Minggu lepas banyak pula aku dapat e-mail yang menyatakan masalah itu dan ini. Dan dalam banyak-banyak masalah tu, ada juga masalah yang aku rasa perlu dikongsikan dengan korang kerana ada ‘bunga-bunga’ untuk korang kena ‘kencing’ (tipu) nanti masa nak beli rumah terutamanya rumah baru. Bagi yang dah berpengalaman, insyaallah korang dah boleh tahu tentang benda-benda ni tapi bagi korang yang newbie dalam transaksi beli membeli ni, risiko korang nak kena ‘kencing’ amatlah tinggi.
Korang tahu tak kalau korang beli rumah baru korang bebas untuk decide samaada korang nak beli dengan cash atau pun buat loan bank? Bagi aku, no such thing as developer kata ‘kuota’ untuk beli dengan loan bank dah penuh. Dalam erti kata lain, korang kena beli rumah samaada dengan cash atau personal loan as long as bukan dengan pinjaman bank. Buat pengetahuan korang bila korang buat loan dengan bank, bank akan buat checking dulu tentang kredibilitiĀ developer yang akan buat projek perumahan tu. Bukan itu sahaja, setiap duit yang keluar dari bank untuk dibayar kepada developer akan disemak dulu oleh pihak bank dan setiap pembayaran ni pulak akan ‘go by stages’ atau kalau ikut term bank, ianya dikenali sebagai progress payment. Maknanya setiap kerja yang dah disiapkan oleh developer seperti meratakan tanah, bank akan bayar untuk kerja meratakan tanah sahaja dan kerja tu pula kena ada ‘sijil kelulusan’ yang dikeluarkan oleh arkitek sebagai ‘bukti’. Tidakkah itu semua lebih selamat untuk korang? Unless kalau sijil kelulusan yang dikeluarkan tu adalah sijil palsu tetapi ada few banks yang mengambil langkah proaktif dengan membuat site inspection untuk tengok sendiri progress projek tu yang secara tak langsung akanĀ mengurangkan risiko rumah tak siap (abandoned project).
Oleh itu kalau developer tak bagi korang ambil loan bank, maknanya ada something ‘fishy’ tentang projek tu dan korang kena tanya sendiri kat developer atas alasan apa diorang tak bagi korang ambil loan bank. Lepas je dengar explaination dari diorang, pandai-pandailah korang buat justification sendiri samaada berbaloi atau tidak untuk korang teruskan niat korang untuk membeli.
AE : Aku memang tak suka beli rumah baru untuk investment sebab :
- Kena keluarĀ downpayment untuk membeli ;
- Lambat dapat income/profit sebab kena tunggu rumah tu siap ;
- Cepat sangat jadi kaya sebab rumah baru biasanya tinggi appreciation valuenya ;
- Takut salesgirl yang jual rumah tu ‘terpikat’ dengan abangensem.. hahaha
Related posts:





Betul2! Rumah baru memang risiko tinggi untuk imbes. Tu yang tertahan-tahan aku dibuatnya yang unit aku kat Dataran Otomobil Seksyen 15 tu..
Syahman recently posted..Kompleks Otomobil Seksyen 15 Semakin Berkembang!
good sharing. mmg kalau end financier tu bank, meaning bank tu dah buat background checking for that particular development.
lelong, subsale under construction, semua ada risiko
matjoe recently posted..MRT Route Sg Buloh – Kajang Latest & Official
Memang bagus pendedahan macam ni, rasanya no 4 tu kena letak jadi no 1..huhuh
rolls recently posted..From today onwards- my life is going to change I no longer need to depend on SMS- let alone MMS Why you ask Because I can now be a proud owner of an iPhone4! Thank you-
ishh..memannnnggg betul laaa..
dah terkena nih…waaa…
*nanges tanpa lagu* …
nk beli yg blum siap, probably cari projek2 developer bgus2… SP Setia, Mah Sing, I&P, etc…