Banyaknya Hutang Aku

leaderboard2 denaihati Banner

 

Penat siot aku hari ni. Mana taknya, sehari suntuk aku dok mengemas mini kutubkhanah aku untuk dijadikan SOHO aku bila dah bersara nanti. Memang la aku dah pun beli ofis sendiri *oppssss tercerita pulak* tetapi aku still memerlukan ofis di rumah untuk bekerja terutamanya selepas jam 12 tengah malam.

Dalam aku dok membelek 1001 macam dokumen, terlihat aku kepada beberapa penyata pinjaman perumahan yang masih elok tersisip di dalam sampulnya dek kerna aku tiada masa untuk memfailkannya. Mungkin bagi korang penyata ni takde la penting mana sangat tetapi tahukah korang.. dengan penyata inilah yang akhirnya mampu menambahkan cash ke dalam kantung poket aku.

Antara hutang-hutang AE

Rata-rata dari kita pasti sudah pun mengetahui tentang refinancing atau pembiayaan semula rumah dan bagi korang yang pernah buat refinancing ni, pasti korang tahu salah satu dokumen yang diperlukan oleh pihak bank adalah penyata pinjaman terdahulu selam setahun. Am I right? Dan kebanyakan dari kita, time tu la terhegeh-hegeh menapak ke bank dan membayar RM50 – RM100 untuk mendapatkan penyata tersebut, tetapi tidak ramai yang tahu kenapa penyata ini diperlukan?

Sebagai orang yang selalu refinance rumah, suka untuk aku maklumkan signifikan penyata tersebut. Ya, ianya tak lain tak bukan untuk melihat track record payment korang untuk pinjaman sebelumnya. Memang betul diorang boleh tengok kat CCRIS Report tetapi jika dari penyata ini pun diorang dah boleh nampak ‘ketidak-sukaan’ korang untuk membayar pinjaman sebelumnya, tak payahlah diorang susah payah nak print CCRIS Report tu. Kiranya diorang dah boleh reject terus tanpa perlu buang masa buat checking itu ini. Amacam, korang faham tak apa yang aku cuba sampai kan?

AE : Bank pun dapat jimatkan kos diorang sebab setiap CCRIS Report yang diprintkan oleh mereka, datang dengan kosnya sekali.

This entry was posted in info. Bookmark the permalink.

11 Responses to Banyaknya Hutang Aku

  1. fazrol says:

    Selalu kalau dapat surat tentang statement nie.. mmg aku selalu simpan…
    Mesti ada gunanya nnti.. So far tak pernah refinance lagi…
    mana nak tau, kot2 thn akan datang palk…
    fazrol recently posted..10 pasangan kena tangkap khalwat!

  2. aslam says:

    patut la bank suke pos kt aku penyata ni. penting juga rupanya… hehehe..
    aslam recently posted..Terkejut beruk?

  3. Anuar says:

    Betul tu.. Kalau kita pandai manage dokumen-dokumen penting.. ianya akan memudahkan kerja kita.. Disamping dapat menjimatkan masa dan kos untuk mendapatkan semula dokumen-dokumen tersebut sekiranya hilang atau tersalah letak..
    Anuar recently posted..Hobi Terbaru Isteri saya.. Cantik tak? (Bah. 4)

  4. hidayah says:

    salam ,

    untung pulak rasa jengah blog AE awal pagi nih..
    tambah ilmu pengetahuan..
    :)

  5. myvitrd says:

    Aku ni secara jujur bab dokumentasi ni memang malas gila.. selamat menteri kewangan aku tu peka sikit.. ada je dokumen baru mesti dia yg tolong failkan.. so kalau aku nak pakai apa2 statement tu tanya dia je.. hehehe
    myvitrd recently posted..Econsave Promotion August 2012 – Huggies Dry RM29.85

  6. ohcikgu says:

    ini kerja orang pempuan ni. haha..
    ohcikgu recently posted..Final Badminton Olimpik 2012 – Lee Chong Wei vs Lin Dan

  7. Myra Jay says:

    Blom ada rumah lagi so takdak pengalaman lagi…huhuuuu
    Myra Jay recently posted..Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

  8. dzirhan says:

    kalau tgk penyata Islamic loan lagi ngeri… dia masukkan grand total termasuk interest…tgk baki juta2…
    dzirhan recently posted..Bangi Avenue by Trans Loyal

  9. KiD says:

    naper statement aku tak sampai lagi?
    KiD recently posted..Lesen Memandu Percuma Sebulan?

  10. Nadot says:

    alamak..statement sy mmg tah mane la letak…ishk..tak leh nak refinance this yr.. ;)
    Nadot recently posted..Kad Raya Kacak Gile!

  11. ReM says:

    Statement nak kena simpan beb senang nak pakai nanti. Aku tenguk satu statement kat bank ni..tiap-tiap tahun jumlah princpal dikurang skit je….tapi kat bank lain banyak lak ditolak. Ni mesti setiap bank guna cara pengiraan yang berbeza..
    ReM recently posted..Bila Chong Wei Kalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge