya tidak berani untuk menyatakan hujah takut ianya terpesong dari hukum yang sepatutnya. Jadi bagi korang yang tahu tentang jawapannya, diharap dapatlah kiranya memberikan pencerahan terhadap soalan berikut :
“Wajibkah kita mengeluarkan zakat dari lebihan wang refinancing yang kita perolehi?”
AE : Harap-harap Ustaz Raisul terbacalah entri ini dan sudilah kiranya memberikan jawapan terhadap soalan ini.











supersonic commentator from shakiddo.com
KiD recently posted..Gempar! Blogger Terpantas!
soalan saya mengenai nurul bila AE nak jawab?? huhuhu
KiD recently posted..Gempar! Blogger Terpantas!
soalan apa?bila AE nak masuk meminang Nurul ke?
Nurul minta ‘hati jejaka jambu satu dulang”
eyriqazz recently posted..Menangi Percutian ke London Bersama Samsung Global Blogger
Hahaha hati jejaka jambu sedulang… mana nak cari tu..
Nurul recently posted..Kuterima Hadiahmu dengan Hati yang Ikhlas
Soalan ape tu Kid.. hehehe
Zakat wajib kalau duit tu cukup haul dan nisab iaitu kalau disimpan lbh dari 1 tahun dan lebih dari RM13k (nisab KL).
Tapi ni pendapat aku lah, kalau mengikut kontrak yang dipakai,
~ Bank konvensional pakai akad pinjaman (dan ada riba) maka tak wajib, sebab bila duit tu pinjaman, bukan duit kita maka tambah pula terlibat riba, (walaupn ada pendapat lain mcm dari Imam Qaradawi cakap sumber haram lebih wajib dizakatkan).
~ Akad dalam Islamic bank adalah jual beli, maknanya dapat duit refinance tu hasil jual beli, dan itu dah jadi duit kita- maka wajib keluar zakat kalau duit tu cukup haul dan nisab.
Ni pandangan peribadi aku. Mungkin yang lain lebih arif boleh kongsi sama.
adi recently posted..Dari RM25 Menjadi RM200 Sebulan Sepanjang Hayat
Apa yang nak saya tekankan disini kita kena faham, secara umumnya, duit yang kita hutang, adalah tidak wajib untuk bayar zakat sebab tak sempurna milik.
Kiraan zakat, lebih senang kita buat bersekali untuk semua aset kita ada selama setahun. (Buat dalam bentuk balance sheet lagi senang nak kira)
Dalam kontrak islamic banking, ada 2 kontrak berbeza iaitu kita jual kepada bank (kita dapat cash katakan RM20k), dan aset itu kita beli balik dari bank (kita berhutang dengan bank RM25k -katakan), maka dalam keadaan ini, buat kiraan sekali untuk dua transaksi ini, adalah hutang – End result tak kena bayar.
Digalakkan set satu date sebagai tarikh haul kita, katakan 1 ramadhan setiap tahun agar asset dan liability kita boleh dikira sekaligus.
Formular kiraan zakat=
Duit yang kita ada pada masa tu (Current asset) tolak hutang yang kita kena bayar (current liability) atau perbelanjaan yang boleh ditolak.
Adi Hanif recently posted..Dari RM25 Menjadi RM200 Sebulan Sepanjang Hayat
forward jer soalan pada ustaz zaharudin.net he3….cik nurul mmg hot!..saya akui tu…
azmanisma recently posted..Orang Bertatoo Ganas
HOt!! nurul sejuk jer..;)
Nurul recently posted..Kuterima Hadiahmu dengan Hati yang Ikhlas
Jual Beli adalah di antara diri sendiri…(dalam Pembiayaan Semula)
takkan la jual dan sendiri beli balik ada untung…pastu kena zakat lak tu..
Kita masih lagi berhutang. Tambah hutang. kita yang bayar hutang.(atau orang lain ?)
Yang dikenakan zakat ialah +cashflow yang digeneratekan daripada lebihan tersebut,
barulah dikenakan zakat.
RM200 (sebiji rumah x berapa biji anda ada) x 12 bulan
Setuju!
Amir recently posted..Travelog 2: Ekspres Senandung Langkawi
nie betul2 org yg banyak ilmu ken jwb..huhu
faizalpj recently posted..Wordless Wednesday : Tertipu di PC Fair
rasanya dah faham sikit-sikit. Macam nie kot. Duit lebihan refinance tu kena tunggu setahun baru kena zakat kot. Maaf kalau salah perbetulkan
Saiful recently posted..Kesihatan berkait dengan pengurusan kewangan anda
soalan i.. dah cari aweks tuk rumah sewa i ke?
madammondoq recently posted..AVILLION ADMIRAL COVE Terasa Macam Di Overseas