Asetku Yang ke 15

leaderboard2 denaihati Banner

 

Korang ingat lagi tak gambar ni?

Mesti korang ingat kan sebab ianya ada kaitan dengan entiti mistik tetapi suka aku nak khabarkan yang ianya tiada kaitan langsung dengan sebarang unsur-unsur tahyul seperti yang dinyatakan sebelumnya, sebaliknya ianya lebih untuk menyatakan yang aku telah selamat membuat tinjauan khas melihat unit pejabat yang ingin aku beli tempohari.

Memang pada asalnya aku berkeadaan seolah-olah dalam dilema samaada untuk proceed (beli) atau pun tidak dek kerna 1001 macam masalah yang timbul tetapi alhamdulillah segalanya dapat diatasi dengan jayanya dan surat tawaran sepertimana dalam wordless wednesday sebelum entri ini sebagai buktinya.

Ya, ianya merupakan hartanah aku yang ke 15 in general dan yang pertama bagi kategori hartanah komersil. Berharga kurang dari RM200K bagi unit berkeluasan 795 kaki persegi. Jika mengikut perancangan asal ianya akan aku gunakan sebagai pejabat dan bilik seminar aku tetapi akhir-akhir ini terasa macam nak flip je untuk buat modal nak ‘ngerek’ Neelofa.

Timbul persoalan “Kenapa aku beralih ke pasaran komersial pula sedangkan aku adalah seorang yang amat takut untuk terjun ke dalam hartanah berkategori ini?” dan jawapannya, semuanya disebabkan oleh 3 kriteria utama yang selalu aku war-warkan dalam siri seminar hartanah aku sebelum ini iaitu.. (Esok je la aku cerita sebab awek kat depan aku ni dok kenyit-kenyit mata nak ngorat aku).

Dan semasa kami sama-sama keluar dari stesyen LRT KLCC, si awek tadi menegur :

Awek : “Muka awak ni familiar la..”
AE     : “Biasa la. Muka ensem macam saya ni memang bersepah kat mana-mana”
Awek : “Hehehe.. Awak ni lucu la..”
AE     : “Yes. Perangkap dah mengena.. heh heh heh” (dalam hati)

AE : Sent from Neelofa’s BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile .

 

This entry was posted in my story and tagged . Bookmark the permalink.

14 Responses to Asetku Yang ke 15

  1. aslam says:

    hahahampeh betul ayat last tu. Setahu gwa neelofa tak guna Blackberi..
    aslam recently posted..Pelaburan untuk diri sendiri

  2. Encik Din says:

    haha.. nak pinjam ayam AE guna pancing awek bleh? :D
    Encik Din recently posted..Buat duit atau buat apa yang aku suka?

  3. Ending citer yang buat orang geram…..ngeh3x….
    hazman aka species1980 recently posted..WW : OH MY ENGLISH OPEN HOUSE INVITATION

  4. Nadot says:

    dah tak ingat nak komen ape lps bace dialog tak leh blah utk ending tuu.. hohoho
    Nadot recently posted..Restoran Haji Sharin Low Bangi Lagi!

  5. halif says:

    Ho ho ho, terbaik. Dah beralih ke flip, memang teruja nak terjun ke bidang flipping ni.
    halif recently posted..Sambutan Hari Kemerdekaan di Bukit Jalil

  6. Team Blogger says:

    aik , Neelofa guna android la.. Samsung Galaxy Note 2.hahaha

    no komen tentang aset AE yang ke-15 ini. Masih baru di blog ini dan juga masih baru dalam bidang ini. :)
    Team Blogger recently posted..Blog Aset Dunia Akhirat

  7. boni kacak says:

    hahahahaha.. AE memang sang penakluk gadis2..hakhakhakhak
    boni kacak recently posted..Aura Pelakon Utama Tenggelam

  8. zuan says:

    hahahaa lady killer~
    zuan recently posted..> Budi Bahasa dan Banjir Kilat

  9. fazrol says:

    pergh! bertambah aset AE..
    fazrol recently posted..rezeki jangan ditolak!

  10. Eizil says:

    Mantap betul abang kita, ada kesempatan nanti nak kena berguru gak ni…
    Eizil recently posted..Sampai bila?

  11. eyriqazz says:

    congratz bro..more to come kan?
    eyriqazz recently posted..Wordless Wednesday – Buat Duit dari Rumah

  12. faizalPJ says:

    tahniah tuan AE..ajari ku pasal hartanah
    faizalPJ recently posted..Wordless Wednesday : MiFi MF230 P1

  13. Nick says:

    sebab tulis status tips mengayat awek, kebanyakan pengomen kat sini laki..tipah tertipu..hahah
    Nick recently posted..10 Cara Nak Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge