7 Sebab Kenapa Aku Tak Jemput Tuan Bri ke Mini Seminar Aku

leaderboard2 denaihati Banner

Berair mata aku bila membaca entri Tuan Bri semalam yang antara lain menyatakan kekesalan hatinya kerana tidak dijemput untuk memeriahkan mini seminar aku minggu ni. Bertambah hiba bila aku dianggap seperti ‘kacang lupakan kulit’ kerana melalui platform ‘Kelab Hartawan Hartanah’ la nama aku mencanak naik.. huhuhu *mode : nangis*. TAPI pedulik hapa aku, aku mempunyai 1001 sebab untuk tidak menjemput otai rumah lelong ni ke mini seminar aku. Biarlah dia membawa diri ke oversea, yang penting dia tahu mana jalan pulang sebab kalau dia takde nanti susah la pulak aku nak carik driver untuk ‘Road Tour bersama AE’ nanti.. hahaha. Korang nak tahu tak 7 sebab utama aku tak nak dia tunjuk muka kat mini seminar aku tu? Kalau nak tahu, sila scroll ke bawah :

Sebab No 1 : Tak sanggup nak bayar fees yang aku minta

Beb, no money no talk la. Aku baru mintak RM1K je untuk fees aku dan duit tu bukannya aku nak buat joli pun sebaliknya untuk digunakan bagi menampung fees peserta-peserta lain. At least, biarlah yang otai tolong payungkan yang lenlain walaupun sekadar RM38 seorang tapi RM yang ditunggu tak juga kunjung tiba.. huhu.

Sebab ke 2 : Tak nak menghampakan anak-anak dan memnya

Awal-awal dah aku bagitahu yang mini seminar aku ni tarikhnya 14 Mei dan disebabkan pertindihan tarikh dengan percutian keluarga beliau, maka terpaksalah untuk aku tidak menjemputnya. Bukan apa, kalau aku jemput tak ke nanti bakal menghiris hati dan perasaan anak-anaknya yang dah bersemangat nak pergi bercuti. Mana tak terhiris jikalau tiba-tiba Tuan Bri bagitahu memnya “Ayang.. kita postpone cuti kita tahun depan la sebab Anje nak pergi mini seminar abangensem“. Karang aku jugak yang jadik mangsa. Tak sanggup aku beb.

Sebab ke 3 : Tak nak menyusahkan staf e-Ticketing Malaysia Airlines

Kalau dah Tuan Bri tunda percutiannya sebab nak attend mini seminar aku, dah tentulah yang akan turut susah ialah staf e-Ticketing MAS yang terpaksa arrange balik flight booking dan disebabkan tak nak menyusahkan diorang ni lebih-lebih lagi yang berstatus awek, adalah lebih elok kalau aku tak jemput si Bri ni.

Sebab ke 4 : Ketinggian yang menyusahkan

Demi keselesaan peserta yang lain, aku terpaksa mengenepikan si Bri ni. Buat korang yang tak tahu lagi, mamat Bri ni tersangatlah tinggi (7 kaki kalau tak silap aku). Jadi, bila dah tinggi dan duduk pula kat barisan hadapan, macamana pula peserta yang lain nak menatap wajah ensem aku ni dan kalau aku nak letak dia kat belakang, takut la pulak kaki dia lenguh sebab terpaksa meng’kelepet’ kaki dia yang panjang tu. Betul tak? Semuanya dibuat demi keselamatan dan keselesaan beliau.. kwang kwang kwang.

Sebab ke 5 : Takut hilang title abangensem

Gila apa kalau aku nak jemput Bri datang. Dah la tinggi macam zirafah, muka pulak saling tak tumpah macam Matthew McConaughey. Tampan siot.. karang ada pulak yang cuba buat comparison, yang mana patut digelar abangensem. Daripada aku menjerat leher aku, baik aku tak jemput langsung.

 

Tuan Bri versi mat salleh

Sebab ke 6 : Takut jadi ‘bahan’

Korang tahu kan yang aku ni Chelseanya fan manakala si Bri ni pulak fanatik gila dengan Red Devil. Buatnya dia datang, mahu ‘lumat’ team aku (Chelsea) kena kutuk dan daripada membiarkan dia buat dosa mengutuk, baik aku tak ajak langsung.

Sebab terakhir : Permintaan yang melampau

Korang fikir sendiri la, ada ka patut si Bri demand Spaghetti Meatball Bolognaise sebagai santapan tea break nanti. Aku rasa biskut tiger tu pun dah cukup bagus. Ini lagi nak demand makanan ala-ala western. Usah mimpi la aku nak jemput.. hahaha.

Korang jangan la pulak merusuh bakar dewan bila korang baca sebab-sebab tu. Adalah sebenarnya, si Bri ni awal-awal lagi dia bagitahu aku yang dia tak dapat nak join mini seminar aku sebab nak pergi shopping ke Langkawi. Apa pun aku doakan ko (Bri) selamat pergi tak dan kembali. *Sorry typo error la pulak*

AE : Satu sesi Road Tour ‘menyembang tentang hartanah’ akan diadakan di seluruh negeri dalam jangkamasa terdekat ini. Bagi korang yang berminat menjadi penganjur, silalah e-mail aku atau pun Tuan Bri untuk tujuan itu.

This entry was posted in my story. Bookmark the permalink.

12 Responses to 7 Sebab Kenapa Aku Tak Jemput Tuan Bri ke Mini Seminar Aku

  1. k long says:

    kah kah kah, ae bab bg alasan mmg tak leh tahan.

  2. shahrul says:

    sebab ke 7 tu paling2 x leh bla…. hahaha….

  3. helmo says:

    korang ni kiut la.. hahaha

  4. mizz bananaz says:

    kalu sampai belah utara jgn lupes gitau…

    tak minat jd penganjur tp minat nak join bengkel

    (jd penganjur banyak keje daaa nk kira karipap la nak kira biskut la kehkehkeh)

  5. matjoe says:

    perghh, smpi 7 alasan. harap2 bri boleh terima hakikat
    matjoe recently posted..Senyum- Tak Perlu Kata Apa – Apa

  6. tuanbri says:

    semua sebab ni sebenarnya aku yang suruh AE tulis…bukan idea dia pun…
    tuanbri recently posted..Bercuti !

  7. shah says:

    hahaha… alasan 4 &5 xleh blah….. hehe

  8. suraya says:

    hahaha..kelas ae n tuan bri… geng yg sempurna!… x sabar nak tunggu bengkel kat Tganu!

  9. Pingback: Hari Ini Dalam Sejarah | Abang Ensem's Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge