Bajet 2011 : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

Aku sebenarnya kurang berminat untuk menyentuh bab-bab bajet ni, sebabnya aku bukanlah seorang yang pakar dalam hal-ehwal ekonomi mahu pun tentang pengurusan dan pentadbiran negara tetapi setalah didesak oleh 2-3 orang kawan aku, biarlah aku sentuh 1 perkara yang dibentangkan dalam bajet tu (berkaitan dengan pasaran hartanah) yang bagi aku agak sukar untuk diimplimentasikan mengikut matlamatnya. Berikut adalah ulasan aku :

Yang tersurat kat dalam Bajet 2011 :

‘First time house buyers with a family income less than RM3K need not pay the 10% downpayment under the My First House Scheme (Skim Rumah Pertamaku) for houses priced below RM220K’ – the Star dated 16/10/10. 

Yang tersirat kat dunia luar  :

Jika kita perhatikan secara realiti, aku rasa agak sukar untuk mencapai matlamat ‘membolehkan setiap penduduk memiliki rumah’ sebab segala-galanya sebenarnya bergantung kepada pihak pemberi pinjaman (bank). Kalau bank rasa mereka (bakal pembeli) tak layak diberi pinjaman, mati hidup balik pun kerajaan tak boleh nak push bank-bank ni untuk bagi loan. Mungkin kerajaan beranggapan dengan loan berjumlah RM220K dan instalment sebanyak RM1,083 (RM220K*4.25%*30 years), bakal pembeli yang household incomenya berjumlah RM3K senang-senang nak dapat kelulusan bank. Memang la amaun instalment tu boleh disifatkan sebagai 1/3 daripada gaji yang layak untuk mendapatkan kelulusan bank, tetapi bank bukan semata-mata mengambil kira instalment rumah tu sahaja di dalam pengiraan ‘debt service ratio’(DSR) atau kemampuan membayar balik loannya, sebaliknya bank akan menjumlahkan kesemua instalment hutang-hutang yang sedia ada bagi mengira DSRnya. Untuk itu, aku rasa amat mustahil untuk bakal pembeli tidak mempunyai hutang kad kredit, kereta dan juga pinjaman peribadi, dan melalui pengalaman aku dan kengkawan aku semasa baru bekerja dulu, berikut adalah jenis-jenis hutang yang for sure ‘bebudak yang baru abis sekolah (Uni/Kolej)’ tu akan terikat :

  1. Pinjaman kenderaan (cth : Myvi, loan : RM45K*4.25%*9 years) – RM577
  2. Pinjaman peribadi (utk duit kawen, loan : RM15K*7%*7 years) – RM267
  3. Kad kredit (average usage : RM3K) – RM150 (minimum 5%*RM3K)

So, jumlah instalment yang bank akan masukkan untuk pengiraan debt service rationya adalah sebanyak RM2,077(RM1,083+RM577+RM267+RM150) dan dari jumlah tersebut, maka DSR atau kemampuan bakal pembeli tu untuk membayar balik adalah sebanyak 69.23%, satu angka yang amat tinggi dibandingkan dengan 33.33% jumlah standard bagi bank meluluskan loannya. So, agak-agak korang, boleh ke matlamat bajet tersebut dicapai?

AE : Itu belum lagi dikira jumlah mereka yang kena ‘blacklisted‘ dengan pihak bank.

29 Comments

  1. Tom October 18, 2010
  2. Tom October 18, 2010
    • abangensem October 18, 2010
  3. fiz October 18, 2010
    • abangensem October 18, 2010
  4. Zetty October 18, 2010
  5. matjoe October 18, 2010
    • abangensem October 18, 2010
  6. eiman October 18, 2010
    • abangensem October 18, 2010
  7. mus October 18, 2010
  8. ruhana October 18, 2010
    • abangensem October 18, 2010
      • ruhana October 19, 2010
  9. ownz October 19, 2010
    • abangensem October 19, 2010
  10. Farhan October 19, 2010
    • abangensem October 19, 2010
      • didi October 20, 2010
  11. Casino Club November 4, 2010
  12. Car Hire Alicante Airport November 5, 2010
  13. Limau Kasturi March 9, 2011
  14. Haz March 9, 2011
  15. tips-kurus April 3, 2011
  16. akma May 25, 2011
  17. ariff October 21, 2011
  18. wana November 13, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge