Kenapa selepas 2 tahun tidak membeli tetapi tiba-tiba aku kembali bershopping pula? Dan ‘barangan’ yang dishoppingkan tu bukanlah sebuah rumah atau pun flat seperti yang lazim aku lakukan sebaliknya commercial property pula yang menjadi pilihan? Kalau korang nak tahu sebab-sebabnya teruskan membaca entri di bawah ini :
Harga.
Gila apa.. Untuk office unit berkeluasan hampir 800 kaki persegi ini, hanya kurang dari RM200K sahaja yang perlu aku keluarkan (kalau beli cash la) dan jika dibandingkan dengan harga office unit yang berkeluasan sama, mana nak dapat harga yang macam tu. Murah siot.
Margin Pinjaman Yang Tinggi.
Beb, aku cuma perlu keluarkan kurang dari RM40K je untuk beli dan selebihnya di‘cover’ dengan loan bank. Ya, untuk commercial loan, bank sanggup membiayai sehingga 80% margin walaupun aku dah ada berbelas bijik rumah kerana commercial loan tidak termaktub ke dalam guideline 70% margin Bank Negara tu (bagi rumah ketiga). Mungkin korang akan kata..”Banyaknya RM40K tu” dan jawapan aku..”Kalau korang biasa main property especially commercial property, it’s only a small amount of money” dan kalau korang dah memang sangap tak berduit macam aku, apalagi.. cari la member untuk JV. Tak rugi pun beb, cumanya untung korang je yang agak kurang sebab terpaksa bahagi ikut percent share. Better untung sikit daripada takde langsung kan?
Lokasi.
Seksyen 3 tu beb. Kalau korang pernah sampai di Shah Alam, pasti korang akan menempuh seksyen ini kalau nak ke Wet World mahu pun UiTM. Nak kata feng shui dia tak bagus, aku rasa macam tak berapa betul sebab Mc Donald pun sanggup buka outlet dia kat seksyen ni. Malah aku difahamkan outlet tersebut merupakan antara outlet yang menghasilkan sales yang paling tinggi di dalam Malaysia. Since Mc D pun pilih tempat yang macam ni, takkan aku nak buat bodoh je bila dapat tawaran untuk membelinya.
Nah, senang kan nak nilaikan berbaloi atau tak pembelian korang tu. Apa pun, tolong doakan yang terbaik untuk aku.
AE : Meminjam tips dari Tuan Faizul (penulis buku WTF).. “Kalau nak ‘main’ commercial property, make sure cari lokasi yang dah ‘matang’ macam Seksyen 3 ni”.











Lokasi matang utk jejaka matang.. Nice combination..
Ahem3x
faktor yang perlu diambilkira…
KiD recently posted..Raya Empat Tahun
bro! in 1 year, i maybe need your advice in this.. hehe rasanya dah abis belajar, nak kerja dan dapatkan 1st house then 2nd then 3rd, then…..
zuan recently posted..> Budi Bahasa dan Banjir Kilat
Ae mng buku Tuan Faizul kan?
Kalau ada 2 bak sini satu.. half price…
nak tunggu terjemahan dari ariffshah lambat lagi.. he he..
fazrol recently posted..Top Secret – Billionaire kisah benar jutawan muda Thailand!
Oh, sudah tahu dimana tempatnya dan dah terbayang bangunan berwarna oren itu kut yang menjadi pilihan. Kalau masih lagi oren la….
halif recently posted..Bahana pindah rumah
Commercial property .. terbaik la bro. Semoga dipermudahkan jalannya nanti…
Rem recently posted..Kisah Pelabur Hartanah Yang Berjaya
tahniah bro. boleh buat seminar dekat sini.
matjoe recently posted..Say YES to S. H. S. U
Woww.. seksyen 3 tuh..best jgktuh.. nanti boleh join seminar dekat sini laa
I need Ur advise..sekarang tengah mencari rumah untuk dibeli..tapi banyak yang tak tahu..maklumlah masih baru ..rumah 1st plak tu
faizalPj recently posted..Wordless Wednesday : MiFi MF230 P1
Salam.
tahniah AE…
kalo kena gaya, bila dah mula invest property untuk komersial ni terus pandang sebelah mata je jenis residential/flat untuk disewa kot ..
MySham recently posted..Suasana Lumayan Condo, Bandar Sri Permaisuri
Salam,
Asal tempat McD tu,tmpt belajar kereta.
Bangunan yg dibeli tu,barisan nasi lemak sedap tu ker,
atau area bangunan MAIS tu?
BR///Mohd Adinor
Terbaik!!!
drsir recently posted..Salam Kemerdekaan Ke-55