Dalam aku sibuk bermiting untuk Projek ‘Rebuilt Gaza for A Nation’, memandangkan aku telah dilantik oleh pihak OIC sebagai official blogger untuk Projek tersebut.
Dalam aku sibuk berdiskusi bagi menjayakan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 (SBB2013), setelah aku dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehNya untuk :
- Memujuk beberapa orang banker untuk berkongsi pengalaman dan informasi terkini majikan mereka ;
- Berbincang tentang isi kandungan pembentangan mereka ;
- Menyemak slaid yang bakal menjadi tontonan khalayak pendengar.
Dan hasilnya, 2 orang banker berbeza majikan bakal memberikan pencerahan tentang prosedur kerja mereka dan apakah poin-poin penting yang majikan mereka lihat dan nilaikan sebelum satu-satu permohonan diluluskan.
Oleh itu, Sesi Sembang Banker (Bankers’ Talk Session) esok bakal memadatkan otak dan dada korang dengan pelbagai insider’s info tentang pemberi pinjaman. Untuk itu, kepada yang telah mendaftar pastikan korang berada di Tingkat 3, PKNS BizPoint, Seksyen 7 (belakang Gedung Kain Jakel) seawal jam 9.15 pagi bagi memastikan sesi tersebut berlangsung mengikut masa yang ditetapkan. Manakala buat korang yang tiba-tiba berminat untuk turut serta, pastikan korang meng’e-mel’ aku di seminarae2011@gmail.com kerana pihak tuan punya bilik seminar telah bersetuju menyediakan 5 lagi tempat duduk tambahan.
So, see you all tomorrow.. ya.
AE : Aku tak dapat bayangkan betapa sibuknya aku esok. Pagi – Bankers’ Talk. Jam 3 – moderator forum Sepetang Bersama Blogger. Malam – makan malam delegasi OIC untuk Projek Gaza dan lebih menyedihkan, kesihatan aku agak tidak begitu baik hari ni. #Demam.












wahai abangensem yang makin ensem.. tetap ensem dimana2.. jaga kesihatan okay.. nanti baby tu risau.. *wink*
KiD recently posted..Tanda Isteri Derhaka
AE makan ubat yer.. MOga cepat sembuh
Nurul recently posted..The Orange Night
Semoga semuanya berjalan dgn lancar…klulah ada peluang menyertainya mesti bertambah kaya lah saya dgn ilmu…
orang kampung recently posted..Kesian ! Ditanam Hidup-Hidup….
Sekuat mana kerja, sebanyak mana rezeki yang perlu dicari, kesihatan jangan dilupa.. take care. Maybe next target, ‘medical checkup’ huhu..
elieza recently posted..Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 2
Get well soon AE – semoga sihat sepenuhnya untuk semua xtvt pagi sampai malam tu. Take care!
Nadot recently posted..Wadi Hana Islamic Kitchen Bangi Banyak Pilihan
nampak gaya bila dh bersara awal ni lagi bz la gamaknya…manja2kan diri anda slalu. peaace
bro, penat sgt bekerja. ko rehat2 skit. karang demam teruk karang bahaya
matjoe recently posted..Save Jejai – Blogger Dengan Kanser Paru – Paru Tahap 4
Bz tu kalau gitu,jgn demam hari sabtu da h,kang ramai peminat kecewa pulak.
azman recently posted..Roti Canai Gulai Kaki Ayam
ni demam sebag gugup ke AE, hehhe
Juan recently posted..Untung RM100 Sebulan Tidak Mengapa Tetapi Jangan Rugi
All d best bro. buat yg terbaik.
halif recently posted..WW : Master Your Mind, Create Your Destiny
salam bro AE
ada dua bnda nk tanya..sy ada email untuk order buku AE tp xde respons..
2nd..nk mntk AE organise lg skali sesi sembang bankers ni boleh..ada komitment keje pada tarikh seblum ni
Pingback: Cara Genius Sedut Idea – Khas Untuk Penulisan Blog | Abang Ensem's Blog