Antara Ringgit Malaysia dan Masa

Alkisahnya semalam aku berkesempatan untuk mencuba komuter 1M yang baru dilancarkan hujung minggu yang lalu untuk ke tempat kerja. Alkisahnya juga ini semua berlaku bukan disebabkan aku ni kemaruk sangat nak naik tetapi disebabkan kereta ‘Porsch’ aku mengalami masalah clutch pad semenjak malam sebelumnya yang telah tidak membolehkan aku untuk bergerak ke LRT station Kelana Jaya pagi semalam.

Jadi seawal jam 6.35 pagi aku dah tercegat di stesyen komuter Padang Jawa yang hanya sepelaung dari rumah aku. Sebenarnya bukannya aku tak biasa menaiki komuter ni, malah masa awal-awal aku kena transfer ke KL dulu pun (way back in 2004), komuter dah menjadi ‘kuda tunggangan’ aku setiap hari tetapi sejak diperkenalkan ‘koc untuk wanita‘, hasrat aku untuk terus menggunakan pengangkutan ini terkubur begitu saja(sedih siot bila tak dapat lagi nak ngerek awek kat dalam komuter.. hehehe).


Alkisahnya lagi, semasa aku berada di dalam komuter baru ini, kekaguman aku benar-benar terserlah dok terpandangkan keselesaan dan kemudahan yang disediakan. Bukan setakat ada tv berskrin kecil, malah penunjuk stesyen-stesyen yang bakal dituju pun semuanya dalam bentuk elektronik. Saat ini aku mula berkira-kira untuk kembali menggunakan khidmat KTM komuter dan saat aku sampai je ke ofis aku, aku mula mengeluarkan kalkulator aku untuk mengira untung rugi antara keduanya :

Kalau naik LRT :

Minyak : RM10.00
LRT : RM4.80
Parking : RM3.00
Tol : RM2.20
TOTAL : RM20.00 sehari

Kalau layan komuter :

Minyak : RM2.00
Komuter : RM5.80 (Padang Jawa-KL Sentral)
LRT : RM3.20 (KL Sentral-KLCC)
Parking : Free
Tol : Tak nampak bayang toll booth pun
TOTAL : RM11.00 (JIMAT RM9.00 sehari tu beb)

Dari segi ‘RM’, sememangnya aku akan untung tetapi dari segi masa, aku dapat rasakan menaiki LRT lebih menguntungkan kerana aku tidak perlu menunggu lama malah kebarangkalian untuk LRT rosak adalah lebih rendah jika nak dibandingkan dengan komuter. Apa pun, aku akan cuba menggunakan lagi khidmat komuter ini minggu depan sebelum membuat sebarang keputusan yang mungkin bakal menguntungkan aku. Kalau korang di tempat aku, yang mana satu yang korang akan pilih?

AE : Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, terdapat pihak-pihak yang kecewa dengan tindakan aku untuk tidak menggunakan khidmat LRT pagi semalam antaranya awek tol yang setiap pagi akan cuba untuk menyentuh tangan aku ketika mengambil duit tol dari aku walaupun aku cuba mengelak sedaya mungkin.. heh heh heh.

11 Comments

  1. ariff April 7, 2012
  2. noriz April 7, 2012
  3. Nurul April 7, 2012
  4. PCL April 7, 2012
  5. dzirhan April 7, 2012
  6. KiD April 7, 2012
  7. Juan April 7, 2012
  8. zuan April 7, 2012
  9. kamal April 8, 2012
  10. shoutvoc April 9, 2012
  11. Lawrence Vision April 9, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge