Bayar Tapi Culas

Baru-baru ini kawanku mengadu, “Aku ‘terkena’ la dengan penyewa lama aku. Masa mula menyewa janjinya dia akan bayar maintenance. Penyudahnya, masa dia keluar baru-baru ini, ditinggalnya baki tunggakan RM500 untuk aku setelkan”. *Bengang*

“Sewa dia ok ke? Kamu ada collect deposit untuk utiliti tak? Dia ada claim tak deposit tu? Ada buat Tenancy Agreement (TA) tak?”, tanyaku bertubi-tubi dan dibalasnya, “Sewa cantik. Tak pernah lewat. Deposit memang ada dan dia tak claim pun cuma, part TA tu yang aku ‘malas’ nak buat sebab amaun sewanya kecik”.

“Since kamu tak buat TA, kamu guna je la deposit tu untuk setelkan tunggakan. Setel masalah”, saranku dan dengan nada lemah, “Sebenarnya, aku dah terguna duit deposit tu buat joli katak”.

Kesimpulannya,

  • Jangan lupa buat Tenancy Agreement walaupun sewanya kecil.
  • Jangan lupa untuk buat ‘spot check’ bil maintenance anda 2-3 bulan sekali.
  • Jangan lupa untuk asingkan duit deposit penyewa. Sebaiknya, laburkan pada instrumen yang memberikan pulangan berganda.
  • Jangan sekali-kali salahkan katak ketika berjoli. Kesian dia !!

7 Comments

  1. siti hazreen December 2, 2016
  2. ira December 4, 2016
  3. Noriza Rahman December 6, 2016
  4. zool December 6, 2016
  5. Amin Hakim December 12, 2016
  6. Sue December 17, 2016
  7. Nor Hazmira December 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge