Aplikasi Wajib Ada Di Smartphone Pelabur Hartanah

Ramai orang yang ingin bergelar pelabur hartanah setelah begitu banyak coretan manis dipaparkan di timeline FB para pelabur. Kisah tentang bagaimana setiap bulan akan ada sewa rumah yang menghujani akaun bank tuan rumah. Kisah tentang bagaimana para pelabur begitu mudah menjana ratusan ribu ringgit dengan hanya satu transaksi jualan. Semuanya diceritakan secara terbuka di media sosial.

Lalu terhasillah 1001 soalan yang hadir dari mereka yang ingin mencuba dan rata-ratanya dimulakan dengan soalan berbentuk,

“Saya berminat untuk melabur di dalam hartanah, tetapi saya tak tahu bagaimana ingin bermula”

Dan jawapan asas bakal disediakan oleh para pelabur ‘evergreen’ (termasuk aku) yang berbunyi,

“Timbalah ilmu pelaburan hartanah dahulu sebelum melabur. Bacalah buku, belilah ebook dan hadirilah seminar yang dikongsikan oleh para pelabur ‘otai’ yang sedia ada”
Setelah ilmu diperolehi, apa pula yang patut mereka lakukan?

Sementelah hampir kesemua dari kita mempunyai ‘smartphone’, maka muat turunlah peranti-peranti aplikasi berikut sepertimana yang ada di dalam smartphone aku :

  • Mudah.My (Official App)
    Ianya aku gunakan sebagai medium perbandingan harga setelah satu-satu hartanah aku perolehi. Sekurang-kurangnya aku telah mengetahui purata harga yang diiklankan di satu-satu kawasan sebelum nilaian terperinci (valuation) aku lakukan sama ada menerusi website brickz.my atau pun rakan ejen dan banker aku.
    Selain daripada itu, aplikasi ini juga membantu aku mendapatkan kadar sewa semasa di satu-satu kawasan yang hartanahnya bakal aku beli. Setidak-tidaknya aku mampu mengetahui sama ada pembelian aku nanti mampu menghasilkan pulangan positif atau pun negatif.
  • iMoney.My (Home Loans)
    Aplikasi ini memudahkan aku mengira berapakah jumlah instalmen yang bakal aku bayar sekiranya aku mendapatkan pembiayaan untuk hartanah yang aku beli. Lebih mengujakan, apabila aplikasi ini mampu membantu aku membuat perbandingan pakej di antara setiap bank yang ada. Justeru, ianya bakal memudahkan aku untuk membuat pemilihan bank-bank yang patut aku pohon.
  • Malaysia Legal Fees Calculation
    Ini adalah aplikasi yang membantu pengiraan ‘asas’ fi guaman yang bakal dibayar. Tidak semestinya tepat tetapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan ‘benchmark’ di dalam menyediakan bajet untuk pembelian anda kelak.
  • CTOS
    Anda layak atau tidak untuk mendapatkan pembiayaan/pinjaman? Semuanya dipermudahkan oleh ‘scoring system’ yang disediakan oleh aplikasi ini. Walaupun ianya berbayar, tetapi berbaloi untuk dimiliki.

Ini adalah 4 jenis aplikasi yang wajib ada pada smartphone pelabur seperti aku di dalam memudahkan urusan ‘asas’ pembelian hartanah. Selebihnya, bergantung kepada skil rundingan (negotiation skill) untuk mendapatkan amaun transaksi yang lebih berbaloi.

4 Comments

  1. Gum Arabic Al-Manna August 18, 2017
  2. Set Kamar Tidur Mewah Duco August 31, 2017
  3. ptptn September 13, 2017
  4. Noriza Rahman September 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge