Akhirnya Ia Menjadi Milikku Jua

 

Setelah hampir 2 tahun mengejar dan dikejar, maka pada minggu lepas flat terakhir yang aku beli di Seksyen 24 telah selamat menjadi milik mutlak aku. Bagi sesiapa yang pernah hadir ke mini seminar aku, pasti akan dapat mengagak asbab berlakunya kelewatan ini.

Ya, semuanya disebabkan Pihak Berkuasa Negeri Selangor tidak membenarkan ‘direct transfer’ dilakukan ke atas rumah yang telah memiliki geran strata (geran yang telah dipecahkan). Makanya pihak pemaju terpaksa menukar hakmilik tersebut kepada pemilik pertama dahulu sebelum kitarannya selamat sampai kepada aku. Setiap kitaran tukar milik melibatkan kos dan atas sebab itu, proses tukar milik yang terdahulu akan menjadi kian lambat sekiranya pemilik terdahulu tidak mempunyai wang untuk menyempurnakan tukaran hak milik tersebut. Atas sebab itulah ianya telah melambatkan lagi proses tukar miliknya kepada nama aku tapi alhamdulillah setelah menunggu hampir 2 tahun, akhirnya aku berhak untuk mencari penyewa bagi flat tersebut dan bagi korang yang sedang mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam (Seksyen 24), sudi-sudikanlah menge-mail aku [at] abangensem98@gmail.com. Butiran berkaitan flat tersebut adalah seperti berikut :

  • Flat 2 bilik 1 bilik air di tingkat
  • Deposit – 1+1
  • Wanita bujang sahaja
  • Kemasukan – Mei 2012

AE : Ada sebuah lagi flat 3 bilik 2 bilik air untuk disewa di Subang 2 (Kampung Melayu Subang) pada kadar RM350 sebulan. Kemasukan segera. Berminat, sila hubungi aku di e-mail di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge