Abang Joe : Strata title dah keluar!!

leaderboard2 denaihati Banner

“Ensem, flat kat Bukit Raja tu strata title dia dah keluar la” ayat dari awek lawyer aku masa aku call dia bertanyakan tentang draf S&P brader Joe tu dan bila aku tanya “lama lagi la jawabnya perfection rumah tu, ye tak?”, jawab si tuan lawyer “tak kot sebab developer bagi buat direct transfer“.

Hahaha.. aku rasa mesti ramai yang pening bila ayat-ayat bombastic tu aku selitkan dalam entri kali ni dan sepertimana korang yang baru nak belajar, “jangan risau” aku dulu pun macam korang jugak. Ayat je bunyi macam dahsyat tapi hakikatnya takde la dahsyat mana pun. Buat pengetahuan korang ayat-ayat di atas tu membawa maksud yang geran rumah flat tu (yang dipanggil strata title) dah keluar dan untuk urusan ‘perfection‘ (pindahmilik), setiap urusan pindahmiliknya kena dibuat mengikut aturan dan susunannya. Maksudnya kat sini ialah :-

Pemilik pertama (Pemaju) kena pindahkan hakmiliknya kepada A (si penjual) sebelum boleh dipindahmilikkan pula kepada brader Joe (pembeli baru) tetapi memandangkan pihak pemaju kata boleh buat direct transfer, maknanya hakmilik flat tersebut dah boleh dilangkaukan hakmiliknya seperti berikut :-

Pemilik pertama (Pemaju) boleh terus memindahmilikkan geran rumah tersebut kepada brader Joe dengan syarat mendapat consent dari si penjual. Jadi ini akan mempercepatkan sedikit proses ‘perfection’ untuk flat tersebut. Amacam, korang faham tak? Kalau tak faham, sila rujuk kepada lawyer korang sebab semua info ni pun lawyer aku yang bagitau.

AE : Kalau ‘perfection’ rumah tu cepat maknanya lagi cepat la brader Joe tu boleh dapat excess cash dia.

This entry was posted in case study. Bookmark the permalink.

13 Responses to Abang Joe : Strata title dah keluar!!

  1. waht says:

    Ingtkn ape yg perfect. Kesempurnaan pindahmilik rupanya… unit yg saya baru beli masih master title. Jadi, isunya tak sma la…

    untung beli subsale. Ada excess… saya beli lelong, loan dpt cukup2 je…isk…isk… klau ada low cost undermarket price lokasi cantik, habaq mai noe AE….

  2. algu says:

    semua kes bole wat direct trnsfr ke?

  3. aslam says:

    aku rs kalau lawyer power..leh kot.. tgk lawyer..xgitu ke???
    aslam recently posted..Distribution

  4. jelitaz says:

    tak semua lawyer tau pasal ni bang. contoh lawyer saya la. .. lawyer tu siap suruh saya tunggu sampai urusan pindahmilik pemilik pertama selesai. makan tahun tu..hampeh…sib baik ada makcik saya yg arif pasal urusan jual beli rumah ni. dia yg advice lawyer tu balik apa ptt buat. dia ptt claim advisor fees kat lawyer tu..
    sesapa yg nak beli rumah subsale ni..berhati2 la ngan lawyer. jgn percaya sngat ckp lawyer yg diorang tu dah biasa uruskan hal jualbeli rumah. semua tu ayat nak jual svc jer…

  5. wakif says:

    boleh ke? adeii aku kena tunggu 6-9 bulan nak tukar hak milik tu… takpe2 esok aku cuba gertak sikit lawyer aku tu tgk camne….:)
    wakif recently posted..Strategi Pelaburan Hartanah

  6. pantaidalam says:

    Bro,saya masih belum faham lagi pasal srata title ni,saya budak baru belajar,boleh bro buat satu entri penuh maksud strata title ni :-)
    pantaidalam recently posted..Gunung Emas Eufrat

  7. ribenalemon says:

    Salam bro,
    1. Direct Transfer, dari developer kepada pembeli baru, skip owner kan?
    2. Boleh apply untuk freehold saja ke, atau leasehold juga, atau kedua-dua sekali?
    3. Direct Transfer ni, ikut developer ke? atau memang dibenarkan ikut Akta?
    4. Ada caj tak developer ambil untuk buat Direct Transfer ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge