2 Acara, Khalayak Berbeza (Bahagian 2)

leaderboard2 denaihati Banner

Sehari selepas majlis pra-tonton filem Nongkrong, aku telah dipelawa oleh Saudara Zarul Umbrella untuk menemani beliau ke majlis penyampaian award MITBCA 2012 yang dimenanginya tempohari. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan tersebut aku terima dengan hati yang terbuka.. ahaks. Thanks Zarul for the invitation.

Jam 6 petang (2 jam sebelum majlis berlangsung), aku, Jejai dan Eyriqazz telah berkumpul di port yang dijanjikan (NZ Garden) dan sejurus menerima sms dari Zarul kira-kira jam 7 kami pun bergerak ke Saloma Bistro, lokasi majlis itu berlangsung.

Kehadiran kami disambut oleh ‘kekasih mayaku’ yang turut dijemput menemani kami. Orang pertama yang aku rapati tak lain tak bukan blogger tersohor tanahair, Saudara Eqbal Zack. Serius beb, tak pernah aku terfikir yang blogger ini rupanya bukanlah remaja belasan tahun yang bergelar student, sebaliknya beliau adalah seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. No wonder la blog beliau mengenengahkan Bahasa Inggeris yang ‘superb’ lengguk bahasanya sebagai medium perantara.

Blogger terkenal, Saudara Eqbal Zack

Jam 8 malam majlis pun bermula dan sungguh aku tak menyangka yang kami (AE, Zarul, Nurul, Eyriqazz & Jejai) ditempatkan semeja dengan emcee untuk majlis itu, the one and only Dato’ Mahadzir Lokman antara individu yang mampu bertutur 6 bahasa dengan fasih.

Semeja dengan Dato' Mahadzir Lokman

Persembahan pembukaan majlis itu benar-benar mengasyikkan aku dengan nyanyian dari penyanyi-penyanyi seperti Amanda Imani dan Atilia berjaya menarik minat aku terutamanya, tidak ketinggalan juga ucapan dari Menteri Pelancongan kita, Datuk Dr Ng Yen Yen benar-benar menyedarkan aku tentang betapa pentingnya blogger di dalam mempromosikan negara di mata dunia.

Sengaja aku letakkan imej dari jauh supaya korang tak dapat melihat betapa cantiknya penyanyi ini

Tetamu majlis kemudiannya disajikan dengan rangkaian makanan yang pada aku sedap (walaupun ramai yang berpendapat sebaliknya). Namun nasi yang disendukkan ke pinggan aku agak mentah tapi who cares kalau lauk-pauknya mampu memikat anak tekak aku.

Saat inilah blogger hiburan yang terkenal, Saudara Beautiful Nara menepuk belakang aku sambil menyebut ayat-ayat yang aku takkan lupakan sampai bila-bila :

“Akhirnya jumpa jugak aku dengan abang ensem

Beb, he knows my name la (mode : terharu ^ ^) walaupun aku bukanlah blogger ‘femes amos’ macam Hanis Zalikha mahu pun Fatin Liyana, jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Redmummy tapi bila someone like him can remember my name, gembiranya seperti ketika saksi mengatakan ‘sah’ di depan kadhi semasa aqad nikah 13 tahun yang lalu.. hehehe.

Beautiful Nara, blogger gossip artis yang paling dikenali ramai

Ramai juga blogger-blogger yang aku ikuti selama ini memenangi award pada malam itu, antaranya food blogger yang sering menerima award, Kak Ida menerusi blognya http://koleksi1001resepi.com juga Kak Emila Yusof untuk kategori ‘Lifestyle Blog’ malah si kecil molek Bella bagi kategori ‘Tourism Blog’. Senarai penuh pemenang-pemenang malam itu boleh korang ikuti menerusi BLOG INI.

Usai majlis malam itu, suasana di luar ibarat satu keramaian apabila geng-geng blogger yang hadir sibuk merakamkan memori indah di lensa kamera masing-masing dan aku turut tidak terkecuali dan berikut adalah momen-momen indah yang sempat aku rakamkan sebelum aku meninggalkan majlis lewat jam 10.30 malam. Jom Layannnnn…

Bersama Akak Sumi Jelly

 

L-R : Zarul Umbrella, AE, Bro Framestone

 

Ibu segala blogger, Kak Ina KL

 

Antara blogger yang memenangi award malam tu, ZarulUmbrella, Bella Enveeus, Kak Ida & Kak Emila Yusof

 

Gambar ini ditujukan khas buat Abang KID dengan ucapan, kenang KAMI dalam doamu.. heh heh heh

AE : Terharu dengan penerimaan jenama abangensem di kalangan blogger tersohor tanahair. These latest 2 entries are more to the exposure and branding of my blog.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

This entry was posted in my story and tagged , . Bookmark the permalink.

23 Responses to 2 Acara, Khalayak Berbeza (Bahagian 2)

  1. KiD says:

    supersonic commentator from shakiddo.com
    KiD recently posted..MasterChef Selebriti Malaysia

  2. KiD says:

    aku anggap gambar terakhir skali itu sebagai hubungan pakcik dan anak saudara.. so, aku tak kecik hati.. kan nurul kan? kan? kan?
    KiD recently posted..MasterChef Selebriti Malaysia

  3. Nurul says:

    Terharu.. Bila dapat join blogger blogger otai dan ditambah plak dgn event besar camni.. Time kasih AE &Abg Zarul.. :-)
    Nurul recently posted..Korang pencinta Makanan? Cepat!! panggilan terakhir hari ni…

  4. JAI says:

    Rasa macam muda pulak gua tengok bila lu guna ayat AKAK SUMIJELLY..hehe
    JAI recently posted..Benashaari Bakal Join Kelab Peminat Fatin Liyana? Tutorial Trademark Fatin Liyana dalam bentuk Youtube dari AkuBiomed

  5. eyriqazz says:

    kakak sumi? dia nak branding kan nama blog dia, nak tukar ke sumigigi…

    Hik3, yup,that’s y eden suka join event…. Branding walaupun blog sendiri just syok sendiri..hahahha
    eyriqazz recently posted..Digi Wwwow Awards – Terima Kasih Semua

  6. anash says:

    kita hanyalah blog-melukut tepi-gantang..
    but hey…i can see me at the second picture!!!
    yeaaa..(walaupun berbalam-balam…)

    tahniah le dapat dok semeja dgn Emcee (sebab itu kami dapat duduk semeja satu group kami sendiri…hahah)

    • abangensem says:

      Saya tak nampak pun blog yang melukut kat sana sebaliknya semua yang hebat2 belaka.

      • anash says:

        tq tq…(komen dr blogger ae tuh…)
        pss…ko tegur aku dpn surau Matic pun dah cukup buat aku tersengeh lama mlm tuh…hahah..siap member lain tanya…”wah akak? ada org tegur akak lah!!” padahalllll…..(sendiri mau ingat..haha…)
        keep up good job bro…

        • anash says:

          sila abaikan penggunaan kata-nama ganti tadi..hehe..
          suka beno sampaikan tak perasan ‘aku/ko’ gitu…
          ikhlas dari : saya yg pemalu (sebenarnyer)…

  7. azmanisma says:

    Tahniah Bro…kan dah kata jenama A.E semakin dikenali :)
    azmanisma recently posted..Lelaki Kacak Diet

  8. satu event yg bersejarah bersama konco2 blogger…
    Zarul Umbrella recently posted..BRAN Bantu Promosi Pelancongan Perak

  9. Peluang dapat pergi majlis yang himpunan blogger sebegini memang bagus untuk disertai… dan rasanya ramai sangat top blogger nak jumpa bro in person ….
    hazman aka species1980 recently posted..SATAY KING tajaan MATJOE.COM memang LAZAT !!!!

  10. matjoe says:

    terbaek ae. dah top laa
    matjoe recently posted..Helah atau Tipu Agen Hartanah?

  11. kak ina kl says:

    memang best gi event camni kan..wah terharu di panggil ibu segala blogger..alamak terasa dah jadi veteranlah pulak
    kak ina kl recently posted..Al Fatihah

  12. Ikhtiar Shah says:

    huhu..yang cantik2 tak bagi tengok ye..tak aci ni
    Ikhtiar Shah recently posted..Dugaan Orang Bertunang

  13. Aldy Shah says:

    Owh, ni geng redmummy, ada anak kecik, huhu, no wonder nampak selalu komen kat blog redmummy
    Aldy Shah recently posted..Gaya rambut bertukar lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge