• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Umum / Aku tak nak jadi kaya tapi..

Aku tak nak jadi kaya tapi..

abangensem · 11 May 2010 · 10 Comments

Sabtu lepas masa aku dok jalan gi BRSC, aku tak melepaskan peluang masuk ke kedai feberet aku, apalagi kalau bukan MPH & Popular Bookstore. Kagum gak aku sebab dalam masa 2 minggu since my last visitation ke kedai-kedai buku ni, aku tengok makin banyak buku-buku karangan orang Malaysia kita ni tapi yang tak berapa seronoknya bila aku tengok, mostly dengan tajuk camne nak buat duit @ nak jadik kaya. Takde ke tajuk lain.. tapi aku pun tak boleh nak salahkan diorang sebab memang dah jadi impian kita semua untuk jadi kaya sebab kalau kita kaya, kita tak payah nak ngadap muka dan kerenah bos dan customer kita tetiap hari. Betul tak? Selain daripada tu, orang nak jadi kaya sebab nak beli kete PORSCH, umah yang ada PORCH besar dan juga nak cari bini yang secantik POSH (ala yg kawen dengan David Beckham tu). Bagi yang skema sikit, alasan diorang nak kaya tak lain tak bukan sebab nak tolong orang susah. Kata diorang “kalau miskin, camne nak tolong”. Ye ke? Tapi aku rasa la, bila aku tanya soalan ni mesti terkebil-kebil korang nak jawab kan.. “Berapa banyak duit yang korang rasa cukup untuk jadik kaya?”

Kalau korang tanya aku la, jawapan aku hanyalah “aku tak nak jadik kaya tapi aku nak hidup tanpa beban kewangan (hutang)”. Maknanya kalau aku diberhentikan kerja esok, aku tak risau sebab ‘pasif income’ yang aku dapat tetiap bulan mampu untuk ‘cover’ expenses family aku sekarang. Kiranya ‘pasif income’ tu boleh replace ‘salary’ aku la. Lagi satu aku takut bila aku kaya nanti aku akan jadik lupa diri. Maklumla kalau dah pakai Porsch, dah tu pulak muka ‘perasan ensem’, dah tentu-tentu la aku nak pikat awek yang paling tidak pun ala-ala Lisa Surihani. Takkan le aku nak naik kete Porsch tu sorang-sorang dan kalau aku dah ada awek nanti, kesian le pulak kat bini ngan anak-anak aku nanti sebab terpaksa berkongsi kasih dengan awek aku tu. Tak ke lupa diri namanya. So, tak yah le nak kaya sangat janji ada ‘financial freedom’ pun dah cukup. What say you all?

 
Tweet

Related posts:

  1. aku kaya..
  2. untungnya jadi orang muda…
  3. tak rugi kalau jadi orang tua… oppsss orang ‘lama’
  4. nak bagi tapi tak banyak…
  5. Jangan kaya sorang2…

Filed Under: Umum Tagged With: Umum

Reader Interactions

Comments

  1. inazamri says

    11 May 2010 at 2:57 pm

    yup setuju.Hidup tanpa beban hutang adalah sgt membahagiakan.

    Reply
  2. Hasrol Nizam says

    12 May 2010 at 1:41 am

    financial freedom? hmm..btul jugak tu..mmg itu yg dicari2 sebenarnya.. tapi bila dah jutawan tu bukan lagi financial freedom..terlebih2 fresom dah..hehe

    Reply
  3. abang ensem says

    12 May 2010 at 10:49 pm

    janji cukup makan pakai pun dah kira ok..

    Reply
  4. AiZ says

    12 May 2010 at 11:42 pm

    yup… betol tu… biar freedom… jangan berhutang…

    Ade sesuatu untuk awak disini
    >> Cara cute tunjukkan mood anda pada pengunjung blog

    Reply
  5. BudakHitam says

    12 May 2010 at 11:58 pm

    visi yang hebat..kaya biar kaya yang real..hutang bawak sampai mati tu..

    Reply
  6. ciK LyndaWawa igUana says

    13 May 2010 at 3:14 pm

    yup2…
    hidup simple tanpa hutang…=)

    Reply
  7. fndrocka says

    29 May 2010 at 11:14 am

    kalau dah 'financial freedom'..tu bukan dah dikira kaya ka

    Latest Entri : Komen Puaka

    Reply
  8. Teratai says

    14 March 2011 at 7:46 pm

    Don’t worry, be happy. Kalau usaha, doa dan tawakkal, dapat jadi kaya tu. Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Reply
  9. Anuar says

    2 July 2012 at 2:16 pm

    Betul tu saya setuju..

    Bagi saya kita tak perlu jadi kaya, tapi kita perlu ada sumber kewangan yang mencukupi untuk diri kita dan keluarga pada masa hadapan..

    Kata orang bila dah berpencen nanti, kita boleh relax goyang kaki dekat rumah sambil main dengan cucu.. hehehe.. (tingginya imaginasiku)..
    Anuar recently posted..Spain Juara EURO 2012

    Reply
  10. halif says

    1 January 2013 at 6:09 am

    Terbaik bro. ayah dan suami yg baik. lgla ensem…:)
    halif recently posted..Sunyinya Bila Di Atas ; Dilema Pemimpin

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Faris Naqib on Setahun Sudah Berlalu

Arkib

Statistik

سبتو
09 Rabiul Akhir 1441
Now : Isha (20:13)
Next : Imsak (05:41)
Change location

Copyright © 2019 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in