BBR Mesra Day? Apa tu?

BBR Mesra Day?

Apa tu?

BBR tu kalau tak silap aku stands for “Bandar Bukit Raja” dan bila ditulis BBR Mesra Day, pastinya seakan satu acara yang mempunyai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang disediakan oleh penganjur.

Siapa pula penganjurnya?

Ya, siapa lagi jika bukan Sime Darby Property, pemaju unggul tanahair dan memandangkan penganjurnya adalah pemaju, pastinya pelbagai aktiviti menyeronokkan ini bakal berlangsung di galeri jualannya di Bandar Bukit Raja.

Seperti banner yang tertera gambar 2 ikon hartanah tanahair, aku dapat mengagak satu siri perkongsian ilmu hartanah bakal menjadi salah satu aktivitinya. Ternyata anda bertuah kerana 2 ikon ini, Ahyat & Ismael Ho adalah antara pemacu di dalam memberikan pendidikan ilmu hartanah kepada orang ramai. Jadi, buat anda yang berkelapangan pada Ahad ini, rajin-rajinkanlah untuk meluangkan 4 jam anda untuk berada di dalam kelompok yang hadir kerna aku yakin pulangannya nanti pasti berbaloi.

See you there guys !!

One Response

  1. kauthar mohd May 17, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge