AE is a Professional ‘Talker’

leaderboard2 denaihati Banner

 

Bila difikir-fikirkan terasa macam presentation untuk VIVA pun ada. Tambah-tambah lagi kalau audiencenya bakal dihuni oleh mereka yang bergelar Profesor mahu pun Profesor Madya. Pastinya soalan yang bakal dihujah jauh melangkaui imaginasi aku. Oleh itu, perlu atau tidak aku menerima pelawaan berucap bagi program ‘Alumni Professional Talk Series’ ini?

Itulah perkara pertama yang bermain-main di fikiran aku saat aku menerima invitation e-mail dari salah satu IPTA baru-baru ini. Hampir seminggu juga aku mengambil masa sebelum jawapan balas aku e-mailkan.

Ya, I’ll be speaking in front of lecturers and staff of the ‘said’ faculty on the following title :

Amacam, gempak tak? Ada bunyi-bunyi intelek tak? Apa pun terima kasih kepada MAMAT INI yang telah membantu aku menghadirkan satu tajuk yang berbau intelek sebab kalau ikut aku, mau aku guna tajuk ini je.. “Pelaburan Hartanah – Tiket Ke Arah Memikat Awek-Awek Ranggi” untuk menarik perhatian orang untuk hadir ke talk aku.. hehehe.

Bila tajuk telah dipilih, barulah mudah untuk aku mencari isi dan segalanya dimulakan dengan handout ringkas yang akan dijadikan buah tangan untuk khalayak yang hadir. Selesai je urusan mengarang nota ringkas, maka presentation slide pula menjadi agenda berikutnya dan seperti biasa, Brader Mil lah sidekick aku yang paling berwibawa dalam urusan penyediaannya.

Lokasi yang dipilih, tak lain tak bukan Pappa Rich Seksyen 7 yang sememangnya ‘kaya’ dengan kehadiran awek-awek berslanga ‘minah saleh’. Dengan ditemani oleh himpunan awek-awek di table sebelah, idea untuk slide seakan-akan mencurah-curah datangnya dan segalanya dapat disiapkan sebelum waktu sahur pagi selasa yang lalu. Alhamdulillah, inilah slide paling cun yang pernah kami hasilkan bersama dan aku berani jamin yang audiencenya nanti pasti akan jatuh cinta dengan slide aku nanti.

~ 3D Animation Effect ~

Jadi, sekarang ini aku hanya perlu praktis bercakap depan cermin bagi mencukupkan masa 1 jam setengah yang diperuntukkan kerana bayaran honorarium yang bakal diberikan bergantung kepada jumlah masa yang telah dipergunakan. Lagi lama aku bercakap, lagi masyuk la bayaran yang aku terima.. heh heh heh.

Dan bagi korang-korang yang teruja dengan entri preparation aku ni dan berhasrat untuk menjemput aku sebagai ‘sweet property talker’, pastikan korang e-mail jemputan korang tu ke e-mail abangensem98@gmail.com dan bukannya bri@satusolution.com. Insyaallah akan aku terima dengan hati dan akaun bank yang terbuka..

AE : Alamak.. aku diberitahu yang PowerPoint yang ada di bilik seminar tu nanti hanyalah version 2007, macamana slide aku nak keluar 3D animation effect nanti.. Waaaaaaaaa..

This entry was posted in my story. Bookmark the permalink.

19 Responses to AE is a Professional ‘Talker’

  1. KiD says:

    AE ni hensem kacak, bergaya, kaya.. buat laa rakaman bercakap depan cermin.. =)
    KiD recently posted..Tak guna punya mat motor!

  2. Nadot says:

    hohoho… fakulti sape yg tak up to date pakai 2007 tu? ishk..hehehe
    bayaran honorarium tu termasuk dengan 5 minit betulkan tie? 10 minit on komputer n betulkan slide sume tu ke? ini tidak adil! ;p
    Nadot recently posted..Pencapaian Sebulan Berblogging di nadot.my

  3. halif says:

    nak dgr jugak. ada cara ker?
    halif recently posted..Wordless Wednesday

  4. Anuar says:

    Masyuk tu.. Good Luck AE..

    Tentu cair dan “meleleh” peserta yang akan mendengar Talk yang akan disampaikan oleh AE nanti..

    Tak sabar nak tengok reaksi mereka nanti… hehehe
    Anuar recently posted..Kenangan Semasa Zaman Muda-muda dulu..

  5. tuanbri says:

    ada pulak email aku kat sini…
    panas la pulak tetiba pagi ni..

    hahaha…

    p/s : students banyak nak jemput aku bagi talk..
    tuanbri recently posted..Program Amal Sehelai Baju buat Mengesat Air Mata

  6. AHMAD NAJMI says:

    bro, kasi la download bro nye slide tu, nak blaja gak walaupun aku tak hadir ALUMNI yg professional tu..hehe..

  7. faizulosman says:

    kenalah buat slide yg baru supaya tak jd pape masalah….
    faizulosman recently posted..Menu Idaman di Bulan Ramadhan

  8. azwan says:

    agak-agakny ada awek-awek U yang datang tengok tak…kalau ada rasaya bro boleh hilang fokus.hehe..
    azwan recently posted..Usain Bolt Sertai Manchester United?

  9. algu says:

    abis la student pompuan tu nanti..
    algu recently posted..New rate for studio apartment at Tiara Beach Resort, PD.

  10. amir says:

    Hehehe.. wife sy gi gak talk ni… ni staff UiTM… tp rasanya xder student kan…. Diaorg jemput staff jer rasanya…
    apa2 pun… AE terbaik…
    amir recently posted..Satu Minggu Satu Doa – Mukaddimah

  11. samdaddycool says:

    mesti ada lecturer yang single
    samdaddycool recently posted..2 blog aku dah kena Tamparan Google Penguin Algoritma

    • amir says:

      hahaha… ada kot… kalau x silap… my wife ckp utk faculty applied science. so dewan tu boleh muatkan 150 pax… so good luck to AE… kasi gegar awek yg single…
      amir recently posted..Just for You

  12. SR says:

    ni banyak datin-datin ni bro..hehe
    SR recently posted..Iklan Raya Bernas 2012 pun sayu

  13. Nooruddin Mohd Taib says:

    Semoga Talk berjalan dengan jayanya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge