• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Bandung 2017 : Tak Boleh ‘Move On’

Bandung 2017 : Tak Boleh ‘Move On’

abangensem · 29 January 2017 · 12 Comments

Ya. SLKK ke Bandung lagi tahun ini.

Rancangan awal kami, Medan menjadi destinasinya. Namun, apabila terlihatkan tiket ke Bandung hanyalah berkadar RM192 pergi balik, maka niat ke Medan kami tangguhkan dahulu. Lalu, 13 dari kami menyatakan persetujuan manakala 4 ahli kami terpaksa menidakkan trip awal tahun ini atas komitmen kerja dan keluarga.

Buat Lawyer Adie, Yaney, Iman & Fizi, don’t worry. Akan ada banyak lagi trip selepas ini.

20 Januari 2017.

Grup kami terpecah 2. 10 orang menaiki AirAsia manakala selebihnya, menggunakan khidmat penerbangan Malindo. Jangan ditanya kenapa ini berlaku.. hehehe.

Grup SLKK yang menaiki AirAsia
Grup SLKK yang menaiki AirAsia

Grup AirAsia yang bertolak lebih awal kemudiannya menunggu grup kedua yang lewat 2 jam ketibaannya dan sebaik sahaja kami bersatu, beberapa destinasi yang dirangka, mula kami tuju.

SLKK ke Bandung

Rumah Mode menjadi destinasi pertama kami. Minum-minum la apalagi.

SLKK ke Bandung

Shopping ‘branded items’ menjadi aktiviti kami sebelum diakhiri dengan ‘group photo’ sebagaimana yang telah kami lakukan April tahun lalu. Cuma yang membezakannya, adalah watak-watak baru yang menggantikan ahli lama. Aku seperti biasa, masih di posisi ke enam dari kiri dengan wajah paling manis yang menjadi dambaan ramai gegadis Bandung.

SLKK ke Bandung

Selepas Rumah Mode, aktiviti shopping kami teruskan ke Toko Tiga dan Pasar Baru. Tidak banyak yang aku shoppingkan. Hanya beberapa helai jeans dan t-shirt untuk keluargaku. Untuk aku, seingat aku, tiada apa pun yang menarik minatku untuk dimiliki.

Check-in tepat jam 6.45 malam dan usai merehatkan badan (mandi) port makan mula kami terjah. Agak berbeza dengan tahun lalu, kali ini kami memilih untuk menikmati makan malam kami di gerai tepi jalan. Menu rakyat menjadi pilihan kami. Sedap dan lazat ditambah pula dengan jus buah-buhan pati yang ternyata segar. Bertambah menarik dengan cuaca dan suasana malam yang bergerimis hujan.

SLKK ke Bandung

SLKK ke Bandung

Setel makan, kami yang lelaki mula mencari hadiah untuk Syafieqah Alya (suri hati SLKK) yang bakal menyambut hari kelahirannya tepat jam 12 malam tersebut. Alhamdulillah, teddy bear besar berjaya kami beli dan suasana lobi hotel menjadi bingit malam itu dengan dendangan lagu hari ulang tahun beserta majlis penyerahan hadiah tersebut. So sweet Beb !! hehehe.

21 Januari 2017

Seawal jam 5.30 pagi, aku dah terpacak di lobi hotel. Asbabnya, untuk turut serta morning walk dengan Jijul, Ijam dan Izami. Penyudahnya, aku dan Iema tertinggal di belakang. Bertabah lah kami tanpa hala tuju pagi itu. Sedih !!

SLKK ke Bandung

Selesai breakfast, Saung Angklung Udjo menjadi destinasi pertama kami pagi itu. Sarat dengan persembahan kebudayaan masyarakat Sunda, selain dari persembahan angklung, terdapat juga persembahan wayang kulit dan kuda kepang menjadi santapan mata kami.

SLKK ke Saung Angklung Udjo

SLKK ke Saung Angklung Udjo

Sayangnya, di ketika ini kesihatan aku agak kurang memuaskan. Sakit dada mula menyerang, mengakibatkan aku terlantar di luar dewan persembahan. Nasib baik ada Aslam, bekas pharmacist HUKM yang memantau kesihatan aku ketika itu.

SLKK ke Bandung
Sakit dada Beb !! Kredit gambar : Aslam

Tatkala perut mula berkeroncong, maka hala tuju berikutnya pastinya ke restoran nasi padang yang dijanjikan. Tak semena-mena 3 pinggan nasi aku lahap tanpa bersisa. Kenyang beb. Sebagai penambah perisa, 2 biji paracetamol aku telan bagi mengurangkan sakit dada dan kepala yang aku alami sebelumnya. Alhamdulillah, kebah.

SLKK ke Bandung

SLKK ke Bandung

Factory Outlet dan Kartika Sari kemudiannya kami tuju. Pastinya brownies dan kek menjadi habuan cenderahati untuk dibawa pulang dan sepertimana hari sebelumnya, sebelum maghrib lagi kami sudah berada di hotel. Semuanya disebabkan untuk aktiviti yang kami nanti-nantikan yakni, ‘group photoshoot’ di studio berhadapan hotel kami. Kesemuanya bagi merakamkan keakraban kami, geng SLKK yang telah berusia hampir 2 tahun penubuhannya. Walaupun ahli gegadisnya bertukar ganti, tetapi hubungan kami tetap akrab sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

SLKK ke Bandung

Makan malam kami di restoran dalam mall yang sama dan selesai makan malam, pastinya lobi menjadi tempat tuju kami. Bercerita perihal kehidupan dan persahabatan yang seakan tiada akhirnya.

Us !!
Thirteen of us !!

Hampir jam 1 pagi, aku sudah tidak dapat bersama mereka bercerita dan beradulah aku bersama-sama Aslam yang sudah pun tidur mati beberapa jam sebelumnya. Untuk pengetahuan pembaca, aku terpaksa mendapatkan pertolongan technician hotel untuk masuk ke bilik tidur kami gara-gara sindrom tidur mati Aslam tu.. hahaha. Dem !!

22 Januari 2017.

Agak sedih suasana pagi itu.

Masing-masing seakan tidak ingin pulang ke Malaysia. Masing-masing seakan tidak boleh ‘move on’ dengan momen-momen pahit manis kami di sana. Namun apakan daya, kehidupan perlu diteruskan dan penerbangan Malindo pagi itu walaupun lancar, tetap terasa akan kehilangan keakraban yang entah bila akan berulang.

SLKK ke Bandung

Penyudahnya, terpacul ayat berikut dari mulut salah seorang dari kami, “Jom ke Krabi Julai nanti” dan tak semena-mena terpancar sinar cahaya dari muka sorang-sorang.

“Krabi… mu tunggu kami datang”.

SLKK ke Bandung

 
Tweet

Related posts:

  1. Bandung Oh Bandung (Part 1)
  2. Bandung Oh Bandung (Part 2)
  3. Tip Buat Duit Tepi Di Bandung
  4. Seminar Hartanah Sarawak : Final Part
  5. “Biar betul makcik ni. Boleh caya ke?”

Filed Under: my story, Umum Tagged With: Bandung 2017, Factory Outlet, Kartika Sari, Pasar Baru, Rumah Mode, Saung Angklung Udjo, SLKK, Syafieqah Alya, Toko Tiga

Reader Interactions

Comments

  1. PencariMakan says

    29 January 2017 at 10:30 am

    Hahahha. Aslam tidor mati membuatkan ramai terkandas. Hahaha

    Reply
  2. Ira says

    29 January 2017 at 12:08 pm

    wahh bestnyaa dapat travel dengan kawan2 ramai macam ni
    Ira recently posted..Terapung Di Laut Mati ~ Betol Atau Gimik Je?

    Reply
  3. Sue says

    4 February 2017 at 4:11 am

    Bestnya gi ramai2 camni. Happening 🙂
    Saya baru je balik dari Karabi 3 hari lepas. Best sangat. Tolong pegi.
    Sue recently posted..7 Tips Turunkan Tekanan Darah Tinggi Secara Selamat

    Reply
  4. Nor hazmira says

    8 February 2017 at 5:43 pm

    Wow. Menarik.. In shaa Allah kalo di izinkan Allah nak juga ke sana
    Nor hazmira recently posted..CARI SIDE INCOME?

    Reply
  5. Saji.My says

    20 February 2017 at 8:45 am

    Memang seronok dapat pergi dengan kawan sekepala. Wah, kami dengki!http://saji.my/red-wok-bangi/

    Reply
  6. Ummi Nurul says

    22 February 2017 at 2:03 am

    bestnya kalau dapat pergi..boleh borong kain sulam. dekat tak dengan bukit tinggi?
    Ummi Nurul recently posted..Benarkah Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil? Jom Semak Jenis Nutrisi Yang Diperlukan.

    Reply
  7. eyriqazz says

    27 February 2017 at 12:56 pm

    Meriah….. terbaikla
    eyriqazz recently posted..Belajar Ilmu Pelaburan Saham Anjuran BIMB Securities

    Reply
  8. Wan Syahida says

    1 March 2017 at 2:13 pm

    Wah meriahhh! Jenjalan ngan geng yang satu minat plak tu. Memang bertambah seronok.
    Wan Syahida recently posted..Kesihatan Adalah Kekayaan Sebenar

    Reply
  9. Raihanah says

    2 March 2017 at 7:46 am

    bandung memang tempat shopping jeans 😀

    Reply
  10. MeqZa Abdul Rahman says

    2 March 2017 at 10:25 am

    Amboi meriahnya hidup geng SLKK nih
    MeqZa Abdul Rahman recently posted..HUJAN RAHMAT DI PAGI JUMAAT

    Reply
  11. umminani says

    7 March 2017 at 2:45 pm

    wah bestnya shopping dan yang pasti banyak ilmu dalam perjalanan ini
    umminani recently posted..Bagaimana nak jaga perasaan orang? Ke biar kita terluka hati manusia kita jaga?

    Reply
  12. the palazzo expert says

    14 December 2017 at 12:35 pm

    Bestnya tengokk.. Teringin sangat nak pergi bercuti dekat sana tapi apakan daya belum ada rezeki >,<

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Faris Naqib on Setahun Sudah Berlalu

Arkib

Statistik

احد
10 Rabiul Akhir 1441
Now : Isha (20:13)
Next : Imsak (05:42)
Change location

Copyright © 2019 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in