7 Sebab Kenapa Aku Enjoy di Majlis #JumpaDenaihati

leaderboard2 denaihati Banner

Hahaha..

Ramai juga yang confius bila aku postkan entry semalam. The first 10 minutes ramai yang menyangkakan 1kg Perak yang menjadi hadiah utama cabutan bertuah tu adalah milik aku sebaliknya, jejaka yang benar-benar bertuah pada petang ahad lalu adalah Tok Jejai yang sanggup lari ke restroom gara-gara takut untuk on-stage dengan artis jemputan pada hari itu.

Pemenang sebenar 1kg Perak

Motif entri semalam hanyalah untuk menyatakan 3 point penting berikut :

  1. Berblogging sememangnya mampu mendatangkan hasil walaupun sekadar bergantung kepada ‘tuah dan nasib’ tanpa perlu kepada sebarang kebolehan menulis atau bercakap.
  2. Betapa komited dan pemurahnya Tuan Denaihati yang sanggup mencari penaja bagi hadiah utama dan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah yang lain yang mana aku difahamkan bernilai belasan ribu ringgit.
  3. Aku merupakan ‘ejen’ yang dilantik oleh Tok Jejai untuk mencari pembeli ‘collecter limited edition‘ ini. Bagi yang berminat, korang boleh hubungi aku [at] abangensem98@gmail.com

    Collecter Limited Edition

    .

As for me, walaupun aku juga bertuah kerana memenangi salah satu hadiah cabutan bertuah pada hari itu tetapi kegembiraan memenanginya tidak cukup untuk menandingi 7 sebab-sebab berikut :

  • Dapat bertemu Denaihati in-person

Gila beb akhirnya dapat juga aku bertemu dengan blogger jutawan lagi dermawan, Tuan Denaihati. Memang peluang yang aku perolehi dimafaatkan sepenuhnya sehinggakan selepas selesai majlis hi-tea, kami masih duduk melepak dan bertukar-tukar fikiran di lobi hotel sehingga jam 6.15 petang. Banyak juga input-input dunia blogging, bisnes dan *rahsia* yang aku perolehi darinya dan insyaallah akan aku manafaatkan sebaik mungkin.

AE & DH

  • Dapat bersua-muka dengan beberapa blogger hebat tanahair

Bagi korang yang dah lama dalam dunia blogging ni, tentu nama-nama seperti yanmieonline.comfazreen.com, emilayusof.com, ciklilyputih.com dan puanbee.com tidak asing lagi bagi korang kan? Jadi peluang bertentang mata dan mengorek kisah-kisah kejayaan mereka secara tidak langsung mampu membakar semangat aku untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti dan dari apa yang aku perhatikan, they are a very humble person as same as the writer of this blog.. hehehe.

Antara bloggers yang hadir

  • Dapat pelbagai cenderamata

Bukan senang nak dapat t-shirt sampai 2 helai dalam satu masa dan hanya melalui majlis #JumpaDenaihati ini sajalah peluang memilikinya terbuka luas. Tak cukup dengan t-shirt, sebuah buku berkaitan dunia perniagaan dengan judul “Sembuhkan Virus-Virus Bisnes” turut menjadi habuan aku dan tak lengkap jika ianya tidak disertakan sekali dengan notepad bagi mencatat nota-nota penting dari buku tersebut.

  • Dapat berkongsi pentas dengan vokalis Umbrella

Kalau zaman aku baru nak berjinak-jinak melayan cinta monyet aku dulu, lagu-lagu Umbrellalah menjadi ‘bahan’ untuk membeli jiwa girlfriend-girlfriend aku dulu. Malah, kalau tidak kerana lagu-lagu seperti “Bukalah Hatimu” dan “Ramalanku Benar Belaka”, mana mungkin aku mampu berganti awek setiap semester di sepanjang pengajian aku di ITM dulu. Jadi bila peluang untuk berkongsi pentas dengannya aku perolehi, mana mungkin aku mampu menolaknya dan sebagai tanda terima kasih aku kepada Saudara Zarul, sengaja aku ‘kepit’kan suara aku agar pitching dan range suara aku akan nampak lebih tenggelam dari suaranya. Kalau tidak, sudah pasti pentas untuk majlis #JumpaDenaihati yang berikutnya akan menjadi milik aku dan sekaligus akan menutup periuk nasi Saudara Zarul.

"Perfect tone" ~ kata Zarul dalam hati

  • Dapat bertemu dan melayani peminat-peminat abangensem

Hampir lenguh tangan aku menyambut setiap huluran dan jabatan tangan dari blogger-blogger yang hadir dan tidak cukup dengan itu, wajah-wajah kacakku turut menjadi bahan bagi mencantikkan blog-blog mereka yang hadir. Malah namecard yang aku cetak sehari sebelumnya ibarat goreng pisang panas gara-gara memenuhi tuntutan-tuntutan mereka yang ingin mengabadikan wajah kacakku di belakang kad tersebut. Apa pun aku berterima kasih kepada jalinan perkenalan yang diberikan oleh para blogger seperti cikgunaman, azmanisma, fuzamarquis, azman ishak, fazreen, manan qayyim.

Bersama salah seorang peminat AE

  • Dapat melihat Ariff Shah menggigil ketika berucap

Gua dah cakap, mamat ni mesti gigil la bila berucap. Sampaikan Tuan Denaihati terpaksa berdiri di belakang dia takut-takut dia ‘pitam’ dan tumbang kat atas pentas tu. Aku yang dok ambil gambar ni pun jenuh nak fokus sebab kekuatan gigilan mamat Moscow ni mengakibatkan shoot yang aku ingini agak kabur hasilnya.. hahaha.

Kesian Tuan DH sebab terpaksa standby kat belakang Ariff

  • Dapat menggatal dengan kekasih aku di alam maya

Siapa lagi kalau bukan Si Cantik Sizueka. Wajah ayunya sahaja sudah cukup membuatkan perut lapar terasa kenyang. Tutur katanya pula sudah mampu membuat rasa gigil naik ke pentas menjadi tenang. Sebenarnya sebab inilah yang paling buat aku enjoy petang tu. Dah la duduk terkepit berdua, bergambar pun mesti nak berdua dan bagi mengubati perasaan kempunan tidak dapat bersanding di atas pelamin nanti, maka gambar di atas stage menjadi pengganti. Amacam, ada nampak macam David Beckham dengan Posh Spice tak? Shakiddo, sila jeles.. hehehe.

Beckham & Posh Spice

AE : Enjoy, enjoy juga. Jangan lupa kata-kata Tuan Haji Mohd Khanafi, Pengarah Urusan Al-Ansar Property petang tu.. “Cuba jadikan blog sebagai satu bisnes“.

P/S : Bagi korang yang mempunyai entri berkaitan majlis #JumpaDenaihati, diharap dapatlah kiranya korang meninggalkan link korang di ruangan komen agar ramai yang dapat membacanya.

This entry was posted in my story and tagged . Bookmark the permalink.

23 Responses to 7 Sebab Kenapa Aku Enjoy di Majlis #JumpaDenaihati

  1. abangensem says:

    Lupa aku nak gitau, gambar duet aku dengan Zarul tu telah dicilok dari blog Brader ni..http://akubiomed.com

  2. KiD says:

    beckham dengan posh spice..?? what da heck??
    KiD recently posted..Cara Tinggikan Trafik Blog dan Earning Nuffnang

  3. KiD says:

    sudah dua kali aku terlepas berjumpa Denaihati ini. Mungkin lain kali ada suatu hari yang lebih bermakna untuk aku berjumpa dengan otai besar dalam blogging ini.

    *hai Tuan Denaihati, saya nak lawan pingpong dengan anda! hew hew hew
    KiD recently posted..Cara Tinggikan Trafik Blog dan Earning Nuffnang

  4. FaizalPj says:

    org popular ramai nak tgkp gmbr le

  5. fasz says:

    oh denaihati……huk huk. rugi tak join. :)
    fasz recently posted..Minum Air Gula Mamak

  6. fasz says:

    bj dah match dgn nurul tu…line pink…ahaks…leh la masuk pinky momments.
    fasz recently posted..Minum Air Gula Mamak

  7. Adi Hanif says:

    Aku tengok AE lagi happy tangkap gambar dengan zarul dari dengan nurul..hehe
    Adi Hanif recently posted..Bagaiman Menyemak Market Value Hartanah

  8. Nisa says:

    I’m a new blogger and baru seminggu lepas dapat explore beberapa bloggers yang mempunyai blog yang agak menarik untuk dibaca and most of them are married :3
    Nisa recently posted..Everyone is a genius

  9. wandisini says:

    bestnya dapat bersua muka dengan ramai blogger
    wandisini recently posted..Bukti sokongan muda?

  10. Azydy says:

    abang ae memang ensem hehe…
    Azydy recently posted..‘Sepetang Bersama Blogger’ dan abangensem

  11. Fuza Marquis says:

    Hai AE!!! Great to meet all bloggers during this gathering.
    Suka saya tau nama saya ada kat entri ni. Eehi :D
    Fuza Marquis recently posted..Original Charles & Keith for Sales!

  12. madammondoq says:

    patutnya ada 8 sebab ok.. tak dapat berduet dengan inul goyang yang sedang tekun bergoyang di PD ketika majlis ini berlangsung… uwaaaaaa!!!!! jeles sey!!!
    madammondoq recently posted..SAFA RESTAURANT : Sure Meleleh Punya..

  13. Myra Jay says:

    Memang meriah kan majlis petang tu :)

    MJ perhati abgensem dari jauh je, nak bergambar bersama ‘segan’ heheee :)

    ‘Rugi’ terlepas peluang..heheeee
    Myra Jay recently posted..Kemenangan Terindah – Menang Kamera Nikon D90

  14. Hurmmm…. patutnya DH tu suruh AE nyanyi lagu NASYID satu kat stage tue…. hehehehe…. anyway PENGALAMAN HEBAT kalau kita selalu berdamping dengan orang yang berjaya
    hazman aka species1980 recently posted..Hazman vs FOOD ( 5 murtabak AYAM + 5 murtabak DAGING )

  15. zuan says:

    woahhhh!! big luck tuk jejai!!!
    zuan recently posted..> Marvel’s The Avengers

  16. azmanisma says:

    Lu mmg kacak bro sumpah! he3..
    azmanisma recently posted..Orang Bertatoo Ganas

  17. UpProfits says:

    Beckham ngan posh spice yg tak tahan tuh..hahaha..ensem la bro..
    UpProfits recently posted..Sepetang Bersama Blogger Malaysia | Top 5 Gadjet Impian

  18. Juan says:

    ariff shah gigil, yer yer jer, hehehe
    Juan recently posted..Battleship Movie Review 2012 – This is Best Film

  19. caption gambar gua dgn lu mmg tak le belah ….piiii daaa
    p/s lawa spek….
    Zarul Umbrella recently posted..Rinku Premium Outlet,Kansai

  20. kakchik@ella says:

    Hi abg ensem. saya tak sempat lagi buat entry Event ni. BTW, tak sempat bertegur sapa petang itu.
    kakchik@ella recently posted..Khabar-khabarkan

  21. ishy77 says:

    fiuu~~~1kg silver..perghh..mmg btl2 lucky man la abg Jejai..huhu
    ishy77 recently posted..PTPTN, Kerajaan @ Diri sendiri??

  22. Anarm says:

    sayang ohh kalo jual silver bar collector limited edition tu..
    Anarm recently posted..Wordless Wednesday #17 – Transfer Domain

  23. Fazreen says:

    no wonder ada referral dari sini rupanya ada link blog saya dia dalam entri. terima kasih abang AE. nanti kita buat semalam bersama Fazreen di mamak. heh.
    Fazreen recently posted..Tip Blogging Itu Bullshit!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge