Bandung Oh Bandung (Part 1)

Ya. Genap seminggu tanpa suara, sekembalinya aku dari Bandung.

Mungkin kerna terlalu banyak ‘mengencing’ rakan-rakan SLKK semasa di sana. *Tolong jangan tanya maksud SLKK*

Ia adalah percutian bersama rakan-rakan paling menarik dan paling tragik!! Tapi aku gembira. Walaupun terpaksa bangun seawal jam 3.30 pagi pada jumaat tersebut, tetapi sebaik sahaja melihat kelibat wajah 12 rakan SLKKku di KLIA2, rasa mengantuk terus hilang.

Bau kedai lagi passport aku ni

Bau kedai lagi passport aku ni

Alhamdulillah, walaupun flight kami terlewat berlepas dalam 10 minit tetapi kami telah selamat sampai awal 15 minit dari waktu ketibaan. Yang paling penting sekali, sindrom aerophobia aku hilang sama sekali apabila dikelilingi rakan-rakan sekepala.

Sesampai je kami di Bandung

Sesampai je kami di Bandung

Destinasi pertama kami, pastinya mencari restoran pengalas perut kami sementelah hampir 5 jam perut kami tidak diisi. Trik pertama mengepow duit rakan-rakanku berjaya.. hehehe.

Gara-gara mengepow rakan-rakan SLKK, aku berjaya membawa pulang sehelai t-shirt secara percuma.. hahaha

Gara-gara mengepow rakan-rakan SLKK, aku berjaya membawa pulang sehelai t-shirt secara percuma.. hahaha

Usai check-in ke hotel maka bermulalah episod menghabiskan segerombolan duit yang kami bawa untuk shopping. Toko Tiga dan Pasar Baru menjadi saksi duit kami dikikis (dengan rela hati). T-shirt, jeans, kain batik, telekung dan suits adalah sebagai tukarannya. Beg yang aku bawa kosong kini penuh terisi dek kerna aktiviti shopping sepanjang hari.

Shopping time !!

Shopping time !!

Jam 9.00 malam baru badan dapat dibasahi sebelum kambing bakar menjadi hidangan tengah malam kami selepas itu.

Bilik aku beradu. Nyenyak beb !!

Bilik aku beradu. Nyenyak beb !!

Jam 12.30, mata sudah tidak mampu untuk dibuka.

12 Comments

  1. Nurolhuda May 4, 2016
  2. Pencari Makan May 5, 2016
  3. Raihanah Ahmad May 5, 2016
  4. Afif Rayyan May 6, 2016
  5. jambu batu May 11, 2016
  6. Arif Hussin May 11, 2016
  7. Ikhwan May 17, 2016
  8. Man May 26, 2016
  9. KERETA SEWA SUBANG June 5, 2016
  10. gaya modern June 7, 2016
  11. omegajaya October 27, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge