3 Amanat Datuk Maznah Hamid Yang Membuatkan Aku Merah Telinga

Jumaat lalu aku telah ditakdirkan bertemu dengan Iron Lady Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid. Bukan setakat bertemu untuk berselfie atau pun sekadar bertanya khabar, malah aku telah dipelawa untuk duduk semeja berbual mesra dengan beliau. Mungkin kerna uniknya nama Abang Ensem membuatkan beliau cepat mengenali aku.

Datuk Maznah Hamid & Abang Ensem

Susur jalur kehidupan aku ditebak beliau. Dari kisah kerja makan gaji sehinggalah ke cerita impian bersara awal telah diketahuinya. Lantas 3 amanat berikut dibebelkannya ke cuping telinga aku bagi memperbetulkan persepsi aku. Agak merah telinga jugalah apabila dikritis secara berdepan. Namun, aku akui kebenaran amanat beliau.

  • Jangan Bersara Awal

Pada asalnya aku amat berbangga bercerita tentang kejayaan aku bersara sebelum usia menjejak angka 40. Ku harapkan pujian dari beliau, tetapi kritikan yang aku terima. Ujar beliau,

“Bersara awal dari makan gaji tidak salah, tetapi bukan bersara dari menjejaki lebih banyak kejayaan. Saya sehingga sekarang masih bekerja keras walaupun title “Jutawan”, “Datuk” dan “Iron Lady” telah saya perolehi. Teruskan bekerja keras!!”.

Aku terdiam.

  • Jangan Cepat Berpuas Hati

Aku berpuas hati dengan kehidupan aku sekarang. Simple but meaningful. Ada duit untuk makan pakai, bergaya serba sedikit. Bersedekah sekadar mampu, tetapi disindir pula dengan kata-kata berikut oleh beliau,

“Alangkah baiknya jika adik (panggilan beliau kepada aku) dapat membuatkan orang lain turut berduit, cantik bergaya dan mampu bersedekah seperti adik. Jangan puaskan hati adik sahaja, tetapi puaskan juga hati mereka yang lain”.

Aku diam lagi.

  • Pandaikan Bangsa Melayu Dalam Skala Yang Lebih Besar

“Dia ni bagus Datuk. Buat kelas ajar orang invest dalam hartanah setiap bulan. Bukan setakat itu malah pusing satu Malaysia untuk memandaikan orang”, puji Ahyat Ishak yang berdiri bersetentang kami. Lantas disoal oleh Datuk,

“Berapa ramai orang yang datang kelas adik?”

“Saya biasanya menghadkan antara 30 ke 50 orang. Saya tak nak dilihat seperti mengaut untung dari jumlah peserta yang ramai. Dan pada saya, lagi kecil crowd saya, lebih mudah untuk saya handle class”, jawab saya dengan penuh yakin yang ianya merupakan jawapan merendah diri yang rasional.

“Salah tu dik. Pedulikan cakap orang. Perbetulkan niat. Matlamat kita untuk memandaikan lebih ramai orang melayu. Percepatkannya proses memandaikan mereka. Jangan hanya 30 atau 50, sebaliknya jadikan 1,000 atau 3,000 target kita. Lebih ramai yang pandai, lebih cepat bangsa kita maju ke depan. Sebab tu la saya sekarang ni cuma fokus kepada perkongsian ilmu dengan usahawan melayu”.

Aku kian membatukan diri. Yang aku sedar, ketika ini telinga aku sama merah dengan baju yang aku pakai.

Terima kasih Datuk Maznah atas amanat yang dikongsikan.

19 Comments

  1. nashar June 23, 2015
  2. Anwar Abdullah @ Kaio June 23, 2015
  3. JULIA JOHARI June 23, 2015
  4. Hilal June 23, 2015
  5. faizalpj June 23, 2015
  6. zairita June 24, 2015
  7. wakif June 24, 2015
  8. Afiffuddin June 24, 2015
  9. nurmisnan June 24, 2015
  10. Qiu June 24, 2015
  11. Khadeejah Hasmad June 24, 2015
  12. kak long norizan ismail June 24, 2015
  13. myrujukan June 25, 2015
  14. Hairun Azmi Hashim June 26, 2015
  15. apdm1 June 29, 2015
  16. omar June 29, 2015
  17. Ros July 4, 2015
  18. Ibu Farish July 5, 2015
  19. RFS March 28, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge