Anak Muridku Kian Sukses

Semalam aku berkesempatan bertemu anak muridku ini di satu majlis makan malam di Tropicana Clubhouse. Agak kagum dengan perkembangan beliau. Masih terbayang lagi betapa naifnya beliau ketika mengikuti Seminar Hartanah Siri Ke 2 ku 2 tahun yang lalu. Setiap kemusykilan pasti akan ditanya berulang kali sehingga beliau faham.

Ketika itu, beliau baru sahaja mendapat kunci apartmen pelaburan beliau yang pertama. Bertalu-talu juga sms, e-mel dan mesej yang dihantarkannya kepadaku. Kebanyakan soalan berkisar kepada bagaimana untuk mencari ‘penyewa dari syurga’ yang mampu membawa gumpalan rezeki buat beliau. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit ilmu berdasarkan pengalaman bergelar ‘landlord‘ aku kongsikan dengan beliau dan alhamdulillah juga, perjalanan rezeki beliau berjalan tanpa sebarang dugaan yang berat.

Kini, sudah hampir 2 tahun beliau bergelar landlord dan gumpalan rezeki yang diterima beliau kian bertambah, baik dari segi sewa rumah mahu pun dari aspek peningkatan nilai rumah. Senang cerita, bila-bila masa sahaja beliau mampu menghadirkan sejumlah tunai bernilai RM300,000 sekiranya apartmen pelaburan tadi dijualnya.

Terkini, sebuah lagi apartmen di’rembat’nya. Berlokasikan pemandangan Setia City Mall, beliau dengan gahnya menjadi salah seorang pemilik apartmen tersebut dan sepertimana apartmen sebelumnya, aku turut menjangkakan yang beliau akan terus menikmati sewa rumah yang positif beserta peningkatan nilai harta yang hampir sama dengan apartmen pertamanya di Setapak. Apa yang mampu aku katakan saat ini,BRO, gua bangga dengan lu siotttt. Lu memang dah WAJIB payung gua kat Concorde”.

AE & Eyriqazz

8 Comments

  1. anuar January 17, 2014
  2. guliroket January 17, 2014
  3. eyriqazz January 17, 2014
  4. hazman aka species1980 January 17, 2014
  5. Akmal Zaidi January 17, 2014
  6. drInspirasi January 18, 2014
  7. Nadot January 18, 2014
  8. farid laham January 19, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge