• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Anda Buat, Anda Dapat !!

Anda Buat, Anda Dapat !!

abangensem · 24 June 2017 · 10 Comments

Aku sering ditanya, malah di dalam kelas hartanahku minggu lalu pun aku ditanya, “Sejak bila Abang Ensem minat dengan property dan apa yang membuatkan Abang Ensem minat?” dan agak mengejutkan mereka yang bertanya apabila aku mengatakan, “Saya tak minat property sebenarnya, tapi saya telah terarah secara tidak sengaja dan saya tidak bertemu jalan keluar dan terpaksa meneruskannya juga”.

Bulat mata mereka dan soalan berbakul mula aku terima, “Abang kan ada pilihan. Stop je beli rumah. Kan senang?”.

Cakap memang mudah tapi apabila keadaan memaksa aku untuk membeli. Jika yang datang dengan harga 25% (Vista Angkasa), 53% (Mentari Apartment) malah sehingga ke 64% (landed luar KL) below market, mana mungkin aku menolaknya. Malah aku yakin yang anda juga begitu.

Lalu makin bercambah la soalan-soalan seperti “Cemana Abang boleh dapat”, “Kongsi la sikit tipsnya pada saya”, “Ada lagi tak yang macam tu, saya nak” dan aku hanya tersenyum sambil berkongsikan tips berikut,

“ZAKAT JANGAN LUPA, SEDEKAH JANGAN BERKIRA”

Kalau pun anda tidak mampu untuk bersedekah dek kerna kekangan cashflow anda, sekurang-kurangnya anda sediakan jalan untuk yang lain bersedekah. Mengambil contoh bagaimana aku dilorongkan untuk bertemu dengan property yang 64% below market itu, segalanya usai projek ‘Wakaf Rumah Kontena’ yang diusahakan oleh Pertubuhan Kembara Amal (PeKA) di bawah Tuan Khir Ariffin.

Ya, penempatan yang disediakan mereka bagi mangsa banjir di Kelantan tempohari. Aku tidak mampu menghadirkan sejumlah RM15,000 bagi rumah kontena berkembar tersebut tetapi aku membuka platform dengan menginfaqkan jualan ebook aku untuk pembiayaan projek tersebut. Alhamdulillah, ianya berhasil dengan terdirinya rumah kontena tersebut di Guchil dan tanpa disangka, pulangan yang aku terima selepas itu adalah satu unit rumah single-storey pada harga di bawah nilai pasaran tersebut.

Nah, hari ini anda juga berpeluang melihat bagaimana seorang lagi ikon hartanah berjaya, Ir Ajak Abdul Razak melakukan perkara yang sama. Kita tahu yang selama ini beliau kerap mewangikan rumah busuk. Pasti ada yang bertanya, bagaimana dia masih boleh mendapat unit-unit busuk di kala semakin ramai property player yang cuba bersaing. Jawapannya tetap sama. Beliau rajin bersedekah. Yang terbaru, beliau menggunakan sepenuhnya hasil jualan buku beliau untuk pembangunan Kompleks Tahfiz Darul Ulum. Hasilnya, rezeki beliau seakan dicurah tanpa dijangka.

Jadi, apa lagi alasan anda untuk menidakkan ruang untuk berjaya? Ingat, bukan amaun yang Allah pandang, tetapi konsistensi dan keikhlasan. Allah jua pemberi rezeki.

 
Tweet

Related posts:

  1. Berita gembira buat anda.
  2. SAO & Co, Opsyen Transaksi Jualan Anda
  3. Terima Kasih Semua
  4. Seminar Buat Duit Dari Blog : Sudahkah Anda Mendaftar?
  5. Nota Buat Anak Muda

Filed Under: my story Tagged With: zakat dan sedekah

Reader Interactions

Comments

  1. anuar says

    27 June 2017 at 7:04 am

    Terima kasih di atas tips yang super duper hebat ini… kalau kita dah ke arah itu, In Shaa Allah ada rezeki kuta di situ..
    anuar recently posted..Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

    Reply
  2. Wan Syahida says

    5 July 2017 at 5:44 pm

    Memang ajaib betul la bersedekah ni ye. Pasti ALlah akan lorongkan rezeki yang tak disangka-sangka. Yakin kepadaNya.
    Wan Syahida recently posted..Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017

    Reply
  3. Ira says

    27 July 2017 at 4:24 pm

    Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. The power of sedekah.
    Ira recently posted..Mizah ~ Pengedar Shaklee Penuh Komited di Kemaman

    Reply
  4. hanakhairi says

    31 July 2017 at 11:53 am

    Hurm sedekah rahsianya. Terima kasih tuan.

    Reply
  5. Ida Widyani says

    11 August 2017 at 7:56 am

    Salam , memang betul tu. Sedekah membuka jalan bagi Allah SWT mencurahkan rezeki yang melimpah-ruah kepada hambaNya. Sedekah juga jalan untuk memadamkan api neraka. Insya-Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk bersedekah.

    Reply
  6. Farah Alina says

    13 August 2017 at 1:58 pm

    Erti hidup dengan memberi. Tq sharing Tuan!
    Farah Alina recently posted..Senaman Ibu Hamil Untuk Bantu Naikkan HB

    Reply
  7. Nor Hazmira Mihamzah says

    10 October 2017 at 2:10 am

    Bila berinfaq ke jalan Allah..Allah kembalikan yang lebih..lebih banyak..
    Nor Hazmira Mihamzah recently posted..ESP SOYA TERBAIK DAN SELAMAT

    Reply
  8. Nusantara Furniture says

    19 October 2017 at 6:12 pm

    bersedekalah insyallh rejeki semakin nambah

    Reply
  9. Encik CMV says

    12 November 2017 at 11:44 am

    Terima kasih AE kerana sentiasa kongsi tips-tips untuk rakyat Malaysia.

    Kalau boleh, pastikan lebih 20% supaya boleh dapat cashback. Itu pun kalau nak la… 🙂

    Yang penting semak nilai hartanah.
    Encik CMV recently posted..Cara terbaik jual tanah di Malaysia

    Reply
  10. Jefri says

    4 April 2018 at 11:20 pm

    Ya kerap lah bersedekah…insyaallah murah rezeki

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

خميس
25 Sya'ban 1442
Now : Isha (20:25)
Next : Imsak (5:50)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in