Bank Mana Paling Bagus?

Ini soalan yang paling kerap aku dapat samaada melalui e-mail mahu pun dari geng-geng ngeteh aku.. “La ni, bank mana paling bagus kalau nak apply loan?” dan ini merupakan satu-satunya soalan yang aku tak boleh jawab langsung sebab too general. Bagus dari segi apa? Ada yang bagus disebabkan interest dia rendah tapi payah pulak nak lulus. Ada pulak yang senang-senang bagi full loan tapi interest dia pulak setinggi menara berkembar KLCC. Ada pulak yang dua-dua tu ok tapi tempohnya pulak singkat (secara tak langsung instalment jadik tinggi) dan ada pulak tu yang semuanya menarik tapi awek salesnya pulak yang tak cun (yang ini paling penting sebab korang nak kena ngadap dia untuk pelbagai urusan lain. At least kalau cun tu, seronok jugak la nak buat appointment.. hehehe).

Walau apa pun bagi aku yang total loan kat bank-bank di Malaysia ni dah tahap nazak (mana taknya.. jumlah hutang aku dah melepasi RM1.6M), bank yang paling bagus dari kacamata aku ialah bank yang masih boleh bagi loan kat aku tanpa mengambilkira jumlah jutaan ringgit hutang rumah aku. Bab-bab lain (interest, margin & loan period), semua boleh dikautimkan dengan bank tapi yang penting kena la tau caranya dan caranya telah pun aku mention dalam 2nd e-book aku.

Apa-apa pun aku sebenarnya berterima kasih pada the only bank yang masih sudi bagi loan kat aku walaupun kalau ikutkan aku ni dah kira high gearing (maksudnya hutang yang terlalu banyak jika dibandingkan dengan pendapatan). Dahlah dia (bank) luluskan loan aku tanpa banyak soal, pakej yang dia offer kat aku lagi menarik jika dibandingkan dengan pakej semasa. Itu belum lagi dikira awek sales yang mengancam yang dok service aku.. hehe. Alhamdulillah dah rezeki aku namanya. “Apa nama bank dia?”.. biarlah menjadi rahsia aku.

Tips n Thots : Apa yang penting bila korang nak apply loan ialah CCRIS kena cantik..

7 Comments

  1. Farid Adam August 22, 2010
  2. FIRDAUS KHALID August 22, 2010
  3. Anonymous August 22, 2010
  4. abang ensem August 22, 2010
  5. isa hashim August 22, 2010
  6. Jawatan Kosong Kerajaan September 4, 2013
  7. Myra Jay December 23, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge