Bajet Retis Lagi

 

BajetRetis

Terharu dan tergamam aku bila tengok nama aku tercetak di kulit belakang buku kedua karangan Tuan Emrull Iqbarullah kita ni. Lepas ni boleh la aku berlagak kat MAMAT NI, yang telah lupa untuk meletakkan kredit kat aku dalam buku yang diterjemahnya. Cis!!!

Apa pun tahniah aku ucapkan buat Tuan Emrull Iqbarullah kita yang telah mampu untuk menghasilkan satu lagi karya agung dunia hartanah dan bagi korang yang tertanya-tanya akan isi kandungannya, nantikan kehadiran buku ini di pasaran. Sorry beb, akan aku review buku ini selepas ianya berada di pasaran walaupun aku telah dulu membaca draf tulisannya sebelum ini.

AE : Tetiba aku rasa macam retis pulak bila tengok cover buku ni. Korang rasa kenapa Tuan Emrull Iqbarullah kita tak nak letak muka gua sekali kat cover belakang ni?

4 Comments

  1. Myra Jay May 30, 2013
  2. Aina May 30, 2013
  3. ohcikgu May 30, 2013
  4. Bidadari June 9, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge