Aku Kembali

 

Ya. Aku kembali. Setelah hampir 4 hari blog aku ini tidak dikemas kini. Alasannya, kedua-dua buah komputer ribaku ‘kaput’ serentak, ditambah pula dengan percutianku ke sebelah utara yang hampir menyebabkan aku hampir tiada masa untuk ber’sosial’.

Petang tadi, kerosakan komputer ribaku telah dibaiki sepenuhnya. Namun apa yang menyedihkan aku, kesemua dokumen dan gambar yang ada di dalam cakera kerasku yang sebelumnya tidak dapat diselamatkan. Ini termasuklah slaid seminar hartanahku di Melaka sabtu ini yang tidak sempat aku ‘back-up’. #Tensi.

Seminar Hartanah Siri 18 G

Apa pun mungkin ada hikmah di sebalik semua ini dan aku redha dengan apa yang berlaku. Jadi, buat peserta seminar hartanahku sabtu ini, jutaan kemaafan aku pohon sekiranya pembentangan aku sabtu ini tidak menepati piawaian korang.

AE : Sedang berkira-kira samaada untuk meneruskan seminar aku di masa depan atau cukup setakat 3 sesi berikut, Melaka (23/11/13), Shah Alam (28/12/13) dan Kota Kinabalu (7/3/14).

One Response

  1. Farid Adam November 21, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge