Aspire Residence : Satu Lagi Projek SPNB

Aspire Residence Cyberjaya

Satu lagi projek rumah mampu milik di Cyberjaya bakal dibangunkan dan pemajunya, tak lain tak bukan SPNB Aspirasi Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Aspire Residence Cyberjaya merupakan nama projek mampu milik yang bakal dibina yang bermula dengan tanda harga RM3xx K sahaja.

Dan bersempena dengan bulan kemerdekaan pada penghujung bulan ini, satu kempen jualan dengan deposit rendah bakal diadakan pada Sabtu ini bersamaan 27 Ogos 2016. Bakal mengambil tempat di Sales Office & Gallery Cyberjaya, ianya turut menampilkan siri perkongsian ilmu hartanah dan pembiayaan oleh 2 orang ikon hartanah tersohor dengan tajuk-tajuk seperti yang tertera pada banner di bawah :

Ahyat Ishak

Aziz Rescom

Buat anda yang berminat atau pun berada di lokasi berhampiran, rebutlah peluang memenuhkan minda anda dengan ilmu hartanah dari 2 ikon hartanah tersebut. Bagi yang was-was tentang lokasinya, mungkin nombor-nombor berikut dapat membantu :

  • 03-83180417
  • 019-2764342

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge