• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Umum / 5 Tips Tampung Kenaikan Harga Petrol

5 Tips Tampung Kenaikan Harga Petrol

abangensem · 6 November 2016 · 4 Comments

Baru-baru ini ramai yang mengeluh di atas kenaikan harga petrol kita. Aku turut tidak terkecuali. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah, bertabah. *Sambil lari ke bucu katil, nangis !!

Namun, nasib aku agak baik bila telah disedarkan tentang perkara sebegini seawal tahun 2001 lagi, yakni ketika aku menjadi salah seorang peserta kelas hartanah Azizi Ali. Masih terngiang kata-kata beliau, “Kalau diikutkan, saya mampu untuk pakai BMW baru yang seriesnya lebih besar tetapi biarlah saya pakai yang secondhand dengan series yang lebih kecil sahaja”. Pening juga aku memikirkan rasionalnya (maklum sahajalah, budak muda yang masih mentah tetapi ensem). Lalu, secara membuta tuli aku pun mengikut saranan beliau dan saat ini, barulah aku mengerti. Walaupun aku mampu memandu Honda CRV, tetapi biarlah Honda City standard yang menjadi pilihan aku <– Tip #1.

Selang beberapa bulan selepas itu, aku sempat berbual dengan pelanggan bank aku, seorang usahawan cina. Beliau yang sebelumnya memakai ‘mata belalang’, tiba-tiba hadir dengan Proton Wira 1.5GL sedan. Tanyaku, “Bos, mana you punya Merc?” dan dijawabnya, “Alamak kawan. Bisnes not ok la. Saya pakai kecik punya kereta dulu. Sudah ok nanti, saya tukar balik” dan itulah juga yang aku lakukan ketika aku baru memulakan bisnes dan tidak pasti tentang ketentuan perbelanjaan bisnesnya kelak <– Tip #2.

Baru-baru ini, ketika berseminar di Kota Kinabalu, aku sempat menggunakan khidmat Uber untuk ke airport dan agak mengejutkan aku apabila kereta yang menjemput kami berjenama BMW 5 series. Lebih mengejutkan lagi apabila pemandunya adalah seorang towkay kedai perabot. Apabila ditanya, kenapa beliau berUber? Jawab beliau, cari pendapatan sampingan sebagai back up. Ternyata seorang towkay juga turut sanggup mencari pendapatan kedua beliau di masa lapang. Kita? <– Tip #3.

Pasti akan ada yang beralasan bagi menangkis 3 tips di atas, tetapi 2 tips yang berikutnya (yang aku turut lakukan) pasti tiada alasan lain untuk anda menolaknya iaitu, kurangkan perjalanan untuk aktiviti yang ‘kurang penting’. Sebagai contoh, aku adalah seorang jejaka yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, sebaliknya turut sama dikurniakan suara lunak gemersik seakan artis piring hitam <– Zarul Husin sendiri mengakuinya.. hehehe, dan hampir setiap bulan aku akan mengasah bakat nyanyian aku di pusat-pusat karaoke bersama rakan-rakan ‘SLKK’ku. Namun disebabkan kenaikan harga petrol, aktiviti tersebut (termasuk juga aktiviti-aktiviti lain) terpaksa aku tangguhkan buat sementara waktu dan secara tidak langsung, penangguhan sebegini akhirnya telah menjimatkan duit di dalam akaun bank aku <– Tip #4.

Kredit gambar : www.bebeldotsorang.blogspot.com
Kredit gambar : www.bebeldotsorang.blogspot.com

Walaubagaimanapun, terdapat aktiviti-aktiviti ‘kurang penting’ yang agak sukar untuk aku tangguhkan, seperti melepak malam-malam di kedai mamak dan the only way yang boleh menyelamatkan kocek dan dompet aku adalah, dengan menghubungi talian rakan baikku, Mohamad Eshamili dengan ayat-ayat berikut, “Bro. Lu free tak malam ni? Ada awek ajak gua lepak kat Twenty & Co. la? Kalau lu free, jom temankan gua. Jam 9.28, macam biasa la, lu datang ‘pikap’ gua kat rumah dengan kete lu”. Sesampai je ke sana, pasti Khulafa Azalea jugalah yang menjadi destinasi kami (tanpa sebarang kelibat awek.. kikiki) dan lebih mengujakan, teh tarik aku juga di’payung’ oleh beliau <– Tip #5.

Bijak tak aku?

 
Tweet

Related posts:

  1. Tips Mendapatkan Rumah Pada Harga Diskaun
  2. Tips-Tips Nak Kaya
  3. LAGI 2 TAHUN HARTANAH JATUH HARGA?
  4. Laluan Bas Faktor Kenaikan Kadar Sewa
  5. Tips Mendidik Penyewa Rumah

Filed Under: Umum Tagged With: tips kenaikan petrol

Reader Interactions

Comments

  1. kauthar mohd says

    11 November 2016 at 11:33 pm

    Sangat bagus tips AE.. tips yang last paling rare hehhe
    kauthar mohd recently posted..Target bisnes macam target nak survive hidup

    Reply
  2. sisza says

    12 November 2016 at 3:59 am

    Sendiri punya hidup, sendiri kene pandai jagalah kan. Kawal perkara yang boleh kita kawal.
    sisza recently posted..Tips turunkan suhu demam anak cepat dengan mudah dan berkesan

    Reply
  3. Ira says

    27 November 2016 at 2:04 pm

    bagus tips tu maklumlah nak sara kos hidup kan.
    Ira recently posted..Penekanan Agama Walau Bersekolah Cina

    Reply
  4. Syakilla says

    1 April 2017 at 2:42 pm

    Memang tip top tips abang ensem ni! 👍👍👍

    Untuk killa, killa start join shaklee je, alhamdulillah, bukan setakat petrol, kereta pon bayar pakai income shaklee hehe

    Jemput la singgah ke blog killa.
    Nak cantik? Nak sihat? Ingat killa
    👉 http://www.syakillaazam.my/

    Reply

Trackbacks

  1. Duit Ohh Duit! | zhafirrazakdotcom says:
    15 November 2016 at 1:13 pm

    […] hari saya terbuka laman web abang ensem. Dan antara artikel terbaru beliau “5 Tips Tampung Kenaikan Harga Petrol” menarik minat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
26 Safar 1442
Now : Isha (20:06)
Next : Imsak (05:38)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in