Bakal Menjadi Kenangan Terindah

 

Sesi tts bersama ayiee....

Segalanya bermula dari sembang kosong di kedai kopi oleh beberapa orang rakan sekolahku. Hajat asalnya sekadar ingin menjadikan reunion sebagai acara tahunan dan apabila terlalu ramai usahawan dari kalangan rakan-rakan sekolahku atau lebih dibahasakan sebagai adik-beradik di kalangan kami, idea reunion setiap tahun akhirnya bertukar ke pembentukan sebuah Koperasi yang dikhususkan hanya untuk batch 87-91 Sekolah Izzuddin Shah. Atas usaha dan komitmen yang berterusan dari adik-beradik kami, akhirnya wujudlah Koperasi Bekas Pelajar Izzuddin 87 dan pada hari ini, Mesyuarat Agung yang pertama bakal berlangsung di sekolah kami berteduh dahulu. #kagum.

Ibarat sirih pulang ke gagang, itulah perasaan aku ketika ini. Jika September yang lalu kami berjaya menghimpunkan hampir 300 ahli keluarga adik-beradik kami di Cherating, maka kali ini ianya lebih bermakna lagi apabila kesemua 123 orang adik-beradik bakal dihimpunkan kembali di dewan sekolah yang dahulunya merupakan musolla tempat kami beribadat. #teruja.

Dan rasa terharu aku semakin menebal tatkala mendapat berita bahawa rakan kami yang paling jauh, yang menerajui sebuah konglomerat oil & gas di Dubai telah turut berada di Ipoh ketika ini dan begitu juga dengan adik-beradik kami yang berada di Sabah dan Sarawak, juga dikhabarkan bakal hadir untuk sesi hari ini. Semoga perjumpaan ini diberkati olehNya. #terharu.

Barisan utama di dalam penubuhan kooperasi xsis87

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja pertama yang diadakan pada 1 Oktober yang lalu

Sekalung tahniah buat adik-beradikku jawatankuasa penaja yang sanggup pusing satu Malaysia untuk menjejaki setiap bekas rakan-rakan satu dorm semata-mata untuk melihat penubuhan ini direalisasikan. Sejujurnya aku amat kagum dengan semangat mereka ini. Moga Allah sahajalah yang mampu membalas segala penat lelah mereka. #respect.

AE : Sangat-sangat teruja untuk bersua muka dengan dorm mate aku yang pernah aku tumbuk mukanya masa di sekolah dulu. Harap-harap dia tak membalasnya bila kami bersemuka esok. #takut.. hahaha.

Sapa bleh teka sapa nih ?

“Once upon a time…”

8 Comments

  1. shahril sidek December 25, 2012
  2. boni kacak December 25, 2012
  3. halif December 25, 2012
  4. eyriqazz December 25, 2012
  5. Nadot December 25, 2012
  6. Juan December 25, 2012
  7. sohoque December 25, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge