Banyak ni je bro duit ko?

“Aikk.. kata jutawan hartanah tapi takkan balance statement bank ko cuma takat RM1K je?” bunyi suara-suara sumbang sebaik sahaja aku tunjukkan penyata bank sewa rumah aku dalam entri hari jumaat yang lepas dan kesemua kritikan ini telah pun aku jangka sebaik saja aku memberanikan diri menunjukkan penyata tersebut.

First of all, untuk pengetahuan korang aku bukanlah seorang ‘cash rich millionaire’ yang mempunyai wang tunai berkepuk-kepuk di dalam bank sebaliknya sebagaimana yang korang dah lihat, itu sahajalah baki amaun yang aku ada di dalam akaun bank aku.. huhuhu. Apa dia? Korang tak percaya? Heh heh heh. Bagi korang yang dah baca ebook ‘Tips Mudah Lulus Pinjaman’ aku tu, mesti korang dah tahu kenapa aku tinggalkan amaun yang sedikit di awal bulan. Alasannya mudah.. kenapa perlu aku simpan duit aku di dalam akaun semasa (current account) yang tidak memberikan sebarang faedah? Adalah lebih baik sekiranya aku keluarkan dan simpan ke dalam instrumen-instrumen yang bakal menjanjikan pulangan yang lebih tinggi. Kalau ikutkan cara aku, lebihan sewa rumah aku setiap bulan biasanya akan di‘park’kan ke dalam ‘Mudharabah General Investment Account’ (MGIA) dan Tabung Haji, satu instrumen mudah tunai bagi satu-satu tempoh sebelum aku cairkan untuk membeli saham-saham pilihan aku ketika pasaran saham berada dalam dagangan ‘lengang’. Saat pasaran berada di dalam tekanan ‘beruang’ (bearish), maka masa itulah aku akan memborong ‘blue chip counters’ pada harga yang agak rendah sementara menantikan sang lembu jantan (bull) melonjakkan kembali harga saham tersebut dan saat inilah aku menjana keuntungan berganda yang akan aku ulangi setiap kali peluang menjelma.

So, aku harap terjawab sudahlah misteri kekurangan tunai aku pada setiap awal bulan sepertimana yang dapat korang lihat dalam penyata bank aku tempohari dan bagi korang yang tidak begitu mahir tentang ‘permainan saham’ ini, aku rasa banyak lagi instrumen-instrumen lain yang korang boleh ‘parking‘kan duit korang tu, antaranya pada logam emas dan perak, unit trust investment dan sebagainya. Elakkan dari menyimpan di dalam saving atau current account yang hanya memberi pulangan yang rendah.

AE : Kalau korang nak tahu apakah ‘favourite’ counter aku? Nantikan ‘clue‘nya di dalam entri Wordless Wednesday tengahari esok.

16 Comments

  1. parang October 12, 2011
  2. RBK October 12, 2011
  3. ariff October 12, 2011
    • abangensem October 13, 2011
  4. wakif October 12, 2011
  5. Chegu October 12, 2011
  6. Aslam October 12, 2011
  7. AlumniAE_Seminar October 12, 2011
  8. matjoe October 12, 2011
    • abangensem October 13, 2011
  9. mizz bananaz October 12, 2011
  10. Zarul Umbrella October 12, 2011
  11. Afrezal Karim October 13, 2011
  12. Rais October 19, 2011
  13. blog amir May 23, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge