Aku Sudah Makin Malas

Sesi menandatangani kontrak penyewaan

Setel.

Akhirnya unit apartment aku d Seksyen 13 Shah Alam telah pun disewakan dan penyewa bertuah yang berjaya menyewa dari aku yang ensem ini tak lain tak bukan ialah seorang subletter, rakannya kepada Tuan Muhammad Khairulnawawi.

Lega.

Kerana pajakan ini bakal berlangsung selama 3 tahun dengan sepenuh pengurusan diambil alih oleh beliau. Sebenarnya ini merupakan salah satu sebab kenapa selama ini aku amat-amat menyokong usaha pengembangan grup subletter ini, semuanya kerna mereka inilah yang akan membantu aku nanti. Di usia yang mula memasuki angka 40 ini, aku menjadi semakin malas untuk menguruskan para penyewa dan sementara menantikan anak-anak aku mengambil alih pengurusan rumah-rumah sewa aku nanti, biarlah grup subletter ini yang akan menjaganya. Hasilnya, 2 unit rumah sewa aku telah pun aku serahkan kepada grup ini.

Mungkin ada yang akan berkata, “Rugi la lu Bro sebab tak berapa mahsyuk dah” dan aku yakin akan tiba satu fasa di mana korang akan berkata “Biarlah untung sewanya sedikit, yang penting kesibukan dan perkara remeh temeh yang diminta para penyewa tidak lagi mengganggu hidup aku”. Apatah lagi di kala ‘duit’ bukanlah priority aku yang paling utama ketika ini.

Jadi, buat korang yang ‘senada’ dengan aku, berbaik-baiklah dengan grup ini kerana merekalah yang akan menjadi penyelesai kepada masalah korang nanti di kala ‘kemalasan’ mula melanda.. hehehe.

19 Comments

  1. Blogger Babyface April 17, 2014
  2. KiD April 17, 2014
  3. Pendekar April 17, 2014
  4. Anuar April 17, 2014
  5. Kak Tie April 17, 2014
    • abangensem April 18, 2014
  6. wynn78 April 17, 2014
  7. akubiomed April 17, 2014
  8. faizalpj April 17, 2014
  9. Hazman Fadzil April 17, 2014
  10. zkiflee April 17, 2014
  11. myrujukan April 17, 2014
  12. Denaihati April 17, 2014
  13. khairulnawawi April 18, 2014
  14. Sis Vee April 18, 2014
  15. Camera Bag April 18, 2014
  16. Hannyabdullah April 18, 2014
  17. halif April 22, 2014
  18. bukit gambang April 25, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge