Abang Joe dah start pening bila aku tanya “ko nak buat full loan ke atau ko nak buat extra cash loan?” dan soalan aku tu disambut pula dengan soalan berikut “apa beza full loan dengan extra cash loan tu bro?”. “Kalo ko nak tau ko tengok beza dua loan ni, ko tengok contoh (kat bawah) ni :
Full loan :
Harga S&P (mark up price) : RM70K – harga ikut market price walaupun harga sebenar flat tu ialah RM55K sahaja.
Loan : RM55K @ 78.5% margin (ngam ngam ambil harga sebenar rumah)
Extra Cash Loan :
Harga S&P (mark up price) : RM70K
Loan : RM63K @ 90% margin yang bank boleh bagi
Extra Cash : RM8K (RM63K minus RM55K harga sebenar)
Jadi, dengan extra cash sebanyak RM8K tu ko dah boleh cover duit lawyer dan valuation fee yang ko kena bayar. Silap haribulan ada lagi extra cash yang ko boleh enjoy atau simpan dalam ASB tapi kalo ko amik extra cash tu, instalment rumah ko tu pun akan jadi extra jugak la. Berapa banyak extranya, nanti kita tanya dengan banker” terang aku kat Abang Joe. “Bagi aku fikir dulu boleh tak? Aku confius la sebab apa yang aku faham bila beli rumah, kita yang kena keluar duit bukannya dapat duit” – Abang Joe.
AE : Bukan Abang Joe je yang keliru. Aku rasa ramai dari kalangan korang pun tak pernah terfikir pasal benda ni. Betul tak?
wow.. best tu beli umah siap dpt extra money lg..
algu recently posted..Syarat Terbaru – berkuatkuasa pada 26Jan2011
Mmg btl,best dpt extra duit klu beli rumah… dpt cover apa yg ptt….:)
aslam recently posted..Simpan atau Labur
salam…
bleh buat extra cash loan tak utk auctioned property?