Usai Solat Subuh pagi semalam, aku bergegas ke Cheras semata-mata untuk memenuhi 2 undangan dari watak-watak penting dalam ‘property blogging’ di Malaysia. Aku pasti korang dah dapat mengagak tentang siri seminar yang dianjurkan bagi mengutip sumbangan untuk Tabung Kebajikan NST tetapi aku pasti tidak ramai yang tahu perihal satu lagi siri seminar yang sengaja tidak aku war-warkan sebelum ini.
Ya, aku sebenarnya memenuhi undangan orang pertama yang menjebakkan aku di medan ‘property talk’ ini iaitu Tuan Bri dan Kelab Hartawan Hartanah tetapi kali ini bukan sebagai speaker sebaliknya sebagai participant untuk siri Seminar bersama Peguam yang pada pendapat aku agak menarik untuk aku kongsikan nanti. Namun, hanya separuh sahaja isi perjalanan penceramah yang dapat aku ikuti sebelum aku bergegas ke International Youth Centre, Cheras bagi menghadiri pula sesi bersama Property & Co. tetapi kali ini bukan sebagai peserta sebaliknya diberikan satu slot untuk aku ‘bercerita’ tentang my property’s ebooks. Penat memang la penat tambahan pula sehari sebelum tu aku dah dilanda ‘flu + fever’ sepertimana yang korang dapat lihat di wall facebook aku tetapi demi janji yang perlu aku kotakan, aku gagahkan juga untuk ke sana. Anyway, semua kepayahan aku semalam benar-benar berbaloi kerana banyak ilmu yang aku perolehi dari kedua-duanya selain menambahkan lagi networking dari kalangan peserta yang hadir.
Related posts:




wahh,lepas ni bro dah boleh jadi ‘property talk’ full time…hirela saya jadi tukang jaga slide..hik3…
eyriqazz recently posted..Kau Ingat LRT ini Kau yang Punya ke?
sebagai wakil Kelab Hartawan Hartanah, saya nak ucap byk2 terima kasih kat AE datang seminar kitorg semalam..slacknya AE tak bawak awek jer, kalau tak bertambah seri majlis semalam:-)
fauzi recently posted..Seminar Bersama Peguam
memang mantap lah abg ensem
Juan recently posted..Contoh Resume dan Pengalaman Interview Kerja
hangat betul abg ensem kita, insyaallah satu hari nanti nak berguru dengan tuan.
Pingback: Autograf | Abang Ensem's Blog