2 Acara, Khalayak Berbeza (Bahagian 1)

“Apa barang blogger hartanah macam lu gi join event-event macam tu? Takkan lu nak buat review tentang filem pulak”

Soalan Brader Mil tatkala aku menyatakan keterujaan aku dijemput ke Majlis Pra-Nonton Filem Nongkrong yang sedang bersiaran di pawagam ketika ini. Ya, walaupun aku dijemput menerusi tiket AWEK INI tetapi aku tetap merasa teruja kerana inilah peluang aku untuk merealisasikan tujuan asal blog abangensem ini diwujudkan. Bagi korang yang baru mengikuti blog aku ni, suka aku nak khabarkan bahawa tujuan dan matlamat penghasilan blog aku ini adalah untuk menyedar dan memandaikan anak-anak muda generasi Y terhadap peri pentingnya aspek pelaburan terutamanya hartanah, di dalam kehidupan mereka. Jadi peluang menyertai acara-acara sebegini sebenarnya membuka peluang untuk aku mendekati mereka.

Ya, majlis sebegini sebenarnya menjadi tumpuan para blogger ‘femes’ yang usia mereka mewakili generasi Y yang aku perkatakan. Rata-rata mempunyai khalayak pembaca/pengikut yang bukan sedikit malah sehingga ke angka yang di luar jangkaan blogger berusia seperti aku. Jadi apa signifikannya penglibatan aku dengan mereka di event sebegini mampu mencapai tujuan dan matlamat aku berblogging? Jawapannya mudah. Setiap dari mereka ini lebih bersifat ‘mesra kamera’ dan setiap gambar yang dirakamkan oleh lensa mereka pasti akan melibatkan seramai mungkin blogger yang hadir. Setiap blogger kemudiannya akan di’tag’ bagi memudahkan khalayak pembaca mereka menerjah ke blog-blog blogger tersebut. Diandaikan 1% dari khalayak yang didorongkan ke blog aku (menerusi ‘tag’ tersebut) berminat dengan content blog aku, ianya secara tidak langsung akan memenuhi sebahagian dari matlamat aku (menyedar dan memandaikan generasi muda) dan ada kemungkinan mereka ini akan turut berkongsi maklumat dengan rakan sebaya mereka yang lain dan seterusnya akan meningkatkan lagi jumlah mereka yang celik pelaburan dari kalangan generasi mereka. See.. Bagaimana rantaian ini berlaku hanya dari penglibatan aku di event-event sebegini. You might think this type of event is NOTHING but for me it’s EVERYTHING.

Now, back to the business. Alhamdulillah matlamat dan tujuan aku sedikit sebanyak tercapai kerana ramai juga blogger generasi baru yang aku temui dan alhamdulillah, ada di antara mereka yang kenal dan turut mengikuti blog abangensem. Antara yang aku temui buat pertama kalinya adalah Brader Ujang, Brader JMR, Cik Nisa Kay (walaupun tak sempat beramah mesra), Cik Yana Yassin, Pen Merah (tenkiu sebab sudi tegur saya) dan juga si awek cun, Cik Ziera Zain.. heh heh heh dan tak kurang juga barisan pelakon yang membintangi filem tersebut seperti Saheizy Sam, Angah Raja Lawak (yang duduk di belakang seat aku dan selalu menepuk bahu aku suruh jangan tidur.. cissss!!), Epy Raja Lawak, Mon Ryanti, Liana Rifai dan the one and only, jejaka paling ‘mesra’ semasa majlis tersebut :

Blogger lain dok sebok carik artis, gua pulak teruja nak bergambo dengan Abe David

Overall bagi aku filem ini adalah sebuah filem ‘komedi seram’ yang lebih baik dari filem Ngangkung yang pernah aku tonton. Sesuai untuk tontonan sekeluarga kerana aspek seram yang terdapat dalam filem ini lebih bercorak kelakar sebenarnya dan korang tidak perlu memberatkan otak untuk menontonnya. Para blogger yang hadir masing-masing telah pun membuat review mereka sendiri dan bagi korang yang ingin melihat review atau komen mereka, korang boleh terjah BLOG INI dan juga INI kerana aku kurang mahir sebenarnya untuk review filem-filem sebegini. Apa pun rating aku untuk filem ini ialah 4/5.

AE : Masih terkenangkan insiden seorang blogger yang menyedari kehadiran aku menjerit “Ehh.. Aaron Aziz Abang Ensem la” sambil hadirin di sekelilingnya melorotkan mata ke arahku sambil tersenyum menyindir. Dalam hati aku cuma mampu berbisik “Alamak.. Malu.. malu.. malunya aku. Kenapa la aku pilih nama ni dulu.. huhuhu”. Meh kita layan gambar yang sempat aku ambil tempohari.

L-R : AE, Bro Framestone, Yana Yassin, Ziera Zain, Nurul Sizueka

 

Bersama Blogger Ujang sambil Ziera Zain menyelit di tengahnya

 

Serius cun awek ni..

 

Di mana ada Nurul, di situ ada Abang Ensem.. hahaha

20 Comments

  1. adi May 13, 2012
  2. KiD May 13, 2012
  3. Ikhtiar Shah May 13, 2012
  4. Nurul May 13, 2012
  5. azman May 13, 2012
  6. penmerah May 13, 2012
  7. halif May 13, 2012
  8. Fuza Marquis May 13, 2012
  9. Zarul Umbrella May 13, 2012
  10. Nisa Kay May 13, 2012
    • abangensem May 13, 2012
  11. ZieraZain May 14, 2012
  12. hazman aka species1980 May 14, 2012
  13. Ujang May 15, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge