• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / 3 Tahun Telah Berlalu

3 Tahun Telah Berlalu

abangensem · 21 December 2012 · 21 Comments

 

Ya, semalam genap usia blogku 3 tahun. Banyak pahit manis yang telah aku lalui dalam tempoh tersebut. Apa yang pasti, aku gembira dengan kerjayaku sebagai seorang blogger. Jika pada mulanya, ianya lebih kepada hobi masa lapang (terutamanya bagi mengisi masa terluang di dalam LRT) akhirnya, kini ia menjadi satu kerjaya bagi aku. Beberapa kejayaan (bagi aku) telah mampu aku kecapi, antaranya :

Rakan Maya/Realiti :

Siapa sangka Abang Ensem yang satu masa dahulu menimbulkan rasa benci pada pendengar nama itu, kini telah mula menerima huluran persahabatan dari segenap pelusuk tanahair. Baik aweks mahu pun balaks, rata-rata menjadi asbab untuk aku meneruskan kerjaya baruku ini.

Rakan Niaga :

Termeterai perjanjian perniagaan bersama pemilik ‘Best of the Best Blog 2012’ merupakan satu peristiwa yang tidak pernah aku sangka dan jangka. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, itulah perumpamaan terbaik bagi menggambarkan perasaan aku ketika tawaran kerjasama diusulkan oleh beliau tambahan pula jika perbandingan dibuat di antara kami, korang akan nampak betapa sang kancilnya aku di sisi SANG GAJAH. Ternyata ‘Teknik Remoraid‘ telah berjaya aku praktikkan menerusi kerjasama ini.

Rakan Seminar :

Jika di awal penglibatan aku di arena pengucapan awam, Tuan Brilah rakan aku berseminar tetapi alhamdulillah semakin ramai otai-otai hartanah yang telah sudi untuk berkongsi pentas dengan aku. Dr Shah Razali dan timnya beserta Tuan Pie2020 telah turut menjadi rakan seminar aku di penghujung 2012 ini dan ini sememangnya tidak pernah aku terfikir. Manakan tidak, jika nak dibandingkan dari segi ilmu hartanah, aku tidak boleh menidakkan pengetahuan dan pengalaman yang mereka ada. Malah aku sebenarnya perlu berterima kasih kepada mereka kerana telah menjadi pelengkap kepada basic modul yang aku perkenalkan di dalam mini seminar aku. Thank guys.

Aku juga tidak boleh memperkecilkan ratu-ratu hartanah yang bernaung di bawah Property & Co, yang turut aktif dengan seminar amal mereka setiap tahun dan walaupun aku belum lagi bertindak selaku penceramah, tetapi kesudian mereka untuk bekerjasama di dalam program amal mereka sudah lebih dari cukup mengetengahkan nama aku di persada grup hartanah.

Rakan Media :

Siapa sangka seorang yang dahulunya hanya menukilkan ‘english jargon’ di dalam setiap ‘management report company’nya mampu menjadi penulis kepada sebuah majalah berBahasa Melayu Tinggi. Malah artikel yang ditulis beliau akhirnya telah dimuatkan di dalam sebuah majalah tempatan. Ya, itulah aku, si pemilik 5 buah ebook yang menjadi ‘bahan usikan’ Pak Ensem menerusi entri semalam.

Tak cukup dengan itu, pemilik wajah seiras Aaron Aziz ini turut mendapat slot bagi rancangan Bisnes Alternatif yang akhirnya telah melonjakkan jumlah follower fanpagenya ke angka melebihi 2,000 orang. Umpama mimpi dalam mimpi, itulah ayat terbaik yang mampu aku gambarkan ketika itu. Apa pun segalanya mewarnai perjalanan blog aku di sepanjang 12 bulan yang lalu.

Rakan Blogger :

Tanpa mereka siapalah aku? Dari blogger kelas pertama seperti Beautiful Nara sehinggalah kepada kelompok blogger yang selalu menganggap diri mereka blogger picisan, masing-masing mempunyai ‘saham’ di dalam menaikkan nama aku di sepanjang tahun ke 3 aku berblogging. Hasilnya, satu demi satu entri berbayar telah aku perolehi hasil dari bantuan mereka ini, malah tanpa pendedahan dari mereka, mana mungkin pihak pengiklan mengenali abangensem  sebagai saluran hebahan umum.

Akhir kalam, semoga tahun ke 4 nanti bakal menaikkan lagi jenama ‘blogger gatai’ ini di kalangan pencari ilmu hartanah dan pada masa yang sama mampu menafikan dakwaan, “mana mungkin kerjaya blogging mampu menghasilkan status jutawan untuk aku”.

AE : Tetibe aku terkenangkan kepada satu-satunya blogger yang banyak berjasa kepada aku, moga kita sama-sama mampu menghulurkan sumbangan sedaya mungkin buat Saudara Jejai (penghidap kanser) menerusi akaun Maybank isterinya : 164089741562 – Mazliana Othman.

 
Tweet

Related posts:

  1. Tirai yang telah tersingkap..
  2. Setahun dah berlalu..
  3. Setelah 15 Tahun..
  4. 2 tahun kosong
  5. Yang Diimpi Telah Pun Aku Miliki

Filed Under: my story

Reader Interactions

Comments

  1. boni kacak says

    21 December 2012 at 1:56 am

    sapa cakap blogger ni buang masa kan? betul teknik nya, dan tak pernah putus asa, hasilnya pasti akan dapat.. 🙂

    Reply
    • KiD says

      24 December 2012 at 12:11 am

      saya setuju dengan encik boni.. awak memang kaca.. tapi abangensem tetap ensem
      KiD recently posted..Shopping dan Cirit Birit

      Reply
  2. Farid Adam says

    21 December 2012 at 7:05 am

    mula daripada minat mengushar awek di LRT tu…terus menjadi blogger terhebat sekarang ini…
    pasti awek2 lrt dah miss bro AE sekarang nih…hehe
    Farid Adam recently posted..Operasi TUKAR Dan PASANG

    Reply
  3. Fazrol says

    21 December 2012 at 7:57 am

    Good luck utk tahun 2013!
    Fazrol recently posted..Iphone 5 gadget impian!

    Reply
  4. NorHafiz says

    21 December 2012 at 9:00 am

    Tahniah kepada AE. Entry yang memberikan motivasi. semoga lebih berjaya

    Reply
  5. Encik Din says

    21 December 2012 at 10:03 am

    Tahniah dan Good Luck. Semoga sukses di tahun mendatang 🙂
    Encik Din recently posted..Kuasa Pemasaran Facebook = Duit?

    Reply
  6. halif says

    21 December 2012 at 11:32 am

    Tahniah bro, blogging memang tidak merugikan. Kagum baca story blog bro.
    halif recently posted..Horey!! Bonus Berganda

    Reply
  7. Denaihati says

    21 December 2012 at 2:16 pm

    tuah ayam nampak di kaki … masih jauh perjalanan dan pasti lebih banyak kejayaan akan dikecapi … tahniah
    Denaihati recently posted..Hong Kong dan Macau sekali jalan

    Reply
  8. Elieza says

    21 December 2012 at 4:11 pm

    Tahniah AE. Keep up the good work!
    Elieza recently posted..ASB Income Distribution 2012 – Pays better returns!

    Reply
  9. sohoque says

    21 December 2012 at 4:22 pm

    harapan aku yang baru hanpir setahun bukak blog ni akan menjadi seperti AE di dalam masa 3 tahun. teringat aku pesan AE pada aku di Facebook:
    “dont worry bro, lama2 nanti bro akan jadi seperti blogger2 otai tu semua”

    kata2 AE ini amat memberi perangsang kpd aku utk terus berkarya melalui blog. Tq bro AE. moga AE terus diluaskan rezeki di masa mendatang..

    Ameen
    sohoque recently posted..Daniel Sturridge Dan Tom Ince Akan Ke Liverpool?

    Reply
  10. shahril sidek says

    21 December 2012 at 4:23 pm

    nampaknya aku kena mengikut jejak langkah AE jugak..
    shahril sidek recently posted..Nak Beli Rumah Tapi Tak Ada Modal?

    Reply
  11. Nadot says

    21 December 2012 at 7:42 pm

    seronoknye tengok hasil yg best-best lepas 3 tahun berblogging… semoge 2013 AE lagi best! Dah best tu, jangan lupe saye ok.. hohoho
    Nadot recently posted..Cupcake Chic – Sedap!

    Reply
  12. Juan says

    21 December 2012 at 10:22 pm

    saya suka lihat perjalanan blog AE
    Juan recently posted..Bounce Rate Terbaik

    Reply
  13. azman says

    21 December 2012 at 11:07 pm

    Semoga A.E terus maju dan menjadi blogger hartanah suatu hari nanti.
    azman recently posted..Dekorasi Dan Renovasi Kediaman – Saya memilih Iman Puri Sdn Bhd

    Reply
  14. Een says

    22 December 2012 at 1:56 am

    Kalau begitu 3 tahun jugalah baru AE berjaya mencuri tumpuan saya untuk ikut blog ini. Tahniah bro! keep it up.
    Een recently posted..Kenapa kamu perlu cakap besar?

    Reply
  15. sweetkurma says

    22 December 2012 at 5:35 pm

    tahniah… memang ensem lah

    Reply
  16. Kak Mahh says

    22 December 2012 at 6:06 pm

    Tahniah tuan,pencapaian yang memberangsangkan.
    Kak Mahh recently posted..Piyamit tunnel part 4

    Reply
  17. faizalPj says

    22 December 2012 at 9:20 pm

    Semoga bro AE berjaya di tahun 2013.Doakan saya juga berjaya seperti bro AE
    faizalPj recently posted..iPhone 5 Gadget Impian

    Reply
  18. hafizrahim says

    22 December 2012 at 9:26 pm

    nice bro..boleh jadikan bro sebagai role model untuk azam 2013
    hafizrahim recently posted..Bapak Borek Anak Rintik

    Reply
  19. spudin says

    22 December 2012 at 10:17 pm

    berblog ni ok sbnarnya..ada faedah daripada merempit cari maut tgh jalan
    spudin recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba Nasib

    Reply
  20. aBu says

    25 December 2012 at 12:47 am

    As I mentioned a few years back, AE will be next Azizi Ali ~ @_@

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
26 Safar 1442
Now : Sunrise (06:58)
Next : Dhuhr (12:59)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in