Beli 1 Dapat 2, 3, 4..

Korang ingat lagi tak rumah yang aku beli dengan harga RM26K yang aku ceritakan tempohari? Kalau ingat, dalam entri ni aku nak reveal rahsia aku memiliki rumah tanpa keluar duit yang aku dok ceritakan selama ini. Kenapa aku kata tak payah keluar duit? Cuba korang hayati cerita kat bawah ni.

Rumah RM26K yang aku beli tu mempunyai kadar pasaran semasa di dalam RM55K dan memandangkan aku akan refinance balik rumah tu, loan yang aku amik time tu is without Free Moving Cost (FMC) Lock-in Period (LIP) punya pakej. Kalau time tu interest rumah semua BLR minus tapi memandangkan aku request pakej yang without FMC LIP, interest dia jadi BLR+1% dan lepas je settle semua urusan pindahmilik, cepat-cepat aku refinance rumah tu tapi malangnya bank baru aku cuma bagi 80% margin (RM44K) dan lepas ditolak baki yang sedia ada, dapatlah aku excess dalam RM21K manakala instalment yang baru hanya lebih RM50 daripada instalment yang lama.

Dengan duit sebanyak RM21K ditangan, aku gunakan untuk membeli rumah kat seksyen 7 dan aku bernasib baik sebab rumah tu aku dapat kurang RM10K dari market value dan aku hanya keluarkan RM2K untuk baki lawyer fees & kos repair rumah. So, after ditolak dengan RM2K tu, duit aku masih berbaki RM19K dan rumah seterusnya (seksyen 8) yang aku beli pun below market value (langsung aku tak payah keluar duit). Cuma apartment Vista Angkasa yang aku beli selepas tu je, baru aku merasa nak gunakan baki RM19K tu as a downpayment & legal fees payment, tapi kalau ikutkan apartment Vista tu pun sepatutnya aku tak payah keluar duit tetapi memandangkan aku nak rental excess yang lebih banyak, so aku just bayar mengikut harga sebenar. Korang nak tau berapa harganya? RM150K untuk unit yang paling besar (1+++ sqft) yang mana current market value pada masa itu dalam lingkungan RM190K. Untung aku kan?
Kat sini korang nampak apa yang aku maksudkan dengan beli rumah tanpa keluar duit. Dengan hanya duit extra refinance, korang boleh beli bukan setakat 1 malah 2, 3 atau seberapa banyak rumah pun melalui cara ini. Walaupun aku kena top up extra RM50 untuk instalment baru tapi dengan excess yang ada dari sewa 3 buah rumah yang berikutnya sudah cukup untuk cover extra RM50 tu. Amacam, mudah kan?

Tips n Thots : Cara aku ni paling sesuai untuk rumah secondhand dan atas sebab itulah aku keluarkan dulu ebook berkaitan langkah-langkah nak membeli rumah jenis tersebut. Bukan apa ianya akan memudahkan korang bila dah jumpa rumah secondhand yang below market value nanti.

16 Comments

  1. Matjoe August 4, 2010
  2. J.M.R August 4, 2010
  3. Anonymous August 4, 2010
  4. parang August 4, 2010
  5. abang ensem August 4, 2010
  6. abang ensem August 4, 2010
  7. parang August 4, 2010
  8. FIRDAUS KHALID August 5, 2010
  9. Anonymous August 5, 2010
  10. Farid Adam August 5, 2010
  11. sourplum August 5, 2010
  12. guest August 14, 2010
  13. kulop October 22, 2010
  14. kak rodiah December 25, 2010
    • abangensem December 26, 2010
  15. tuanbri December 25, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge