Baru aku percaya..

Ada 2-3 orang blogger bagitau aku.. “Ko tak payah la update blog ko hari-hari time raya ni. Bukan ramai pun yang nak baca. Semua follower ko dok sibuk nak melayan tetamu. Karang buat buang masa ko je duduk mengadap PC tu”.

Pada mulanya aku tak berapa nak percaya cakap diorang ni tapi lepas je aku tengok trafik blog aku sepanjang minggu ni, baru la aku percaya. Hampir 70% trafik blog aku berkurang dan bila aku imbas balik time raya tahun lepas, baru aku perasan yang time tu pun memang trafik aku berkurang tetapi memandangkan trafik aku time tu tak sampai pun 50 orang sehari, kalau berkurang takat 20 orang sehari, apa ada hal sangat sebab yang penting time tu, ada lagi orang yang sudi membacanya.

Tapi walau apa pun yang blogger lain bagitau aku, aku tetap akan update blog aku ni sebab kalau sehari aku tak update blog aku ni, aku rasa macam tak lengkap je aktiviti aku hari tu. Tambahan pula memang aku dah schedulekan pukul 11.30 setiap malam sebagai time aku untuk update blog. Kalau tidak bercerita tentang property, at least aku mesti nak cerita tentang apa yang aku dah buat sepanjang hari. Takpe la kalau takde orang yang nak baca, at least bila masing-masing dah habis raya, boleh la diorang baca balik apa yang aku tulis. Betul tak?

AE : Buat korang yang masih sudi nak baca blog aku time-time raya ni, thanks a lot beb for that.

11 Comments

  1. Masrin - KD September 1, 2011
    • Zek September 1, 2011
  2. Baby September 1, 2011
  3. landak September 1, 2011
  4. madammondoq September 1, 2011
  5. Ekspresi Ruang September 1, 2011
  6. joe perak September 1, 2011
  7. BRAM September 1, 2011
  8. AbgferOz September 1, 2011
  9. ohcikgu September 3, 2011
  10. aida ismail September 4, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge