Aku dan Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Penghujung 2009

Entri yang ditulis lebih kepada pengenalan tentang siapa abangensem, apa yang menariknya tentang pemilik singkatan nama AE ini dan kebanyakan entrinya dipenuhi dengan ayat-ayat rempit dan sms. Apa yang pasti matlamat aku menulis ketika itu hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dua tiga ringgit sebulan dari iklan Nuffnang.

Kursus Membuat Blog yang dihadiri di awal 2010

Enam bulan pertama 2010

Terdetik hasrat untuk menghasilkan buku digital atau ebook setelah disarankan oleh seorang rakan kerana kata beliau, kisah orang melayu yang memiliki banyak rumah begitu kurang di pasaran dan melalui teknik BLOOK, ebook pertama berjaya dihasilkan berdasarkan himpunan 6 entri bertajuk yang didasarkan kepada pengalaman aku sendiri dan aku terharu dengan sambutan yang diterima sehinggakan naskah pertama aku dibeli 2 hari sebelum hari yang sepatutnya ia dilancarkan. Siapa pembelinya? Tak lain tak bukan.. blogger Mat Joe.

Enam bulan terakhir 2010

Kekerapan mengemaskini entri semakin ketara dan aktiviti menulis ebook juga semakin giat aku jalankan. Hasilnya sebuah lagi ebook dengan tajuk ‘Tips dan Panduan Membeli Rumah Subsale’ telah mula berada di laman blog aku. Kenapa subsale? Semuanya dek kerna permintaan dari para pengunjung tetap blog aku di samping permintaan yang tinggi di internet terhadap prosedur pembelian rumah subsale. Penggal ini juga menjadi titik tolak kepada aku untuk bergiat secara serius di dalam alam blogging ini bila mana tarikh 10/10/10 menjadi tarikh perubahan domain abangensem dari dot blogspot kepada dot com. Thanks to blogger tersohor, Saudara Ariff Shah yang aku temui semasa bulan puasa tahun itu dan seterusnya sudi untuk menguruskan perjalanan blog dot com aku itu.

6 bulan pertama 2011

Pengalaman menulis blog aku telah memasuki fasa baru bila mana setiap bait yang aku tulis sebelumnya telah ditukarkan ke dalam bentuk ‘bunyi’. Ya, setiap tulisan aku sebelumnya telah aku kongsikan dalam bentuk property talk yang aku langsungkan sebulan sekali. Dari muka pucat ketika berhadapan dengan audience sehinggalah ke muka ensem bila mana crowd wanita semakin ramai yang menghadirkan diri. Thanks to pengunjung tetap blog aku, Ustaz Raisul Fadhla yang mencadangkan semua ini.

Saat ini juga ebook ketiga aku mengambil tempat di ruangan iklan di blog aku. Sekali lagi ebook ‘CARAKU’ terhasil dari teknik BLOOK, yang mengumpulkan tips-tips hartanah yang telah aku tulis dari mula berblogging hingga ke saat itu.

6 bulan berikutnya 2011

Beberapa blogger terkenal tanahair sudah mula aku rapati. Semuanya dek kerna blogging world aku yang sudah memasuki tahun ke 2. Nama-nama seperti Eyriqazz, Jejai, Zarul Umbrella, Madammondoq dan Bro Framestone telah mula memeriahkan ruangan komen setiap entri di blog aku. Hasilnya, trafik aku meningkat secara mendadak sehingga ke angka yang aku tak pernah jangkakan sebelum ini.

Walaubagaimanapun bukan jumlah trafik yang aku kejar sebaliknya ada yang lebih penting dari semua itu. Ya, talian ukhuwah yang terjalin yang didorong dari silaturrahim yang dijabat menerusi medium blogging. Thanks guys/gal for expossing me to the real world.

Ebook ke 4 mula ku karang dek kerna rentetan masalah demi masalah berkaitan pinjaman yang sering diajukan ke kotak inboxku. Setiap tips aku huraikan berdasarkan pengalaman sebenarku sehingga memungkinkan 14 buah rumah menjadi milikku dan alhamdulillah, semakin banyak respon positif yang telah aku terima dari para pembelinya dan aku harap akan lebih ramai yang bakal mendapat manafaat darinya.

2012

Everything was going smoothly. A series of talks keep on going macam biasa, malah sehingga ke utara tanahair (sesuatu yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini). Jemputan ke bloggers’ event pun mulai kerap aku terima namun yang paling mengujakan aku di awal tahun ini ialah apabila artikel pertama aku yang mula menerjah laman majalahniaga.com hasil jemputan tim editor mereka yang telah memenuhi sesi talk aku di bulan Februari. Menuju ke penghujung Mei, tiada perancangan khusus yang ingin aku lakukan sebaliknya cukup sekadar memantapkan lagi isi kandungan blog ini dan membantu lebih ramai pengunjung blog ini untuk lebih berjaya di dalam pelaburan hartanah, insyaallah.

Syarat Penyertaan Telah Pun Aku Penuhi

AE : Entri ini adalah penyertaan aku untuk Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012.

This entry was posted in contest. Bookmark the permalink.

20 Responses to Aku dan Blog

  1. Nadot says:

    Alolololo… Comel nye entri ni.. Hehe
    Tahniah AE…. Dari blog yg dikritik ( tringat entri awal2 AE yg dpt emel dr org yg x puas hati mmprkecilkn AE smpi AE trpkse tnjuk bukti dh kuar majalah ;p) sampai la dh jd blogger yg disegani (chewah!).
    May your success continue AE! InsyaAllah… :)
    Nadot recently posted..Accident. hehe.

  2. Sya Isya says:

    err.. AE, untuk perenggan terakhir tu, tahun 2012 kot :D Tahniah, AE, terbaik!
    Sya Isya recently posted..GIVEAWAY DARI CIK REENA TAN

  3. untunglah trafik ramai…hehhe
    Zarul Umbrella recently posted..Kisah Afee U-Topia

  4. ProfHariz says:

    Ramai yang join Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012. Rasa nak join jugak tapi.
    ProfHariz recently posted..Luahan hati lelaki kacak

  5. azura says:

    terima kasih abang ensem atas penyertaan anda…tq for join

  6. azura says:

    mohon abang ensem hantar artikel ini ke azura@papankekunci.com yer
    azura recently posted..Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012

  7. Ikhtiar Shah says:

    tahniah bro atas kejayaan mu.
    trimas sbb share cerita hang.hehe
    Ikhtiar Shah recently posted..Ini Bukan Niat, Tapi Dah Tabiat

  8. Pingback: Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012 | papan kekunci dot com

  9. azman says:

    AE blog sentiasa meniti dibibir wanita cantik he3….teruskan bro!

  10. Juan says:

    blog bro memang saya sentiasa ziarah, walau jarang komen, saya tetap reader sejati blog ini, nak tahu kenapa, kerana blog ini salah satu blog hartanah dalam bahasa melayu dan terasa dekat dihati apabila ada masalah berkaitan hartanah yang tidak difahami
    Juan recently posted..Pandangan Seorang Blogger Terhadap Isu Pemansuhan Tol Lebuhraya @ Lebuhraya Percuma

  11. Adi Hanif says:

    Best nya jalan hidup kan.. Indahnya ada kawan yang support. Saling bantu membantu, tu yang best ramai kawan dan network
    Adi Hanif recently posted..Sesi Anda Bersama Penulis WTF, 23 Buah Rumah Sebelum Umur 30 Tahun

  12. Kronologi perkembangan blog yang semakin baik dan positif …. ditambah pulak banyak peminat di kalangan GADIS dan WANITA
    hazman aka species1980 recently posted..Nasi ARAB DAMSYIK @ Restoran My Rice Bandar Baru Bangi

  13. Nurul says:

    Wah.. Tahniah AE… Memang suka kalau tgk perjalanan kejayaan kita… ;)
    Nurul recently posted..Selayang Burger Grill memang terbaik!!

  14. syiela says:

    tahniah atas kejayaan AE.Moga terus success lepas ni
    syiela recently posted..Puding Jagung

  15. Pingback: Pengalaman Jom Surf sebagai penulis blog | papan kekunci dot com

  16. Pingback: Hanis Zalikha gadis bijak dan belum tercemar

  17. Pingback: Abang Ensem di Mata Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge