Dah sebulan aku dok memerap kat rumah tatkala malam minggu menjelang. Bukan apa, sejak kelahiran AE Junior ni, aktiviti mengerek awek pada setiap malam minggu terpaksa aku tangguhkan dulu. Malah ‘kekasih maya’ aku ni pun dah lama aku tak jumpa. Bukan sebab di’ikat’ oleh mem, jauh sekali dek penangan sindrom ‘takbin’ (takut bini) yang kebanyakannya melanda kengkawan aku tapi ada sebab lain yang jauh lebih ‘horror’ dari semua tu. Ya, pengalaman di‘follow’ ke rumah oleh makhluk halus ketika anak kedua aku lahir dulu masih terbayang-bayang di ruang mata aku dan dek tak nak pisang berbuah dua kali, aktiviti malamku hanya terhad sehingga jam 8 malam sahaja. Selebihnya hanya tv peneman kesunyian malamku *sambil menatap ‘vontot’ Serena William ketika membalas pukulan Agniezska Radwanska dalam Final Wimbledon 2012* .. huhuhu.
Dan bagi mengisi luangan masa yang terhidang, projek ebook aku untuk tahun ini telah mula aku karang dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Cumanya, yang merisaukan aku ialah bukan 1 tajuk yang aku karang sebaliknya 3 tajuk serentak. Hmmm.. Bukan mudah sebenarnya untuk kekal fokus bagi setiap tajuk. Walaubagaimanapun salah satu dari 3 tajuk tersebut telah pun menemui titik noktahnya dan ianya bakal dilancarkan pada bulan puasa nanti. Bagi korang yang berminat memilikinya, RM20 senaskah (harga diskaun) bakal ditawarkan kepada 20 orang pembeli awal yang meng’e-mail’ aku [at] bicarahartanah@gmail.com dengan tajuk e-mail ‘Pembeli Awal’, manakala selebihnya (pembeli ke 21 dan seterusnya), harga yang lebih tinggi perlu korang bayar untuk memilikinya nanti.
“Apa isi kandungan ebook ini?” soalan yang pasti bermain di fikiran korang dan jawapannya adalah..
Ebook ini menceritakan tentang bagaimana seorang individu ensem yang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dunia teknologi maklumat, malah untuk create e-mailnya sendiri pun memerlukan bantuan orang lain tetapi beliaulah yang akhirnya telah mampu menghasilkan pendapatan dari blog yang setara dengan income makan gaji beliau selama lebih 8 tahun walaupun usia blognya baru mencecah usia kurang dari 3 tahun. Bagaimanakah cara yang dilakukannya? Semuanya diceritakan di dalam ebook ini. Jadi e-mailkan segera bagi yang berminat untuk mengetahuinya.
AE : Lawa jugak si Radwanska ni.. huhuhu.













Salam..
Tahniah AE bakal mengeluarkan ebook terbaru..
Ebook terbaru ni pun mungkin bakal hot seperti ebook AE sebelum ini..
Tahniah sekali lagi..
Anuar recently posted..Rumah Banglo Satu Tingkat Di Batu Gajah, Perak
makin bertambahlah ebook keluaran AE.cayalahh…
Semalam tenguk Perak main bola, ish ish…kurang minat tenguk Serena William pasal dah tau dia menang..
ReM recently posted..Be Fast Be Smart
mari beli ramai2.. so,penulis blog yg dulunya menggunakan nama http://www.celikringgit.blogspot.com akan dapat komisen sikit.. hehehe.
cer korang google ‘celikringgit’
aslam recently posted..Apple Vs Samsung
history of AE ni..hehe
support!
zuan recently posted..> GTO Remake
tahniah ada penggangu malam.hehe
thaniah juga nak melahirkan lagi satu ebook..
murah tu RM20 untuk 20 pembeli terawal..
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
Whooaaa… ini cerita pengalaman sendiri la yea… good idea….
hazman aka species1980 recently posted..Bawa Pulang DOMINOS’S PIZZA bernilai rm40
Aloooo comelnyer… Sian AE ade penggangu malam skrang nih.. hehehe
Nurul recently posted..Berpisah Jua Dengan Mu..