Aku Di Usha Lembaga, Teaser

Ramai yang cukup takut apabila mendengar perkataan ‘Lembaga’. Baik yang kecil mahu pun yang sudah akil baligh pasti akan kecut perut dek tergambarkan wajah-wajah entiti yang menggerunkan yang acapkali terpapar di skrin-skrin tv dan layar sinema kita.

Bagi mereka yang berbisnes mahu pun yang bergelar pelabur, ‘Lembaga Hasil Dalam Negeri’ merupakan caption yang menjadi igauan ngeri khalayak ini.

Aku turut tidak terkecuali.

Walaupun telah berbelas tahun melabur, dan mulai memasuki tahun kelima berbisnes, tanggapan aku terhadap ‘entiti’ yang satu ini, lebih kepada mengaut keuntungan dari hasil penat lelah yang telah aku usahakan selama ini.

******************

Inilah antara bait-bait awal ebook “Aku Di Usha Lembaga” yang sedang aku usahakan. Satu penceritaan berdasarkan pengalaman usai nama Abang Ensem diintai oleh Unit e-Commerce LHDN baru-baru ini. Sepucuk surat yang aku paparkan dalam entri sebelum ini telah mengesahkan usaha mereka menjejaki perjalanan pendapatan online aku.

Aku Di Usha Lembaga

Selama hampir 14 hari aku menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memenuhi permintaan mereka. Dari 2011 sehingga 2014, segala resit aku fotostatkan. Segala Lejar, aku persiapkan, Hasilnya, hampir sendat 2 buah ABBA File 2D aku penuhkan dan hari ini, seawal jam 10 aku telah berada di Unit Audit Luar, Tingkat 14, Plaza Perangsang untuk sesi audit bersama pegawai mereka.

Abang Ensem & LHDN

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Segala soalan telah sediakan dengan jawapan yang sewajarnya.

Jujur.

Tanpa ada sebarang penipuan mahu pun untuk menyembunyikan sebarang fakta sepertimana yang disarankan oleh rakan-rakan LHDN aku sebelum ini. InshaaAllah, kurang dari 120 hari, keputusan dari analisa pendapatan tersebut aku dimaklumkan pada aku. Hanya ini yang dipesankan oleh Tuan Pegawai tersebut,

“Banyakkan berdoa Encik. InshaaAllah semuanya akan ok”

LEGA !!

7 Comments

  1. Yeop Maz January 7, 2016
  2. Kereta Sewa Shah Alam January 8, 2016
  3. jenis batu alam January 9, 2016
  4. Elias Abllah January 10, 2016
  5. Raihanah Ahmad January 12, 2016
  6. aRz MoHa January 13, 2016
  7. Naz January 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge