Bandung Oh Bandung (Part 2)

Nyenyak sungguh tidurku malam tadi berbantalkan tilam dan bantal yang sangat empuk. Ditambah pula dengan keletihan yang amat gara-gara shopping tak hengatnya semalam.

Nyenyak

Apa program pagi ini?

Apa lagi kalau bukan menjemput Dr Azizul di airport dan seterusnya bersiar-siar ke Tanah Tinggi Tangkuban Perahu.

Ya, jam 9 kami sudah pun menjemput beliau dan di sepanjang perjalanan, celoteh Dr Azizul dan Abam Naharul ternyata menceriakan mood kami di dalam van. Di’kencing’ dan mengencing sudah menjadi asam garam Tim kami dan pendakian berdurasi 2 jam tidak terasa sama sekali.

Merakam kenangan di papa tanda Tangkuban Perahu

Usai berada di Tangkuban Perahu, masing-masing tidak mahu untuk masuk melihat. Alasan yang diberi, RM90 terlalu mahal untuk bayaran masuk. Penyudahnya, menikmati jagung bakar dan teh halia di puncak bukit menjadi solusi kami kemudiannya. Ternyata ianya merupakan solusi yang tepat kerana itulah satu-satunya momen terindah aku di sana. Aktiviti ‘bahan-membahan’ antara kami mengeratkan lagi tali persahabatan yang selama ini hanya berlangsung di dalam whatsapp group sahaja, sehinggakan Syafieqah yang paling penyengap telah bertukar watak menjadi pembahan utama Dr Aslam.. kikiki.Tepat jam 2, kami mula menuruni tanah tinggi dan di satu lembah, kami pun berhenti untuk merakamkan pemandangan bandar Bandung secara total. Asyikkkk Beb !!

Melantak jagung bakar

Momen

Pemandangan Bandung

Destinasi dan aktiviti seterusnya, pastinya shopping, shopping dan shopping. Factory Outlet, Rumah Mode dan Toko Tiga sekali lagi kami jejaki. Pelbagai momen kami rakamkan bersama. Sempat juga Dr Azizul, Dr Aslam, Sydez dan Abam Naharul cuba mengayat gadis-gadis di toko-toko tersebut tetapi seperti yang dijangka, semuanya pulang hampa apabila tidak dilayan.. hehehe.

Cubaan mengayat awek oleh Dr Aslam dan Sydez

Cubaan mengayat awek oleh Dr Aslam dan Sydez

Aku pula hanya tersenyum girang melihat gelagat mereka di'reject' oleh gegadis toko tersebut.. kikiki

Aku pula hanya tersenyum girang melihat gelagat mereka di’reject’ oleh gegadis toko tersebut.. kikiki

Malam menjelma, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan sementelah Jalan Cihampelas dan bumi Bandung seluruhnya disirami hujan dan memandangkan flight kami pada awal paginya, maka katil empuk kembali menjadi habuanku seawal jam 12 malam.

Lelap.

Jam 5 kami sudah tercegat di lobi. Sempat bersarapan pagi sebelum menuju ke airport dan sepanang perjalanan terasa agak sedih untuk meninggalkan kota beli-belah ini kerana terasa agak singkat percutian kali ini. Apa pun kami telah bersepakat untuk meneruskan penjelajahan Tim SLKK seterusnya ke, mana lagi jika tak ke Kota Kinabalu pertengahan Ogos ini.

Selamat tinggal Bandung

Selamat tinggal Bandung

 

One Response

  1. Pencari Makan June 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge