Petang tadi (4/3/12) sempat aku bersemuka dengan Man Kuala bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan penyakit anak gadis kepada rakan sepejabat beliau dan dari apa yang diberitahu, penyakit Congenital Disorder yang dihidapinya merupakan satu penyakit yang amat jarang ditemui di seluruh benua. Apakah jenis penyakit ini? Penghidapnya mempunyai 2 rahim dan 1 buah pinggang yang menyebabkan komplikasi yang amat serius terhadap aturan haidnya setiap bulan. Malah keseriusan kes ini bertambah parah apabila darah haid si penghidapnya membeku di dalam rahim yang mengakibatkan proses pembedahan bagi membuang darah beku perlu dilakukan setiap 3 bulan. Ini bermakna si penghidap perlu dibedah sebanyak 4 kali dalam setahun. Perrgghhhh.. sakit tu beb. Apa pun insyaallah aku akan membantu selagi terdaya. That’s my pledge beb!!
Di kesempatan tersebut, rasa terkejut Man Kuala turut disampaikan kepada aku dengan jumlah terkumpul setakat ini melalui pembelian ebook aku dan sempat juga beberapa soalan sensitif cuba ditebak oleh Man Kuala kepada aku, antaranya :
“Bro, lu tak ‘goyang’ ke tengok RM450 yang patut ko dapat tu disedekahkan kepada orang yang ko tak kenal?” – Man Kuala
“Beb, rezeki tu bukan aku yang cari sebaliknya ditentukan oleh Allah. Mana tahu kot-kot Allah lipat-gandakan amaun yang telah aku sedekahkan dalam bentuk lain. Who knows? Mungkin rezeki dalam bentuk tubuh badan yang sihat ke atau pun rezeki dalam bentuk akal fikiran yang cerdas ke untuk anak-anak aku. Aku rasa rezeki seperti itu lebih bermakna dari wang ringgit, betul tak?” – AE
“RM450 boleh la ko kata tak ‘goyang’, cuba kalau RM4.5K.. agak-agak gigil tak tangan ko nak sedekah?” – cubaan Man Kuala bagi melemahkan semangat aku.. hehehe.
“Yang tu aku tak berani kata, cuma aku hanya mampu berdoa supaya aku tak digelapkan dengan semua benda tu” – AE
“Ko tak rasa ke yang follower ko akan kata ko nak menunjuk kenkononnya ko ni dermawan atau pun ala-ala budak baik la bila ko kata ko nak sumbangkan semua ni sedangkan ko boleh buat senyap-senyap tanpa perlu bercerita kat dalam blog ko” – Man Kuala
“Beb, aku bercerita sebab aku nak memastikan mereka yang memang berniat nak beli ebook aku untuk mengambil kesempatan ‘menyumbang dengan segera’. Kalau aku tak mewar-warkannya, for sure diorang akan tangguhkan pembelian diorang tu dulu dan frankly speaking aku tak kisah la kalau orang nak kata aku nak menunjuk ke atau nak berlagak ke sebab apa yang penting bagi aku ialah aku dapat menyumbang kat kawan ko sebagaimana aku berkongsi ilmu kat blog aku ni. Lagipun aku tak boleh tahan orang dari nak mengata atau mengutuk aku” – AE
“Hmmmm… aku ingat aku pun nak buat blog la. Mana la tau kot-kot aku pun boleh buat duit macam ko” – Man Kuala
“Errrkkk….” – AE (speechless)
AE : Bukan senang nak buat duit dari blog sebenarnya tapi kalau kena dengan strategi yang betul, insyaallah duit tu akan masuk tanpa dipaksa-paksa dan kalau korang nak tahu salah satu rahsianya.. esok je la aku ceritakan.
Jumlah sumbangan setakat jam 11.30 malam ini adalah sebanyak RM450.00 hasil pembelian dari individu-individu yang pemurah ini :
-
Nor Munirah
-
Sarimah
-
Zairi
memang terbaiklah bro
Juan recently posted..Komisen Affiliate Pertama dari BicaraHartanah.com
pemurahnya hati abg ketaq ni!!! i like!!!
madammondoq recently posted..The Merrier DIGI Fandroid Day
alhamdulillah, insyaAllah makin murah la rezeki AE pasni.. 🙂
zuan recently posted..> Cuti Dah Nak Habis Bro
semoga Allah sembuhkan penyakit individu terebut.
semoga Allah luaskan rezeki AE dan pembeli2 ebook yang dermawan
Betul tu bro… Sesungguhnya jika kita berikan bantuan untuk tolong orang lain….Nescaya Allah akan berikan bantuan kepada tatkala kita dalam kesusahan…
hazman aka species1980 recently posted..Kejohanan FUTSAL ANTARA JABATAN MASkargo
yeahh..caya lah. moga ramai lago blogger otai mengikut jejak AE…
aslam recently posted..Arang atau ubat?
Murah hati AE.. tapi nurul ingat pesanan seseorang yang lebih tua dari nurul.. kalau kita ade rezeki lebih jgn lupa pada yang tak berupaya..
Alhamdullillah AE antara yang membuktikan lagi kenyataan yg dia bagi tu betul.. 😉
Nurul recently posted..3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM
bro..kalo org yg beli ebook2 br5o sebelum nih… nk sedekahkan gune duit ebook yg die beli.. tak aci ke.. hehehe
InsyaAllah, akan lebih murah rezeki bro AE…..
P/s : bro ble buka syarikat kutip hutang juga bro..ajak geng2 ketak2..
eyriqazz recently posted..Camne Boleh Kenal Blog Eyriqazz.Com?